Thursday, July 29, 2010

contengan minda ----pelakon,penyanyi dan impian

ya,kepada semua avid reader.ye aku tahu berapa kerat yang diluar sana nak membaca tulisan tulisan minda aku dalam blog ni.Aku bukanlah sang panglipurlara semahsyur j.r.r tolkien mahupun failasuf sehebat hamka.

Malam ni dengan background music feveret lagu jepun aku .Aku pon mencatit pe yang ada dalam minda aku yang tengah serabut dan keletihan.Lepas main game assasin creed yang mission nye gagal aku sempurnakan buat sekian kalinya,haha ,.. lupakanla kekurang bakat aku dalam bermain game.aku bukanla seorang yang tahan setengah hari ngadap game.

Hari ni aku nak mengajak korang semua sama sama berfikir ,meneliti seketika satu perkara yang seringkali membawa persoalan ,.. berlainan dan unik bagi setiap individu.Bergantung kepada exposure yang mana juga unik bagi setiap individu di dunia indah penuh pancaroba ciptaan tuhan.

Perkataan hari ini adalah "impian" bahasa inggeris nya "dream" ,atau bahse jepun nye "yume"
tak kiralah dalam bahasa ape pon hatta bahasa jin sekalipon maksud nyer same.

Bila cikgu tanya "what is your ambition,your dream ?" masa kecik kecik dulu ..huhu mase tu baru darjah satu kalau jawab soalan salah cikgu mesti denda suruh baring atas kerusi . HAHA,memang kelakar bila diingat balik .Aku dengan confidentnya menjawab "askar" mase tu kan tengah hot citer sly stallone "rambo" hehe.Aku pon fikir la betapa bestnye dapat pegang fire arm kan .Bila aku dah cukup besar dan mampu berfikir secara stand alone aku sedar yang jadi askar bukanlah life yang aku akan lead.

YA ,..itulah hakikat sebenar manusia yang dikurniakan hati yang senantiasa berubah ubah , sekejap nak hitam lepas tu tukar pulak yang merah .Hari ni laYan muzik retro esoknya lady gaga yang didengar.
Hari ni yang bergaya itu jaket preppy dengan jeans lusuh .Dulu2 seluar ketat bellbottom ..rantai "peace" rambut hippie dengan background song "stayin alive " dendangan bee gees.
Kita didorong dengan desire mahukan kesenangan melakukan apa yang kita mahu,sebab tu ramai yang kagum dan ada juga yang jealous dengan achievement ahli sukan.Kenapa aku pilih ahli sukan.Lihat saja pada rooney ,tiger woods dan schumie schumacher ,..mereka mencapai impian mereka dan di kemucak karier masing masing mencatat nama sebagai antara insan mahsyur yang perkembangan persona dan karier mereka di dokumentasi oleh para jurnalis ..dikuti ramai peminat.Itu ahli sukan berbakat .

Timbul persoalan kenapa manusia gagal mencapai impian ? ...aku malas nak elaborate topic of discussion ni lebih mendalam ,ianya satu persoalan yang no brainer..
sedari kecil kita ditunjukkan yang life ini punya option ,setiap satu option akan membawa outcome yang pelbagai ..........dan dalam proses kita menilai risiko setiap pilihan tersebut kita kan menilai setiap outcome yang mungkin.

Ambil contoh ali ,..yang impiannya mahu jadi seorang penyanyi ,.. ali seorang lelaki biasa seperti aku ,majid maupun muthu kedai dobi.Dia seorang average joe yang dikurniakan bakat dengan suara sepower awie ,persis chris daughtry ,dan dipendekkan crite karut ini.Ali pon berjaya melakar nama dalam industri muzik malaysia dengan album sulungnya "ali and the wows of bangsar" itu ali yang punya bakat menyanyi dan entertain orang kebanyakan.
Bagaiman dengan zek yang kurang bakat ? Yang tidak tahu apa itu tenor mahupun falsetto dan nyanyiannya oh pitch entah kemana dan ada masalah tone deaf yang teruk,pastinya menimbulkan masalah kepada cikgu vokal siti hajar dan juga lah v.e.
kerana keberaniannya mencuba nasib menjadi penyanyi dia pun terpilih sebagai salah seorang pelakon baru..yelah walaupun sentiasa hilang continuity tetap jadik pilihan produser kerana ketampananya.


oklah cukup dengan kisah si ali and the wows dan juga pelakon baru zek.
Kita manusia punya keinginan berbeza punya perancangan bagi perjalanan hidup namun tuhan yang maha adil punya perancangan yang lebih teliti punya jalan yang terbaik untuk setiap manusia .Oleh itu andai kita ditimpa malang atau dikurnia kebaikan jangan kita lupa semua itu datang dari tuhan yang mencipta ,manusia ini dicipta serupa yang membezakan kita semua adalah sejauh mana kita patuh akan perintahNya .
Ya,korang sama seperti aku punya impian.sejauh mana korang berusaha membawa diri..memajukan diri membentuk diri menjadi individu yang punya trait yang diinginkan.Tentunya dengan izin maha pencipta,boleh ,apa saja bisa dengan tuhan yang menciptakan.

Sampai disini saja contengan minda,selamat berpuasa untuk reader muslim.!

No comments:

Post a Comment