Saturday, July 31, 2010

dalam keheningan pagi 1 syawal

masih segar dalam ingatan aku...pagi 1 syawal , aku baru balik dari rumah nenek aku,kepala aku masih berat ..iyalah ting tong ting tong tak tido satu malam.Syoknye rayalah katakan.Aku balik dengan muke comot belum mandi, mak aku pun terus suruh aku pergi buang sampah.

Aku pon berjalan ke arah sink ...... dalam sink tu ade bekas sampah .dengan satu plastik kat atas bakul tu,.. tanpa fikir panjang aku pun ambillah plastik ngan sebakul sampah tu ,terus pegi buang kat belakang.
Lepas tu aku dengan selambernya jalan masuk dalam rumah.
Sampai je aku kat dapur ...terus disapa dengan pertanyaan dari my father (ayat pinjam dari novel"cinta pantai la paz" )
DAD-"mana ayam yang mak kau nak buat rendang? abah letak kat singki tadi."
setelah menyedari yang aku dah ter..buang ayam rendang edisi 1 syawal,aku pon berlari mengalahkan sprinter legenda malaysia watson nyambek.bukan dengan spike dikakiku tapi slipar jepun cap "korakoh".
Kucing2 rumah aku .. Koko si kucing hitam bersama sama konco konconya dan Jon si mafia ayam dah buat treaty nak bagi2 ayam tu.Sebelum daging itu di defect oleh haiwan2 tersebut aku terus sambar plastik yang pada aku ketika itu lebih berharga dari sekilo blood diamond sierra leone.
Misi menyelamat aku berjaya.Nasib baik kalau x aku kena cari kedai yang jual ayam di pagi satu syawal.-Aku masih ketawa bila teringat peristiwa ini - :D ,
Selamat berpuasa kepada semua pembaca muslim.

petikan infoislamterkini-Jodoh Tidak Datang Bergolek

Jodoh Tidak Datang Bergolek

“Itulah alasan lapuk yang aku sudah malas mahu mendengarnya. Kononnya semasa di kampus inilah kena bercinta sebab zaman kerja nanti, silap-silap melepas,” luah hati Zaharah sambil membetulkan tudungnya.

“Mereka sanggup melayan dosa bercouple begitu… mereka sudah lupakah janji Allah bahawa jodoh dan pertemuan sudah diatur-Nya? Mengapa mesti melayan dosa?” tambah Zeti untuk menyedapkan lagi perbualannya.

Setelah membaca dan menghadam Teori Evolusi Cinta yang saya nukilkan di saifulislam.com tentang keburukan hidup bergelumang cinta bertatah dosa, ramai yang berasa puas. Ada yang berpuas hati kerana bertambah yakin dengan pengorbanan diri menolak cinta atau memutuskan cinta yang pernah membelit jiwa. Ada juga yang berpuas hati kerana beroleh hujah-hujah mantap untuk membidas kawan-kawannya yang selama ini petah menangkis tazkirah.

Penulisan saya berkaitan dengan cinta, tidak pernah saya pisahkan daripada niat yang satu, iaitu untuk menunjukkan jalan yang betul dalam mengatur fitrah agar tidak menjadi fitnah. Teguran kepada anak-anak muda berkaitan dengan kebingungan mereka dalam menggarap persoalan cinta dan cabang-cabangnya, disampaikan dalam nada nasihat yang penuh empati, bukan titah hukuman mati. Hanya sesekali, saya cantas bunga-bunga bahasa, agar mesej yang ingin disampaikan terang benderang, apatah lagi setelah rimas melihat bunga diramas kera.

Tetapi reaksi pembaca yang menyokong tulisan saya, menimbulkan pula masalah yang baru. Mereka membuat kesimpulan-kesimpulan yang jauh dari apa yang saya maksudkan. Biar pun umum memahami bahawa artikel dan komen adalah dua komponen yang berasingan, namun secara separa sedar, ia menyerap dan saling melengkapkan pakej kefahaman, yang jauh dari mesej asal saya.

SALAH FAHAM

“Kenapa mesti bercinta semasa belajar, bukankah jodoh dan pertemuan telah Allah tentukan!” kata seorang pemberi komen. Bukan komen di blog saya, tetapi di halaman lain yang memetik tulisan saya.

Sesungguhnya di sinilah tertonjolnya satu krisis baru.

Menolak cinta yang bergelumang dosa adalah sama sekali tidak bermaksud yang persoalan jodoh boleh dipisahkan dari usaha. Ia bertentangan dengan sunnatullah yang menuntut kita mengambil sebab musabab dalam kehidupan. Bagaimana kalau ayat tersebut digantikan dengan persoalan makan?

“Kenapa mesti mencuri untuk mencari rezeki, bukankah makan dan minum kita telah Allah tentukan?”, ayat ganti dalam skop yang sama.

Mampukah seorang manusia yang waras percaya bahawa perbuatan mencuri untuk mencari makan, adalah kesalahan yang mesti dihentikan dan gantiannya ialah menunggu sahaja beras ajaib menjadi nasi, ikan di laut berenang ke pinggan, dan tangan menyuap tanpa usaha!

Tentu sahaja tidak.

Sudah tentu perbuatan berdua-duaan tanpa ikatan perkahwinan, yang sudah menjadi kelaziman yang menggila di kalangan masyarakat kampus adalah perbuatan yang salah dan harus diperbetulkan. Namun menolak coupling tidak bermaksud yang seorang siswa dan siswi boleh duduk bertimpuh bertahajjud di atas sejadah merayu kepada Allah agar beroleh jodoh tanpa sebarang usaha ke arah mendapatkannya.

Usaha tetap usaha, dan zaman belajar tetap merupakan salah satu peringkat usia yang bagus untuk usaha ini dilaksanakan. Soal berkahwin semasa belajar ia subjek kepada diskusi khusus mengenainya. Namun mencari calon yang sesuai ketika di zaman pengajian, adalah langkah yang baik kerana kita duduk dalam lingkungan yang lebih banyak potensi kafa’ah dan sekufu dalam pencarian itu.

Akan tetapi jika berdua-duaan menggendong pasangan ke hulu hilir dianggap salah, apa lagi ikhtiar yang ada untuk mencari teman berkongsi nyawa?

SUATU KETIKA DAHULU

“Has, umur kita dah mencecah hampir suku abad. Anta tak ada perancangan untuk berkahwin?” tanya Ziad, sepupu saya ketika kami menjamah makan malam.

“Hmm… terfikir juga. Cuma tidak seserius mana. Anta rasa macam mana?” saya menyoalnya kembali.

“Kalau anta berhajat, jomlah kita berjumpa dengan Ustaz Wan,” cadang Ziad.

Ustaz Wan adalah seorang pelajar PhD di UK. Beliau merupakah seorang tokoh masyarakat yang dekat di hati kami kerana sikapnya yang prihatin terhadap kebajikan pelajar yang mengenalinya. Dalam kesibukan beliau mengendalikan pengajiannya di peringkat PhD, beliau tidak lokek meminjamkan masa dari semasa ke semasa untuk berceramah, berseminar dan membuka kelas-kelas pengajian yang amat berharga, terutamanya buat anak perantau yang dahagakan petunjuk agama di bumi UK.

Kami sering merujuk kepada Ustaz Wan.

Bukan hanya dalam soal ilmu dan hukum hakam, tetapi membabitkan soal kehidupan. Beliau adalah tempat rujuk yang paling tepat untuk pelajar bertemu dan meminta nasihat serta pertolongan tentang cinta, jodoh dan perkahwinan.

“Anta tak ada calonkah daripada kalangan ustazah-ustazah Jordan sana?” soal Ustaz Wan petang itu.

“Err… ustazah-ustazah Jordan garang, ustaz. Nanti ana tak dibenarkan makan pizza. Hanya khubuz arabi sahaja!” saya menjawab dengan nada gurauan. Ustaz Wan dan Ziad ketawa.

“Anta ada kriteria tertentu?” tanya Ustaz Wan kepada saya.

“Tak ada ustaz. Asalkan elok di mata ustaz, eloklah di mata ana. Cuma jika ada ruang, ana lebih cenderung untuk mencari calon yang kampungnya dekat-dekat. Tidak perlu bermusafir jauh untuk pulang ke kampung nanti,” saya menjawab.

“Oh, kalau ada calon dari kampung ana, anta tak setujulah ya?” gurau Ustaz Wan sambil mengisyaratkan jarinya kepada Zack yang ketawa di sisi.

“Wait and see laa ustaz!” kami ketawa.

Kami tahu, isteri Ustaz Wan juga banyak berbual dengan kelompok siswi. Mereka juga merujuk kepada isteri Ustaz Wan dalam hal-hal seperti ini dan sebahagiannya meminta bantuan beliau untuk mencarikan jodoh yang sesuai.

Ustaz Wan mencadangkan agar saya mencari jodoh dari kalangan pelajar perubatan di Ireland. Kombinasi Ustaz dan doktor bagus untuk khidmat masyarakat katanya. Cuma ustaz yang berkahwin dengan doktor kenalah bekerja keras untuk menyesuaikan kerjaya dan expectation masing-masing memandangkan kepada nature kerja kedua-dua profesyen itu.

Saya bersetuju.

Ustaz Wan dan isteri memanjangkan hajat saya kepada seorang senior yang berada di Dublin, Dr. Faiz.

Beliau dan isterinya merupakan doktor yang dihormati di kalangan pelajar. Biar pun beliau bukan seorang ustaz, namun perwatakannya yang prihatin kepada kebajikan pelajar serta keperibadiannya yang baik, menjadikan beliau sebagai tempat siswa dan siswi mengadu hal dan meminta nasihat.

Selain nasihat berkaitan akademik, beliau juga banyak berkongsi peringatan tentang hal-hal yang bersangkutan dengan cinta, jodoh dan perkahwinan.

seacat

Menaiki Seacat menyeberangi Laut Irish dalam ikhtiar berkaitan jodoh – Disember 1998

“Ahlan wa sahlan ke Dublin, ustaz,” kata Dr. Faiz semasa menyambut saya yang baru tiba dengan keretapi dari Belfast.

“Terima kasih doktor,” saya berpelukan dengannya.

Biar pun kami hanya sesekali bertemu di dalam program, namun keserasian pemikiran dan sifat saling hormat menghormati memberikan keselesaan serta merta kepada kami berdua untuk berbual mesra. Pertemuan pada malam Ramadhan yang penuh keberkatan itu menjadi sesi bertukar-tukar pandangan di antara saya dengan beliau. Setelah dimaklumkan oleh Ustaz Wan lebih sebulan yang lalu, Dr. Faiz dan isteri mencadangkan kepada saya beberapa orang siswi yang mempunyai hasrat yang sama, sebagai calon isteri.

CALON CADANGAN

“Ana ada dua orang calon yang dirasakan sesuai dengan ustaz. Tetapi terpulang kepada ustaz untuk mempertimbangkannya,” ujar Dr. Faiz malam itu.

“Hmm, kalau mengikut catatan doktor, calon yang pertama ini amat banyak persamaan dengan ana. Hingga poskod beliau pun sama. Doktor rasa kenapa agaknya?” saya tersenyum semasa membaca catatan Dr. Faiz tentang ‘calon pertama’ yang dikemukakannya.

“Kenapa ya? Ana tak perasan pula!” kata beliau. Sedikit terkejut.

“Ini sepupu ana, doktor. Haha!” saya ketawa.

“Ohh ye ke? Tak tahu pula ustaz ada sepupu di sini. Patutlah poskod pun sama. Rumah dekat-dekat barangkali,” Dr. Faiz ketawa sambil menepuk dahi.

Saya membelek maklumat tentang calon kedua yang dikemukakan oleh Dr. Faiz.

Namanya Nazhatul Muna.

Hmm… sedap nama itu. Seperti Arab. Tanda ibu bapanya orang beragama barangkali. Alamatnya di Ipoh. Orang dekat juga nampaknya. Adik beradiknya 10 orang. Besar keluarga ini. Mungkin juga bonus, petanda baik kesediaan berkaitan cahaya mata nanti. Serba serbi, maklumat ringkas yang ada cukup berpada.

Saya tidaklah cerewet dalam mencari. Risaunya lebih kepada menjadi. Kalau mahu mencari yang baik, banyakkan usaha menjadi yang baik. Berkahwin untuk memberi… expectation kita adalah soal peranan dan tanggungjawab. Manakala kelebihan dan kebaikan isteri, itu bonus. Sebab itulah mungkin saya tidak mengalami banyak kesusahan untuk membuat keputusan.

“Insya Allah selepas Tarawih nanti ana beri keputusan. Cuma kalau ada gambar orangnya, izinkan ana menengoknya untuk melengkapkan syarat Sunnah,” saya memberitahu. Kebetulannya jam sudah hampir 7:30 malam. Solat Isyak dan Tarawih bakal bermula.

dublinmosque

Di masjid ini saya memohon restu dari Allah sebelum keputusan besar dibuat

Selesai solat, saya mengambil masa seketika menunaikan solat Hajat. Memohon kekuatan daripada Allah untuk ‘menyokong keputusan besar’ malam itu. Keputusan yang banyak berpandukan fatwa hati, bahawa ia tenang dengan kebaikan dan resah dengan perkara yang berlawanan. Hati saya tenang sepenuhnya… dalam munajat kepada Allah.

“Ya Allah, pada malam yang penuh keberkatan dan kemuliaan ini, aku ingin membuat keputusan yang besar tentang wanita yang bakal kupilih menemani kehidupan dan perjuangan ini, sepanjang hayatku. Atas ikhtiarku sebagai hamba-Mu yang tidak mampu melihat apa yang Engkau sembunyikan, aku menilai zahirnya, Kau uruskanlah ghaib dan batinnya. Berkatilah pilihanku ini dan kuatkan azam serta tawakkalku kepada-Mu. Aku hamba-Mu, dia hamba-Mu, Engkau Tuhan kami. Jadikanlah segalanya dalam suluhan hidayah dan inayah-Mu, ameen ya Rabb al-’Aalameen”

Kami bertemu semula selepas moreh.

“Kebetulan zaujah ana ada gambar ukhti tersebut. Ini dia,” Dr. Faiz menghulurkan sekeping gambar.

Saya terkasima di antara rasa teruja dan lucu memikirkannya. Sekeping gambar yang memaparkan hampir 30 orang mahasiswi di hadapan bangunan universiti, wajah calon isteri saya hanyalah sebesar kepala mancis. Apa yang pasti, calon itu cukup matanya, lubang hidungnya, mulut dan dua tangan di kiri dan kanan badan. Alhamdulillaaah!!!

“Insya Allah doktor. Hati ana berada dalam keadaan yang tenang. Dialah calon pilihan ana. Andaikata beliau bersetuju. Jika beliau tidak bersetuju, ana berlapang dada,” saya memberitahu.

Malam itu juga, Kak Ila isteri Dr. Faiz menelefon muslimah bernama Nazhatul Muna itu di bandar Galway, beberapa ratus kilometer ke Barat Dublin. Hampir 15 minit mereka berbual.

“Hah, apa cerita?” Dr. Faiz bertanya kepada Kak Ila yang tersenyum simpul datang ke ruang tamu.

“Alhamdulillah, nampaknya orang sebelah sana pun tidak susah membuat keputusan. Dia belum mempunyai apa-apa komitmen walaupun ada meminta bantuan sepupunya yang belajar di Mesir. Beliau bersetuju, ustaz!” kata Kak Ila kepada saya. Beliau juga girang sekali dengan hasil malam itu.

Sebak dada saya. Antara syukur dan terharu. Debar di dada makin terasa. Malam ini adalah permulaan yang baru dalam hidupku.

Subhanallah. Saya akui saya tidak susah untuk membuat keputusan. Tetapi saya tidak menjangkakan yang calon di sebelah sana juga begitu. Malam itu kami mencapai beberapa keputusan. Dr. Faiz mencadangkan agar semasa Hariraya Aidiladha nanti, saya datang sekali lagi ke Dublin untuk diperkenalkan dengan calon tunang dan isteri saya di rumah mereka. Dr. Faiz dan isteri mahu mengatur sesi Taaruf. Sementara itu, beliau tidaklah mengenakan apa-apa syarat kerana kami masing-masing faham akan batasan agama yang dipersetujui bersama.

Rancangan untuk bertaaruf itu tidak berhasil.

Saya tidak sempat untuk datang semula ke Dublin kerana pulang ke Malaysia. Kebetulannya emak juga sudah maklum akan hasrat saya untuk menamatkan zaman bujang. Tidaklah terus berkahwin, tetapi menunggu sehingga calon saya menamatkan pengajiannya di bidang perubatan. Masih ada dua tahun berbaki. Tempoh yang penting untuk saya membuat persiapan diri.

Setelah ada persetujuan di kedua-dua belah pihak, Dr. Faiz mencadangkan agar saya tidak lagi menggunakan khidmat beliau sebagai orang tengah. Di peringkat ini, sudah wajar untuk kami berhubung terus bagi mengatur diskusi tentang plan yang selanjutnya.

Pada bulan Mei 1999 buat pertama kalinya saya berutus email dengan calon yang belum pernah dilihat wajahnya, belum pernah didengar suaranya, jauh sekali keluar bersama. Gugup sekali. Hingga mahu dibahasakan saudari atau ukhti atau awak atau kamu, saya menulis dan memadam berjam-jam lamanya.

Setelah saling bertukar beberapa email, kami mencapai kata sepakat untuk bertunang. Saya dari kota London dan beliau dari Galway, kami sama-sama pulang ke Malaysia.

Saya telah datang ke rumah beliau bersama abang dan bapa saudara kami untuk menetapkan tarikh majlis bertunang dan hal-hal lain yang berkaitan. Di hari itulah, buat pertama kalinya, saya dipertemukan dengan seorang wanita bernama Nazhatul Muna, di hadapan ayah dan bondanya dengan penuh restu, adab dan aturan agama. Ia sebuah pertemuan yang amat bermakna dan saya memuji Allah atas nikmat ini, nikmat melihat bakal teman sepanjang hayat di dalam majlis yang paling baik, iaitu di bawah bumbung rumahnya, di depan mata ayah dan ibu yang melahir dan membesarkannya.

Tiada yang lebih baik dari itu.

pinang

Tiada dalam gambar. Sedang ‘bersembunyi’ di dalam kereta

Bertunanglah (Mengikat Pertunangan Dalam Kesederhanaan - petikan Aku Terima Nikahnya) kami selama dua tahun dan seperti yang dipersetujui bersama, ikatan perkahwinan dilangsungkan pada September 2001 (Erti Sebuah Perkahwinan – petikan Aku Terima Nikahnya). Ziad yang juga sudah berumahtangga dan sedang menunggu kelahiran cahaya mata pertamanya, menumpang gembira hadir sama mengiringi majlis perkahwinan kami.

KHIDMAT ORANG TENGAH

Itulah secebis kenangan, kisah bagaimana saya bertemu jodoh dengan Ummu Saif.

Peranan Ustaz Wan dan Dr. Faiz serta isteri masing-masing, sinonim dengan fungsi Nafisah binti Umayyah, yang menjadi orang tengah di antara Khadijah bint Khuwailid dan Muhammad bin Abdillah sallallaahu ‘alayhi wa sallam ketika Khadijah melamar baginda.

Tindakan Khadijah mewakilkan Nafisah untuk merisik dan seterusnya menyatakan hasratnya mengambil Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam sebagai suami, adalah suatu aturan prosedur mencari jodoh yang terkandung di dalamnya hikmah yang besar.

