Friday, July 18, 2014

#MH17 : Kemelut politik Ukraine- Russia, yang tidak bersalah menjadi mangsa



Segalanya bermula pada Februari 2014- keadaan politik mula genting di Ukraine, presiden Ukraine Viktor Yanukovych meninggalkan Ukraine dek kerana tentangan hebat dari rakyat yang tidak berpuas hati dengan dasar kerajaan ,taraf kehidupan , ekonomi yang rendag , tidak berpuas hati dengan tindakan Yanukovyh yang memenjarakan bekas perdana menteri Ukraine Yulia Tymoschenko( Yulia berdepan dengan berbagai tuduhan korupsi sepanjang pemerintahannya - saya enggan ulas isu ini).

Viktor Yanukovych dan Presiden Russia Putin

Yulia Tymoshenko


Ukraine - nyata punyai hubungan diplomatik yang kompleks dengan jirannya Russia .Negara ini biarpun punyai sumber ekonomi yang besar (pengeksport bijirin terbesar dunia) , berpotensi untuk lebih maju dari sudut ekonomi, gagal kerana masalah korupsi dan salah pengurusan sumber ekonomi (Malaysia juga bakal ikut jejak mereka jika gagal ubati masalah korupsi).

Tindakan Yanukovych yang bersetuju  menerima tawaran dari Russia untuk membeli bond dari Ukraine berjumlah USD15 Billion bagi menyelamatkan negaranya daripada muflis membuatkan rakyatnya yang pro-nasionalis,penyokong Yulia  memberontak.

Rentetan dari peristiwa tersebut,kerajaan pimpinan Yanukovych berdepan dengan tentangan rakyatnya sendiri .Yanukovych lari dari negaranya dan kini hidup dalam buangan di Russia .Kemudian , Russia mula campur tangan bagi meredakan konflik di negara jirannya itu


.Konflik bertambah gawat apabila ada penunjuk perasaan mati di tembak pihak keselamatandan kerajaan sementara Ukraine ketika itu menuduh Yanukovych dan Russia menjadi dalang di sebalik kejadian tembakan tersebut.Bermula dari protes anti - kerajaan kecil kecilan, kepada gerakan militia dengan pelbagai fahaman dan motif politik.  Tindakan negara kuasa besar ini, bakal bawa dua negara ini ke kancah perang saudara

MH17 - Penerbangan akhir 17-7-2014,Amsterdam -Kuala Lumpur, berakhir di ruang angkasa Ukraine

Pada tanggal 17-7-2014, tercoret satu lagi peristiwa hitam dalam lipatan sejarah penerbangan Malaysia , apabila pesawat MAS penerbangan MH17 dari Amsterdam ke Kuala Lumpur terhempas di satu kawasan
di timur Ukraine.

Pesawat itu membawa 298 orang penumpang berserta anak kapal dari pelbagai negara. Angka korban masih belum di pastikan , namun, peluang untuk hidup adalah tipis.



 Menurut laporan media antarabangsa pesawat malang tersebut di tembak jatuh pihak pemisah pro-Russia menggunakan misil permukaan ke udara BUK atau "Бук" dalam bahasa Russia . Bekemampuan untuk sedia tempur dalam masa kurang 5 minit, dengan setiap misil mampu mencapai sasaran terbang pada ketinggian 80 000 kaki .Pada ketika itu MH17 terbang pada ketinggian 30000 kaki.




Berdasarkan perbualan pihak pemisah yang berjaya di pintas risikan Ukraine ,  merekalah bertanggungjawab menembak pesawat itu.


Namun. Tanpa sebarang bukti kukuh , tidak dapat di pastikan siapakah pihak yang bertanggungjawab dalam insiden ini.

KENAPA TERBANG DI RUANG ANGKASA TERSEBUT?
pihak Organisasi Aviasi Eropah Eurocontrol mengesahkan, laluan tersebut selamat. Bahkan ada pesawat dari penerbangan lain turut menggunakan laluan yang sama.

Tidak ada pihak yang seharusnya di persalahkan dalam isu pemilihan laluan ini, kerana , sama seperti jalan raya yang di gunakan ketika memandu. Andai laluan tersebut di isytihar selamat. Maka , pemandu akan gunakan laluan tersebut.

Mereka (pihak kawalan penerbangan ) telah menutup laluan penerbangan berdekatan wilayah bergolak itu, namun , segalanya sudah terlambat bagi hampir 300 nyawa yang tidak bersalah

Ulasan penulis 

  • Biarpun, ada bukti rakaman perbualan. Masih tidak cukup untuk di jadikan bahan bukti. Ada kemungkinan maklumat yang di berikan adalah  fabricated untuk menuduh Russia sebagai dalangnya
  • Ukraine, Russia ,Amerika ada kepentingan di wilayah tersebut. Apa pun, kita tuggu dan lihat
  • Kotak hitam pesawat, tidak seharusnya di kendali oleh Russia/Ukraine/USA. Ada kemungkinan, ianya bukti yang ada bakal di 'cemar' dan maklumat asal bakal di ubah
  • Putin, memberikan jaminan kepada Malaysia dan pihak antarabangsa akan di beri akses penuh untuk memasuki kawasan pesawat terhempas. 
  • Kerajaan Malaysia bakal bersama sama dengan pihak antarabangsa lain berkerjasama menyiasat punca kejadian malang ini.
  • Putin, harus membuktikan yang kerajaan pimpinannya tidak membekal senjata yang hanya boleh di peroleh oleh satu satu negara
  • Andai benar ,ianya di tembak jatuh, kami mahu keadilan


Gajah sama gajah bertempur, kijang mati di tengah tengah. 
Ini peristiwa malang yang sekali lagi menguji MAS dan Malaysia. Kita di Malaysia tidak seharusnya menunding jari antara satu sama lain dan membiarkan MAS di kambing hitamkan . 

Ini suratan takdir pahit yang harus di terima rakan, keluarga dan kenalan mangsa . Alfatihah untuk mereka. 

Bersolidariti .