Tuesday, December 25, 2012

Liberalisme :Api dalam sekam



Hak bersuara dan menyatakan pendapat, .hak untuk bebas  melakukan apa yang di kehendaki merupakan hak manusia yang tidak boleh di nafikan . Namun begitu, sejak akhir akhir ini golongan yang duduk di bawah panji liberal telah menganggu gugat agama islam . Agama rasmi bagi Malaysia , agama bagi  23 % penduduk di muka bumi  yang berjumlah 6,973,738,433, bukan satu jumlah yang kecil . 

Apa itu liberal ?

Mereka menggelar diri mereka golongan yang memperjuang hak asasi orang perseorangan , dalam menyuarakan hak mereka , pendapat mereka . Datang mereka secara halus , meresap masuk ke dalam minda dan meracun secara perlahan . Punca utama keterpesongan akidah dan kepercayaan umat masa kini. Golongan ini mula menonjol pasca tragedi 11 September yang mencetus konflik di timur tengah meragut ribuan nyawa manusia tak bersalah. 

Liberal , lebih dari sekadar satu ideologi ,ia perang saraf.


Premis mereka , liberal dan tidak terikat pada mana mana hukum dan agama , tidak duduk di bawah mana mana autoriti . Free thinking society , cara fikir inilah yang akhirnya membentuk cara fikir yang menolak agama dan kehidupan bertuhan pada Allah , golongan yang menolak adanya tuhan , atheis . 

Berbeza dengan kita , muslim yang mana hidupnya patuh dengan lunas undang undang syariah yang menjadi neraca pertimbangan bagi setiap hukum dan tindakan , puak liberal menggunakan tafsir akal  dan penetapan logik semata mata dalam penentuan hukum , malah mereka meletakkan hukum akal itu darjatnya lebih tinggi dari wahyu itu sendiri . 

Apakah senjata ampuh mereka dalam melawan dan menentang islam? .



"hak asasi , hak bersuara, hak untuk hidup". Golongan ini akan menampilkan diri mereka sebagai wira memperjuang hak asasi manusia yang 'tertindas' .Contoh terdekat bagi isu yang sering di mainkan adalah LGBT , Irshad Manji dan yang paling baru gerakan Syiah . Bukan saya menafikan hak mana mana individu untuk hidup ,.. tapi adanya tindakan mereka ini canggung , luar dari    takrif 'normal ' bagi kita  . Malah mereka (liberal) akan berusaha menggambarkan golongan berautoriti agama, yang mengawal tadbir hal ehwal agama dalam pihak yang salah, pihak yang sengaja mencabul hak asasi golongan yang teraniaya ini


Mereka ini mengajak kita berfikir dan menfasir semula islam. Tidak lain hanya untuk memesongkan dan meyesatkan . Mereka menafsir  ayat alquran dan hadis nabi, tanpa ada rujukan pada sumber yang sahih , mereka cuma guna akal fikiran yang berlandaskan nafsu semata. Sudahlah akidah dan pegangan umat akhir zaman ini rapuh ., muncul pula golongan yang datang dan menimbulkan kekeliruan mengenai akidah, penafsiran dan perlaksanaan hukum dalam kalangan umat islam .Mungkin inilah apa yang di beritahu oleh Rasul kita Muhammad S.A.W mengenai fitnah di akhir zaman . 



Satu contoh yang boleh saya beri 


jika diteliti kenyataan-kenyataan mereka khususnya Islamic Renaissance Front (IRF) terhadap isu-isu berkenaan, mereka sering memetik dan menterjemahkan ayat 256 daripada Surah al-Baqarah yang bermaksud, “Tiada paksaan dalam urusan agama,” dan menggunakan ayat ini bagi menyokong slogan “freedom of speech” iaitu kebebasan suara. Sedangkan ayat ini sebenarnya bermaksud, “Tiada paksaan dalam menganut agama Islam”,  dan ayat ini ditujukan kepada golongan bukan Islam yang mana mereka tidak boleh dipaksa untuk menganut agama Islam. Bagi penganut Islam pula, setelah menganut agama Islam, mereka perlulah mengikuti dan mentaati perintah arahan yang telah ditetapkan oleh Allah s.w.t dan terikat kepada peraturan dan undang-undang Islam. 




Irshad Manji , seorang aktivis yang punya fikrah melawan arus menjadi tumpuan media perdana  dan alternatif apabila bukunya yang bertajuk Allah, Liberty and Love: The Courage to Reconcile Faith and Freedom telah di haramkan oleh JAKIM. Tulisannya banyak menyentuh hak asasi wanita , yang  katanya di tindas , dan hak untuk golongan homoseksual (umum mengetahui Irshad Manji seorang muslim kelahiran uganda yang juga seorang lesbian) memenuhi 'fitrah' mereka sebagai golongan homoseksual . Malah dia juga berhujah dalam bukunya dengan menyatakan bahawa " telah di sebut di dalam alquran bahawa setiap ciptaanNya adalah cantik dan sempurna mengapa perlu ada diskriminasi terhadap golongan homoseksual " .Irshad juga turut menyatakan yang dirinya seorang muslim yang liberal dan moderat.  

Selepas Irshad Manji , kita ada Ludovic Mohamed Zahed , seorang Gay yang mahu membuka pusat ibadat yang meraikan pelbagai agama di Perancis . Sama seperti Irshad Manji dia mengajak yang lain meraikan pluralisme agama.


Pada hemat saya. Tindakan Jabatan agama mengharamkan penerbitan dan pengedaran buku Irshad merupakan satu tindakan yang tepat. Rasional tindakan ini adalah realiti  semasa umat islam di negara ini yang punya aras faham agama yang berbeza , jika buku itu di biarkan penjualannya ia akan menimbulkan kecelaruan yang boleh menimbulkan konflik. 


Islam Moderat Fundamentalis .Radikal dan Ekstremis . 


sIla tonton video ini . 




satu laporan  telah di buat oleh badan antarabangsa RAND yang menggunakan pendekatan yang telah di gunakan semasa perang dingin Rusia -A.S untuk membentuk satu 'roadmap' membina Muslim Moderat acuan barat. Dengan menggunakan segala perbezaan baik dari segi etnik , bahasa , mahupun mazhab yang di gunakan sebagai rujukan , mereka telah mengkelaskan komuniti muslim ini kepada kumpulan kumpulan yang di gelar  Fundamentalis , Moderat  , Ektremis dan Radikal . Mereka berusaha untuk menghalang kewujudan solidariti sesama muslim sedunia . Anda boleh baca sendiri laporan dalam pautan pada vido itu di YouTube, baca dan nilaikan nnya sendiri .

Liberal ini cukup bahaya , tambah bahaya bila ia masuk melalui masyarakat menggunakan lidah individu yang berpengaruh mampu meracun minda masyarakat muslim dengan pantas. Saya mengajak anda semua menjaga rakan taulan kita dari terpengaruh ke dalam ideologi yang cukup bahaya ini .


Bacaan lanjut
1. Golongan Liberal di Malaysia
2.Liberalisme agen perosak bangsa
3.Sinar harian :Haram buku Irshad Manji keputusan terbaik Jakim

No comments:

Post a Comment