1081

Peranan orang tengah inilah yang harus diberikan perhatian oleh para muslimin dan muslimat hari ini dalam ikhtiar mereka mencari jodoh. Sama ada orang tengah itu merupakan ibu bapa mereka sendiri, atau pun individu-induvidu yang diyakini sifat amanah dan kewibawaannya, mereka bisa mengusahakan urusan mencari jodoh ini.

Malah jika peranan orang tengah ini diinstitusikan di bawah unit-unit secara sistematik, ia adalah lebih baik dan bermanfaat. Bagi gerakan-gerakan Islam dan kumpulan dakwah yang menghimpunkan sekelompok besar ahli yang sepemikiran dan memegang nilai serta pandangan hidup yang sama, proses untuk mencari jodoh yang diinstitusikan di bawah Unit Bait Muslim, adalah suatu tradisi zaman berzaman yang amat berguna.

Peranan Unit Bait Muslim ini bukanlah untuk memaksakan jodoh sesama pengikut! Malah jika ada pemaksaan berlaku di mana-mana ia adalah kepincangan mereka sendiri, biar atas nama apa sekali pun ia. Unit Bait Muslim ini amat tipis perbezaan di antara buruk dan baiknya. Ia amat bergantung kepada persepsi atau cara memandang seseorang. Apabila fungsi Unit Bait Muslim disanggah dengan perkataan sedemikian rupa, maka jadilah ia sebagai sesuatu yang dipandang serong dan negatif oleh golongan yang mendengar di atas angin.

Akan tetapi peranan Unit Bait Muslim ini adalah sebagai ikhtiar yang syar’ie untuk golongan yang tidak berdating ini bertemu jodoh. Konotasinya adalah USAHA dan PERANAN ORANG TENGAH.

Khidmat orang tengah dapat mencegah keaiban daripada berlaku. Ia juga boleh menjaga maruah kesemua pihak yang terbabit. Sama ada pihak tengah ini berkhidmat secara individu, atau secara berorganisasi, ia adalah wasilah mengusahakan jodoh dan perkahwinan yang amat penting untuk difahami dan dimanfaatkan.

ORANG ‘BAIK’ TIDAK BERDAKWAH

Apa yang menjadi kesulitannya ialah, jika dahulu golongan yang tidak bercouple ini lazimnya terbabit dengan kegiatan keagamaan, dakwah dan kebajikan secara berorganisasi dan mereka biasanya dibantu oleh Unit Bait Muslim di dalam organisasi masing-masing. Dulu-dulu, orang yang menolak evolusi cinta, menolaknya dengan semangat dakwah. Tetapi kini, ramai sahaja golongan yang ‘baik-baik’, tetapi tidak mempunyai sebarang komitmen dengan kerja-kerja dakwah secara sistematik dan berorganisasi.

Di antara kesan sampingannya ialah, tiada siapa yang menguruskan soal jodoh mereka, dan mereka pula tidak punya sebarang wasilah ikhtiar lain untuk tujuan tersebut.

Ibu bapa pula tidak memainkan peranan mereka dalam hal ini, atau jika ada usaha sekali pun, timbul pula pertentangan nilai antara cara menimbang ibu bapa, dengan si anak. Buntu sekali!

Mungkin dalam situasi seperti ini, agensi mencari jodoh Muslim, menjadi salah satu alternatif yang boleh dipertimbangkan. Syarikat atau pertubuhan seperti MUSLIM MARRIAGE AGENCY setakat ini berperanan secara efektif, terhormat dan berkesan dalam mengatur proses mencari pasangan hidup di kalangan Muslim.

Apa yang penting adalah USAHA dalam lingkungan BATASAN AGAMA.

Kesimpulan daripada keseluruhan perkongsian ini, lawan merompak bukanlah menganggur. Lawan pergaulan bebas bukanlah duduk semata menanti jodoh datang menjelma.

Jodoh tidak datang bergolek.

Thursday, July 29, 2010

contengan minda ----pelakon,penyanyi dan impian

ya,kepada semua avid reader.ye aku tahu berapa kerat yang diluar sana nak membaca tulisan tulisan minda aku dalam blog ni.Aku bukanlah sang panglipurlara semahsyur j.r.r tolkien mahupun failasuf sehebat hamka.

Malam ni dengan background music feveret lagu jepun aku .Aku pon mencatit pe yang ada dalam minda aku yang tengah serabut dan keletihan.Lepas main game assasin creed yang mission nye gagal aku sempurnakan buat sekian kalinya,haha ,.. lupakanla kekurang bakat aku dalam bermain game.aku bukanla seorang yang tahan setengah hari ngadap game.

Hari ni aku nak mengajak korang semua sama sama berfikir ,meneliti seketika satu perkara yang seringkali membawa persoalan ,.. berlainan dan unik bagi setiap individu.Bergantung kepada exposure yang mana juga unik bagi setiap individu di dunia indah penuh pancaroba ciptaan tuhan.

Perkataan hari ini adalah "impian" bahasa inggeris nya "dream" ,atau bahse jepun nye "yume"
tak kiralah dalam bahasa ape pon hatta bahasa jin sekalipon maksud nyer same.

Bila cikgu tanya "what is your ambition,your dream ?" masa kecik kecik dulu ..huhu mase tu baru darjah satu kalau jawab soalan salah cikgu mesti denda suruh baring atas kerusi . HAHA,memang kelakar bila diingat balik .Aku dengan confidentnya menjawab "askar" mase tu kan tengah hot citer sly stallone "rambo" hehe.Aku pon fikir la betapa bestnye dapat pegang fire arm kan .Bila aku dah cukup besar dan mampu berfikir secara stand alone aku sedar yang jadi askar bukanlah life yang aku akan lead.

YA ,..itulah hakikat sebenar manusia yang dikurniakan hati yang senantiasa berubah ubah , sekejap nak hitam lepas tu tukar pulak yang merah .Hari ni laYan muzik retro esoknya lady gaga yang didengar.
Hari ni yang bergaya itu jaket preppy dengan jeans lusuh .Dulu2 seluar ketat bellbottom ..rantai "peace" rambut hippie dengan background song "stayin alive " dendangan bee gees.
Kita didorong dengan desire mahukan kesenangan melakukan apa yang kita mahu,sebab tu ramai yang kagum dan ada juga yang jealous dengan achievement ahli sukan.Kenapa aku pilih ahli sukan.Lihat saja pada rooney ,tiger woods dan schumie schumacher ,..mereka mencapai impian mereka dan di kemucak karier masing masing mencatat nama sebagai antara insan mahsyur yang perkembangan persona dan karier mereka di dokumentasi oleh para jurnalis ..dikuti ramai peminat.Itu ahli sukan berbakat .

