Saturday, July 17, 2010
when the going gets hard.....apabila segalanya mula sukar
oklah kali ni aku nak membebel dalam blog ni mengenai isu duit,sape x suke duit angkat tangan!!? ,kalau ade sama ade dia tu gile atau dah nak mati.
tak perlulah aku nak definisikan ape tu duit ,korang dah tau dah , kalau dulu kecik2 mak bagi 20 sen suruh gi beli aiskrim, diberi duit mase hari raye suruh menabung ,masa tulah kita diajar tentang fungsi duit ni.
ade orang dengan falsafah hidupnye ."takde duit aku boleh hidup",...ya memang benar andai tiada duit kita boleh hidup..ya memang benar duit dan kekayaan tidak boleh dijadikan matlamat hidup.
"if you workin just to get money , then u gonna end up being the pawn...if u want to be a king let your money work for u"..aku rase quote ni datang dari sebuah film mafia ,entah aku pon x ingat.atau mungkin subconscious mind aku yang buat ayat di atas.
Tetapi segalanya perlukan duit di masa ini,........dari sekecil kecil benda sampailah ke sekompleks benda dalam hidup kita.Nak pisahkan diri dari benda tu susah,money is a medium of transaction,put it on a hand of a wise man ,..he can make a country prosper.Misused it ,and you will end up poor and pauper.Inilah hakikat kehidupan kita sekarang.
Mahu jadi kaya,.? bukan senang kawan,mahukan kesusahan mudah...cuma duduk diam,..masalah akan mencari kita.Kalau kita tengok ,teliti orang di sekeliling kita ..semuanya,ade yang pening fikir pasal sewa yang belum dibayar... bil yang menimbun.Ada yang cool ,..baginya segalanya mungkin dan duit itu objek.
Ada yang memang berjimat cermat , di simpan sikit sikit duitnya,ada yang bijaksana ..multiple source of revenues and income katanya bila ditanya apa rahsia kejayaannya.
Halal atau tidak sumbernya wallhualam,Dia lebih tahu ,..moga rakan seislamku berkerja mencari sumber rezeki yang halal,the best job in the world is an honest job.Ingat tu.
Banyak sumber kewangan yang boleh kita cari... ade yang mengikut sunnah dengan berniaga,iyalah 9/10 punca rezeki itu perniagaan.
ada yang makan gaji.Yang mahukan harta sepuas nafsunya ..halal ke haram?halam ? hentam je .DUit jugak.
Ramai yang tercari cari steady flow of income,ada yang ambil side job,macam menjahit bagi perempuan, student macam aku ade yang ambil side job designing ,programmming ..blogging ..ade jugak yang daredevil masuk skim cepat kaya.
Usah dicerita sim cepat kaya ,jujurnya aku pun pernah terkena ,nasib baiklah tak banyak,dalam hati kecewa juga sebab tak jalan.Aku ni jenis malas nak confront orang suruh jadi downline,memang terbengkalai la der.
Sebut saja , luxor , uptrend...aku terfikir fasal ponzi scheme,ya memang diakui ada yang diperakukan sah di sisi undang undang ,bukan satu bentuk scam.Tapi aku takut pelaburan sebegini dengan sistemnya akan jatuh ,gagal membawa beratnya sendiri dek kerana ahlinya sudah terlalu ramai dan monetary flownya berkecamuk.
Bila cerita pasal forex,yaa ...membuat keuntungan dengan membeli dan menjual saham ,..dengan berdasarkan kadar tukaran matawang asing ,.. Untung sabut timbul,untung batu habis tenggelam la kau hilang duit. macam tu la nak cerita pasal forex ni.Sebab tu kat malaysia forex hanya untuk bank yang berlesen .
Sekarang aku tengah survey satu program i-rich,nampak menjanjikan...hm, aku perlukan info tentang macamane cash flow untuk program ni.Mcam mlm ke atau tidak,?
Bila disebut taking a leap of faith in the monetary world,oh tidak....kalau bodoh bagaikan kaduk terlalu berani gamble sana gamble sini..aku tak nak nanti hujungnya cuma tinggal sehelai sepinggang.
Bila diaju soalan, .. what you want to do when u graduated from uni,? aku berkate ...i wat to be a businessman just like most of the men in my family.Ya ramai keluarga aku punya bisnes sendiri,..x kisahla walaupun saudagar keropok ,bukannya ahli koporat dalam bilik air cond.Tak kisahla asalkan hasilnya halal.Sudah dua tahun aku belajar dan aku masih belum dapat visualize yang aku akan bertungkus lumus sebagai seorang engineer,walaupun itu merupakan bidang yang aku minat,aku lebih cenderung ke arah bisnes,kerana aku lihat ia menawarkan fleksibeliti.Lagipun salah satu angan angan aku nak jadi millionaire muda,oh itu pastinya easier said than done.
Bila aku bagitau abah aku nak jadi bisnesman ..dia terus kate."Nantilah ,... kau mata ngkan diri kau dengan ilmu..bisnes bukan senang,.kalau tak berilmu nanti dipijak orang".
Bila ditanya apakah harta kau paling bernilai .pastinya jawapan tepat adalah ilmu,ilmu itu akan membela dan menjaga kita ,..memandu kita ke arah tuhan andai diharmonikan dengan iman.
Ilmu manusia itu ..nilainya lebih hebat dari segunung intan,
'complete a man's i.t job,then he wont bug you just for a moment.Teach him how to use a pc,he'll be gone forever'
bak kate robert t kiyosaki ,top class financial expert
"your action speaks louder than word,..make the money works for you"
sekian chiaow!,salam..
Labels:
money
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment