Saturday, July 17, 2010

ali,chong ,..muthu,...filem malaysia ..legasi yasmin ..dan politik.

Ya... jam baru menunjukkan waktu sekarang 7.45 pagi waktu malaysia,atau pukul 11.50 pm waktu antarabangsa.Kepala aku masih ting tong sebab demam dan mengantuk tapi aku rase malas nak tidur.Sambil melayan lagu jepun aku pun menaip segala input untuk blog aku ,.... kali ni aku nak mengajak korang semua berfikir ,tentang mesej yang aku sampaikan,yelah tak kisahlah siapa pun aku bagi korang yang membaca blog aku ..aku sekadar ingin berkongsi apa yang aku fikir.

Aku terfikir nak cerita pasal topik ni ,.lepas aku terbaca satu blog dengan artikel menarik minat aku.Korang semua mesti kenal siapa Yasmin Ahmad ... salah seorang film maker tersohor di Malaysia... lupakan semua kontroversi yang ada semasa hayatnye sebaliknya kita ingati perkara positif yang telah dia tinggalkan.Dulu... aku suka tengok iklan yang Yasmin direct,walaupun secara jujurnya aku tak berapa minat filem yang dia arahkan.Oh hell ,aku rase aku tak pernah tengok satu pon filem dia.Aku minat iklan dia jer hahaha.Dalam setiap karya yang dia buat ,biasanya ade diselitkan unsur perpaduan antara etnik malaysia yang kita semua tahu rencam.

Ingat tak dua orang uncle dekat hospital seorang cina seorang melayu , yang kesal dengan sikap anak diorang yang tak bertegur sapa ,dua orang uncle tu sibuk bercerita kenangan diorang masa kecil main sama sama, ... makan bersama ,tidur bersama ..dan ending iklan ni diorang disertai lagi seorang kenalan masa kecil seorang uncle india.Apa mesej yang ingin disampaikan ?Semua rakyat malaysia perlu bersatu padu ,...tapi di sini aku melihat untuk membentuk satu bangsa malaysia yang bersatu padu membentuk satu unit yang kompetetif di peringkat global(dah bunyi macam speech datuk najib,cukupla),ia perlukan lebih dari sekadar orang melayu ,cina dan india hidup bersama bergaul bersama.Pastinya kau orang setuju dengan pendapat aku ni.

Jangan kita sekadar dibrainwash,subconcious mind kita di set dengan "oh,kalau perpaduan antara kaum aku kena bergaul dengan tat wai dan muthu ,ajak diorang men futsal bersama".
Inikah perpaduan?...........

bergantung kepada penilaian masing masing kerana benda ini adalah subjektif.Apa yang penting adalah adanya chemistry antara individu tanpa mengira bangsa ,warna kulit maupun agama,adanya toleransi dan kasih sayang.Barulah wujud sense of security .,

Lupakan stereotaip,orang cina gemar menipu ... india suka mabuk.Hentikan semua tu hentikan. Ingat ..mereka juga manusia ,sama macam kita orang melayu .Sepatutnya kita malu,berapa banyak businessman melayu tersohor kat malaysia ni,? ada yang tersenarai dalam forbes ?Aku rasa kelakar bila tonton filem malaysia lagi lagi kalau ade scene fasal corporate world ,kalau melayu buat filem, heh semua nak cerita fasal projek juta juta,ceritalah fasal realiti sebenar kat luar tu,the depiction of superb succesful malay man really just a fantasy ,reality hits hard when you put your thought about it.Kalau ada pun cuma Tan Sri ALbukhary ,the man who inspired me to be a millionaire ,one day.Seorang millionaire low profile yang banyak sumbangannya,respek betul aku dengan orang macam ni.Dalam list 10 richest man in Malaysia 7 orang cina,aku memerhati dan menilai ,di situ aku rasa malu ,kenapa orang melayu bangsa aku tak mahu berusaha macam orang cina , rajin dan komited macam orang jepun ., andai ditanya bangsa apa aku akan berkata yang aku orang jawa haha.Orang melayu punya kuasa beli,andai orang melayu boleh establish diri mereka pastinya kita mampu level playing field dengan orang cina.

Sebenarnya aku tak berapa minat nak bercerita dan membanding banding orang melayu dengan cina mahupun india.Lebih lebih lagi perihal ekonomi ,terlalu sensitif,aku berharap yang bangsa aku boleh bangun dari tidur ,..cukup cukupla makan subsidi tu,hai orang melayu ,majukan diri.Ini peringatan untuk aku dan juga rakanku yang bangsanya melayu.Aku nak point out bebrapa masalah dari sudut pandangan aku,.
1.Orang melayu sepatutnya sudah mampu bersaing dengan adanya segala kelebihan ekonomi kerajaan dah bagi,subsidi dan sebagainya ..........20 tahun DEB dan segalanya masih diteruskan.Apa jadi pada orang melayu ,mind mereka mula complacent ,..selesa dan tidak mahu berusaha ,terus advantage datang bagi kaum lain yang mahukan kemajuan.Apa silapnya ?.Malas dan Korupsi itu jawapan aku.Pastinya semua pihak tak kisahlah kerajaan.ngo mahupun orang perseorangan yang sedar tentang perihal ni berusaha untuk selesaikannya.

2.Political approach sesetengah ahli politik(aku tak mahu menuduh sesiapa,sebab aku tidak cenderung pada mana mana parti).Yang menyedihkan apabila ahli politik masuk arena politik main duit kotor ..hanya mahu kenyangkan perut sendiri,habis terabai tanggungjawab sebagai pemimpin.
Berbahas sana berbahas sini ,itupun fasal perkara perkara kecil seperti peraturan dewan dan sebagainya ,bagaimana dengan hak rakyat,? aku dah muak tengok orang tua bergaduh macam budak budak pada isu yang kecil ..menggambarkan betapa vulnerablenya diorang punya mentaliti,..akhirnya isu rakyat terabai.C'MON YANG BERHORMAT cukuplah ,marilah kita berkerjasama itu yang terbaik.
Aku mengharap malaysia akan dipimpin seorang pemimpin yang visinya bagus ,beriman ..itu yang penting pasti datang keamanan ..insya allah.

Aku berharap dapat berkongsi bersama korang,andai korang rasakan yang facts aku salah,komenlah ye .bye..


No comments:

Post a Comment