Timbul persoalan kenapa manusia gagal mencapai impian ? ...aku malas nak elaborate topic of discussion ni lebih mendalam ,ianya satu persoalan yang no brainer..
sedari kecil kita ditunjukkan yang life ini punya option ,setiap satu option akan membawa outcome yang pelbagai ..........dan dalam proses kita menilai risiko setiap pilihan tersebut kita kan menilai setiap outcome yang mungkin.

Ambil contoh ali ,..yang impiannya mahu jadi seorang penyanyi ,.. ali seorang lelaki biasa seperti aku ,majid maupun muthu kedai dobi.Dia seorang average joe yang dikurniakan bakat dengan suara sepower awie ,persis chris daughtry ,dan dipendekkan crite karut ini.Ali pon berjaya melakar nama dalam industri muzik malaysia dengan album sulungnya "ali and the wows of bangsar" itu ali yang punya bakat menyanyi dan entertain orang kebanyakan.
Bagaiman dengan zek yang kurang bakat ? Yang tidak tahu apa itu tenor mahupun falsetto dan nyanyiannya oh pitch entah kemana dan ada masalah tone deaf yang teruk,pastinya menimbulkan masalah kepada cikgu vokal siti hajar dan juga lah v.e.
kerana keberaniannya mencuba nasib menjadi penyanyi dia pun terpilih sebagai salah seorang pelakon baru..yelah walaupun sentiasa hilang continuity tetap jadik pilihan produser kerana ketampananya.


oklah cukup dengan kisah si ali and the wows dan juga pelakon baru zek.
Kita manusia punya keinginan berbeza punya perancangan bagi perjalanan hidup namun tuhan yang maha adil punya perancangan yang lebih teliti punya jalan yang terbaik untuk setiap manusia .Oleh itu andai kita ditimpa malang atau dikurnia kebaikan jangan kita lupa semua itu datang dari tuhan yang mencipta ,manusia ini dicipta serupa yang membezakan kita semua adalah sejauh mana kita patuh akan perintahNya .
Ya,korang sama seperti aku punya impian.sejauh mana korang berusaha membawa diri..memajukan diri membentuk diri menjadi individu yang punya trait yang diinginkan.Tentunya dengan izin maha pencipta,boleh ,apa saja bisa dengan tuhan yang menciptakan.

Sampai disini saja contengan minda,selamat berpuasa untuk reader muslim.!

Saturday, July 17, 2010

ali,chong ,..muthu,...filem malaysia ..legasi yasmin ..dan politik.

Ya... jam baru menunjukkan waktu sekarang 7.45 pagi waktu malaysia,atau pukul 11.50 pm waktu antarabangsa.Kepala aku masih ting tong sebab demam dan mengantuk tapi aku rase malas nak tidur.Sambil melayan lagu jepun aku pun menaip segala input untuk blog aku ,.... kali ni aku nak mengajak korang semua berfikir ,tentang mesej yang aku sampaikan,yelah tak kisahlah siapa pun aku bagi korang yang membaca blog aku ..aku sekadar ingin berkongsi apa yang aku fikir.

Aku terfikir nak cerita pasal topik ni ,.lepas aku terbaca satu blog dengan artikel menarik minat aku.Korang semua mesti kenal siapa Yasmin Ahmad ... salah seorang film maker tersohor di Malaysia... lupakan semua kontroversi yang ada semasa hayatnye sebaliknya kita ingati perkara positif yang telah dia tinggalkan.Dulu... aku suka tengok iklan yang Yasmin direct,walaupun secara jujurnya aku tak berapa minat filem yang dia arahkan.Oh hell ,aku rase aku tak pernah tengok satu pon filem dia.Aku minat iklan dia jer hahaha.Dalam setiap karya yang dia buat ,biasanya ade diselitkan unsur perpaduan antara etnik malaysia yang kita semua tahu rencam.

Ingat tak dua orang uncle dekat hospital seorang cina seorang melayu , yang kesal dengan sikap anak diorang yang tak bertegur sapa ,dua orang uncle tu sibuk bercerita kenangan diorang masa kecil main sama sama, ... makan bersama ,tidur bersama ..dan ending iklan ni diorang disertai lagi seorang kenalan masa kecil seorang uncle india.Apa mesej yang ingin disampaikan ?Semua rakyat malaysia perlu bersatu padu ,...tapi di sini aku melihat untuk membentuk satu bangsa malaysia yang bersatu padu membentuk satu unit yang kompetetif di peringkat global(dah bunyi macam speech datuk najib,cukupla),ia perlukan lebih dari sekadar orang melayu ,cina dan india hidup bersama bergaul bersama.Pastinya kau orang setuju dengan pendapat aku ni.

Jangan kita sekadar dibrainwash,subconcious mind kita di set dengan "oh,kalau perpaduan antara kaum aku kena bergaul dengan tat wai dan muthu ,ajak diorang men futsal bersama".
Inikah perpaduan?...........

bergantung kepada penilaian masing masing kerana benda ini adalah subjektif.Apa yang penting adalah adanya chemistry antara individu tanpa mengira bangsa ,warna kulit maupun agama,adanya toleransi dan kasih sayang.Barulah wujud sense of security .,

Lupakan stereotaip,orang cina gemar menipu ... india suka mabuk.Hentikan semua tu hentikan. Ingat ..mereka juga manusia ,sama macam kita orang melayu .Sepatutnya kita malu,berapa banyak businessman melayu tersohor kat malaysia ni,? ada yang tersenarai dalam forbes ?Aku rasa kelakar bila tonton filem malaysia lagi lagi kalau ade scene fasal corporate world ,kalau melayu buat filem, heh semua nak cerita fasal projek juta juta,ceritalah fasal realiti sebenar kat luar tu,the depiction of superb succesful malay man really just a fantasy ,reality hits hard when you put your thought about it.Kalau ada pun cuma Tan Sri ALbukhary ,the man who inspired me to be a millionaire ,one day.Seorang millionaire low profile yang banyak sumbangannya,respek betul aku dengan orang macam ni.Dalam list 10 richest man in Malaysia 7 orang cina,aku memerhati dan menilai ,di situ aku rasa malu ,kenapa orang melayu bangsa aku tak mahu berusaha macam orang cina , rajin dan komited macam orang jepun ., andai ditanya bangsa apa aku akan berkata yang aku orang jawa haha.Orang melayu punya kuasa beli,andai orang melayu boleh establish diri mereka pastinya kita mampu level playing field dengan orang cina.

Sebenarnya aku tak berapa minat nak bercerita dan membanding banding orang melayu dengan cina mahupun india.Lebih lebih lagi perihal ekonomi ,terlalu sensitif,aku berharap yang bangsa aku boleh bangun dari tidur ,..cukup cukupla makan subsidi tu,hai orang melayu ,majukan diri.Ini peringatan untuk aku dan juga rakanku yang bangsanya melayu.Aku nak point out bebrapa masalah dari sudut pandangan aku,.
1.Orang melayu sepatutnya sudah mampu bersaing dengan adanya segala kelebihan ekonomi kerajaan dah bagi,subsidi dan sebagainya ..........20 tahun DEB dan segalanya masih diteruskan.Apa jadi pada orang melayu ,mind mereka mula complacent ,..selesa dan tidak mahu berusaha ,terus advantage datang bagi kaum lain yang mahukan kemajuan.Apa silapnya ?.Malas dan Korupsi itu jawapan aku.Pastinya semua pihak tak kisahlah kerajaan.ngo mahupun orang perseorangan yang sedar tentang perihal ni berusaha untuk selesaikannya.

2.Political approach sesetengah ahli politik(aku tak mahu menuduh sesiapa,sebab aku tidak cenderung pada mana mana parti).Yang menyedihkan apabila ahli politik masuk arena politik main duit kotor ..hanya mahu kenyangkan perut sendiri,habis terabai tanggungjawab sebagai pemimpin.
Berbahas sana berbahas sini ,itupun fasal perkara perkara kecil seperti peraturan dewan dan sebagainya ,bagaimana dengan hak rakyat,? aku dah muak tengok orang tua bergaduh macam budak budak pada isu yang kecil ..menggambarkan betapa vulnerablenya diorang punya mentaliti,..akhirnya isu rakyat terabai.C'MON YANG BERHORMAT cukuplah ,marilah kita berkerjasama itu yang terbaik.
Aku mengharap malaysia akan dipimpin seorang pemimpin yang visinya bagus ,beriman ..itu yang penting pasti datang keamanan ..insya allah.

Aku berharap dapat berkongsi bersama korang,andai korang rasakan yang facts aku salah,komenlah ye .bye..


when the going gets hard.....apabila segalanya mula sukar


oklah kali ni aku nak membebel dalam blog ni mengenai isu duit,sape x suke duit angkat tangan!!? ,kalau ade sama ade dia tu gile atau dah nak mati.
tak perlulah aku nak definisikan ape tu duit ,korang dah tau dah , kalau dulu kecik2 mak bagi 20 sen suruh gi beli aiskrim, diberi duit mase hari raye suruh menabung ,masa tulah kita diajar tentang fungsi duit ni.
ade orang dengan falsafah hidupnye ."takde duit aku boleh hidup",...ya memang benar andai tiada duit kita boleh hidup..ya memang benar duit dan kekayaan tidak boleh dijadikan matlamat hidup.

"if you workin just to get money , then u gonna end up being the pawn...if u want to be a king let your money work for u"..aku rase quote ni datang dari sebuah film mafia ,entah aku pon x ingat.atau mungkin subconscious mind aku yang buat ayat di atas.

Tetapi segalanya perlukan duit di masa ini,........dari sekecil kecil benda sampailah ke sekompleks benda dalam hidup kita.Nak pisahkan diri dari benda tu susah,money is a medium of transaction,put it on a hand of a wise man ,..he can make a country prosper.Misused it ,and you will end up poor and pauper.Inilah hakikat kehidupan kita sekarang.

Mahu jadi kaya,.? bukan senang kawan,mahukan kesusahan mudah...cuma duduk diam,..masalah akan mencari kita.Kalau kita tengok ,teliti orang di sekeliling kita ..semuanya,ade yang pening fikir pasal sewa yang belum dibayar... bil yang menimbun.Ada yang cool ,..baginya segalanya mungkin dan duit itu objek.
Ada yang memang berjimat cermat , di simpan sikit sikit duitnya,ada yang bijaksana ..multiple source of revenues and income katanya bila ditanya apa rahsia kejayaannya.

Halal atau tidak sumbernya wallhualam,Dia lebih tahu ,..moga rakan seislamku berkerja mencari sumber rezeki yang halal,the best job in the world is an honest job.Ingat tu.

Banyak sumber kewangan yang boleh kita cari... ade yang mengikut sunnah dengan berniaga,iyalah 9/10 punca rezeki itu perniagaan.

ada yang makan gaji.Yang mahukan harta sepuas nafsunya ..halal ke haram?halam ? hentam je .DUit jugak.

Ramai yang tercari cari steady flow of income,ada yang ambil side job,macam menjahit bagi perempuan, student macam aku ade yang ambil side job designing ,programmming ..blogging ..ade jugak yang daredevil masuk skim cepat kaya.
Usah dicerita sim cepat kaya ,jujurnya aku pun pernah terkena ,nasib baiklah tak banyak,dalam hati kecewa juga sebab tak jalan.Aku ni jenis malas nak confront orang suruh jadi downline,memang terbengkalai la der.

Sebut saja , luxor , uptrend...aku terfikir fasal ponzi scheme,ya memang diakui ada yang diperakukan sah di sisi undang undang ,bukan satu bentuk scam.Tapi aku takut pelaburan sebegini dengan sistemnya akan jatuh ,gagal membawa beratnya sendiri dek kerana ahlinya sudah terlalu ramai dan monetary flownya berkecamuk.
Bila cerita pasal forex,yaa ...membuat keuntungan dengan membeli dan menjual saham ,..dengan berdasarkan kadar tukaran matawang asing ,.. Untung sabut timbul,untung batu habis tenggelam la kau hilang duit. macam tu la nak cerita pasal forex ni.Sebab tu kat malaysia forex hanya untuk bank yang berlesen .

Sekarang aku tengah survey satu program i-rich,nampak menjanjikan...hm, aku perlukan info tentang macamane cash flow untuk program ni.Mcam mlm ke atau tidak,?

Bila disebut taking a leap of faith in the monetary world,oh tidak....kalau bodoh bagaikan kaduk terlalu berani gamble sana gamble sini..aku tak nak nanti hujungnya cuma tinggal sehelai sepinggang.

Bila diaju soalan, .. what you want to do when u graduated from uni,? aku berkate ...i wat to be a businessman just like most of the men in my family.Ya ramai keluarga aku punya bisnes sendiri,..x kisahla walaupun saudagar keropok ,bukannya ahli koporat dalam bilik air cond.Tak kisahla asalkan hasilnya halal.Sudah dua tahun aku belajar dan aku masih belum dapat visualize yang aku akan bertungkus lumus sebagai seorang engineer,walaupun itu merupakan bidang yang aku minat,aku lebih cenderung ke arah bisnes,kerana aku lihat ia menawarkan fleksibeliti.Lagipun salah satu angan angan aku nak jadi millionaire muda,oh itu pastinya easier said than done.

Bila aku bagitau abah aku nak jadi bisnesman ..dia terus kate."Nantilah ,... kau mata ngkan diri kau dengan ilmu..bisnes bukan senang,.kalau tak berilmu nanti dipijak orang".
Bila ditanya apakah harta kau paling bernilai .pastinya jawapan tepat adalah ilmu,ilmu itu akan membela dan menjaga kita ,..memandu kita ke arah tuhan andai diharmonikan dengan iman.

Ilmu manusia itu ..nilainya lebih hebat dari segunung intan,
'complete a man's i.t job,then he wont bug you just for a moment.Teach him how to use a pc,he'll be gone forever'

bak kate robert t kiyosaki ,top class financial expert
"your action speaks louder than word,..make the money works for you"

sekian chiaow!,salam..

Friday, July 16, 2010

sexual harassment dan kisah tudung. =_="


hiyargh !! jam 11 pagi , aku still ngadap laptop , dan berfikir pasal topik untuk dibebelkan...


sedang aku dok browsing through page facebook kawan2(istilah selamat untuk stalking) hehehe


sedang aku dok observe aku ternmpak la satu gambar yang menarik perhatian aku ..ya mungkin korang ade ternampak gamba mcm tu kat facebuku maupon social webpage lain2.

x kisahla kat mane pon ,.yang pasti di sini mesejnye jelas ye ,kepada cik2 adik semua korang tak usahla tayang aset korang tu.Itu gangguan seksual bagi kaum adam.Gugur iman dok tenung lame2 ,lagipon dah nak pose ni kan haaa... banyak2 la beramal moga dapat keberkatan dijauhkan dari bala tuhan dan kemudaratan.

Lagipon kat luar tu kan banyak busana2 muslimah yang boleh korang peragakan ,.. sopan ,x segan nak buat bini kalau tengok ,heheh (menggatal lak aku)

Memang ,kalau di tanya macam ni ,.. especially kepada mane2 famili yang telah disekularkan secara efektif dek ideologi beracun dunia barat.

situasi biasa
seorang auntie kepade sorang makcik yang vogue
"June ,anak you pakai macam tu , u bagi ke ",....semase dialog ini berlangsung seorang aweks hot jalan pakai tube bebe diapadankan dengan jeans banana republic

kate makcik yang vogue bername june :"biarlah cat kan dah besar"..
kate auntie lagi sorang pulak,:u biarkan anak u khatijah pakai macam tu?"

tiba2 menyampuk pulak si anak gadis yang perasan hot macam kim kardashian
"c'mon la auntie,this is a globalised world,tudung was way in the past okay,..kolot ...this stuff ,(sambil pusing 360) really helps me express meself".

Haa elokla tu mak jahanam anak syaithon
so ,malas ku nak taip cerkon ni(cerkon,criter kontot).
dipendekkan criter ,si anak pon ngandung,... pastu baby pon buang

sex out of wedlock makin menjadi2,jangan asyik nak salahkan lelaki ,kalau pompuan ramai cenggini, habiss bala' turun nanti.

Aku tau aku bukanla seorang alim ulama' dengan ketayap dan serban. adekalanya aku terasa vibes,.. bile tengok benda2 x elok ni,...aku budak biase jer,bukannye soleh macam para tabi'in zaman dulu iman pon naik turun.Aku bukannye nak menyampaikan ceramah agame ,tapi sekadar pandangan aku yang mane aku selitkan sedikit unsur nasihat dalam humor kering aku.

moga tidak aku semakin syaitan dari hari kehari,moga diberi petunjuk dari allah...amin.
itu doa dan harapan untuk semua orang,..

Bila orang sebut "sexual harassment,the first thing that pops into mind ....pompuan kena raba,"...orang sexting gune sms...upload homemade porn,... ahh.. bosan.Pastinye banya pihak akan katekan yang pompuan itu mangsa,aku bukan nak bela kaum adam ni,bagi aku dua2 same je,tuhan cipta ade nafsu.
Bila si lelaki dah naik seh,...tutp aurat ke x ,ape dia kisah,pompuan pon same.

Pernah dulu seseorang mengeluarkan statement ,"it's the guys that needs to be blame,us women we have the rights to look pretty".

yes ,i do get your point,but thing is ..haa dah termamam kentang omputeh trus.
Lelaki ni,selagi ane leh sepak batu kerikil jage la tue ke mude ke ,..same je.Kalau kerasuk nafsu haiwan abis la.

Sape kate nak cantik kena pakai seksi? elok je boleh chun macam ni
kan



haa..x usahla pakai mcam sarung nanke tu berbulu aku tengok.Pakai baju kurung sopan je orang tengok.brader2 gangster tu mesti segan nak ayat kalau korang dress up macam ustazah.

peduli la orang nak kate pe kan, ... kolot ke,...hape ke lantak diorang la
Di suruh bertudung dan menutup aurat itu ada banyak kelebihannya,kalau dilihat dari pelbagai perspektif maupon refleksi imej wanita ,ternyata ..ia akan memberikan imej positif kepada sesiapa yang melihatnye.

pompuan selalu pakai seksi ,orang kate ini mesti bohsia.pompuan pakai sopan orang mesti fikir yang dia tu ustazah.

it's a no brainer and people impression is important ,u people know that goes without saying,.pardon my broken english eh people.



okla sampai di sini saje ,bebelan aku.

proton ,perodua ...mentaliti


"We're not sure why Australians keep buying these Malaysian utility tools, unless you're limited finacially, it's strongly advised to look elsewhere. Anything European or Japanese is great. These countries rely on small hatchbacks, Malaysia relies on small motorbikes. Japan and Europe know a thing or two about quality and design."

ayat dia atas merupakan komentar atau ulasan mengenai pelopor industri otomotif kite, sape lagi kalau bukan proton. proton merupakan legasi mantan pm kita tun mahathir.

Kereta m'sia ni ..hm kalau nak dikomen ok lah,untuk satu industri yang baru 20 tahun.. muda lagi nak dibandingkan ngan car maker yang dah establish macam honda ,toyota maupun ford.

in term of built quality kereta kiter masih lagi jauh ketinggalan ,pedrnah satu ari tu aku tengok keter wira eksiden ngan moto , habis rosak depan macam eksiden ngan keter padahal langgar motor je pon.Kerap kena servis ,belum 5 tahun rosak itula inila x macam keter2 europe macam merc ,bmw ,....ade korang tengok banyak tersadai banyaknye keter m'sia kalau ade yang dari oversea sama ade keter tu eksiden teruk x pon model lama nye yang dah tua.

in term of performance jangan mimpi la "naught to 60,3.5 seconds",kalau pijak pedal ferrari ye la aku percaye tapi kalau saga susah sikit.
aku pernah dengar citer yang kompeni2 m'sia kalau part design mendesign ni copy jer design orang .

tapi setau aku ade gak team brilliant designer yang keje untuk kompeni m'sia.
hm...kita masih menuggu proton keluarkan model baru yang cun ,lebih cun dari perdana v6 yang dah tue tu.pastu yang banyak aku dengar tang komplen2 ni jugak part management part pricing keter n of course part duty import ntuk keter dari oversea, habis dikutuknye dahla x bagus kenape nak bagi advantage kat kompeni tu, selalu rugi..buruk apesal jual mahal?

Pastu management berterabur ,cesi wat kat sini ...enjin kat sinu ha kilang dia ,apsal x de plant macam ferrari.bai itu ferrari bai . dah establish untung pun juta2 ,ni kompeni baru blja bukan ferrari.
Jangan...jangan disalahkan kompeni tu,.... kita tunggu ... diorang still blaja lagi..kompeni2 kita kena tengok macamne kompeni successful macam toyota produce,macamne ferrari jage diorangnye kualiti.Segalanye bergantung kepada daya usaha dan kebijaksanaan .

Aku sebagai peminat keter melihat industri kita masih banyak kena belajar,all of those company that built the automotive industry still got a lot to learn on how to compete and emerge as one of the best carmakers around,of course they started small ,they build a decent car.A car that won't give u the thrill of driving a lamborghini,but it did all the car did best,getting u from point a to point b.Proton and Perodua still not a complete article.Let just have faith in them,they can do their best,kalau korang x puas ati ..gi beli sebijik camry.takde duit pakai myvi je sudahla ,nak kutuk lebih2 wat pe ,..ye x?.Kalau orang kita dengan mentaliti tenat tau ngutuk jer x jadi ape.Put yourself in the shoes of all people who worked hard to make a better malaysian made car then u know.

sekian bebelan aku .


Okla ,kalau nak didebatkan isu kualiti buatan, perfomance .. sampai besok x habis kan.

all in ....for oil price

hii
hooo
heee....ok sudah habis warm up.
seteleah sekian lame aku x update,x jenguk blog ni,kesian la plak .dah berabuk dah..
daripade x wat pape sekadar menghabiskan mase main game mgs baru download ni baik kita update itu blog ,sekurang kurangnye ade faedah betul x>?..
HAA
korang mesti setuju nyer ngan aku ,
oklah ,.. aku nak bagi satu criter , criter pasal ape>?
pasal minyak la,
Bila cerita pasal minyak,aku teringat satu ketika dulu negara kita pernah dikejutkan dengan peristiwa kenaikan melambung minyak ,mase tu mak jah ,pak hamid, kiah songket sumenyer sebuk reshuffle balik perbelanjaan diorang ,sebab ye la with the syrocketing price of fuel that we used daily , rm2.70 really blow a hole in everybody's pocket,even the one with deep pocket affected.
ok,lah malas nak taip korang tau pe jadi lepas tu , melainkan korang koma 5 tahun lepas,let's move on to the topic of interest,present day fuel price,.

minyak ni kalau kat malaysia ,boleh jadi penanda aras harga barang, x kisahla kalau ade akta yang kerajaan buat nak control harge barang yang kite gunakan sehari ,...
ternyata efek nye amat sedikit, iyela kalau hare ayam ,rm7.00 siling kan katekanlah, aku pon x sure harge ayam brape sebab jarang benor gi beli kalau ade tau ngap aje, orang akan jual dengan harge rm7.00 ,kenape? to maximize their profit, it's a no brainer people.
kalau gula pulak ,haa ... malaysia terchenta ni unik dengan sistem gula bersubsidi , satu2 nye negare yang memberi subsidi bagi gula. Gula ni pulak dikawal oleh kartel krtel yang berkuasa terhadap pasaran gula di negara kita ..oleh itu diorang boleh menetapkan reger gula ni ,besenye x lari jauh dari harga yang di request kerajaan.Apekah kaitan sume bebelan aku ni terhadap minyak,macam ni,katela korang satu hari nak beli barang ..korang pon dengan slamber rock nye gi kedai,sampai2 kat kaunter towke tu pon bagi ko resit
pastu korang tanye kat tauke tu "aiya ,apa pasal banyak mahal tauke biasa saya angkat ini barang rm80.00 ,apa pasal sula jadi rm 100 , lu mau tipu sama saya ka?".
pastu dengan ensemnye towke tu pun jawab ,.."aiya ,wa bukan mau tipu sama lu, itu item a sulah charge transportation cost,manyak mahal ma, itu pasal wa bagi sama lu mahal,lu wa punya regular wa bagi ninety la u mau ka?".

dialog kota raya yang biasa kedengaran setelah diumumkan kenaikan harge minyak.

Masalah nye kita kat malaysia ni ... biasenye kalau harge barang dah naik,dia dah x nak turun dah , kalau ade pun sikit la ,.Di sini aku ade beberape cadangan untuk pihak kerajaan , ade beberape cadangan.


1. kan selame ni tnb pakai generator gune gas ,dan fuel yang hargenye bergantung kepada harge pasaran minyak. molek rasanya kalau generator tersebut digantikan dengan nuclear powered powerplant. Bahaya memang bahaya ,tapi dengan perkembangan teknologi ianya selamat dengan syarat diurus dengan cermat.

2. Harge barang kan selalu naik , pe salahnye kepade sume majikan x kire swasta maupon kerajaan menaikkan gaji pekerja nya , x salah kan?
..x dela orang bersusah2 buat side job ,..ksian kat makcik tu siang clerk ,malam jual kuey tiow.husband ..siang kerja mechanic ,malam hai keje kat pasar malam.kan susah tu
,.jangan gaji eksekutif je naik ,pikir jugak orang di bawah .kita same2 manusia kalau ditoreh kulit merah juga darahnye ,.

3.Ni saranan untk P.M (penulis tiada kaitan dengan mana2 parti ) ..patik cuma rakyat jelata ,golongan marhaen , diharapkan kepada datuk agar dapat merancang satu plan ekonomi yang berkesan dengan pendekatan holistik,pastinya datuk najib pemimpin bijak sane,ksian orang yang kat kampung ngan bandar tu yang gajinye ciput , nak menyimpan pun susah .kalau ade lagi economic slump tetibe hilang kerje kan susah tu.

Owh ye timing nak naik harge minyak memanb best ,dh nak puasa harapnye takdela naik harga barang nanti..aku berdoa agar semua orang dijauhkan dari kesempitan wang dan diberi kebahagiaan.
ok tamatla sudah bebelan aku,kat luar pon dah azan.chiow bebeh!