Friday, August 3, 2012

Microsoft Surface, peranti serius untuk pengguna serius

Perang peranti antara syarikat pengeluar seperti Microsoft, Apple dan Samsung semakin sengit. Masing masing mahu bersaing bagi mendapatkan perhatian pengguna yang gemarkan peranti ataupun gajet canggih.
Tablet PC , sejenis komputer mudah alih mula mendapat tempat  di hati pengguna gajet yang gemar mengguna peranti dengan skrin sesentuh responsif yang jauh lebih ringan jika di banding kan dengan komputer riba tetapi mempunyai saiz paparan jauh lebih besar berbanding paparan pada fon pintar.

What Is Microsoft Surface?

Microsoft telah mereka peranti ini senipis mungkin , versi Non-Pro setebal 9.3mm (sedikit nipis jika dibanding dengan Ipad) , beratnya 1.5 pound ( sedikit berat dibanding dengan iPad) , dilengkapi paparan 16:9  "Clear Type" ber resolusi HD 1920x 1080 .Buat masa ini Microsoft telah melancarkan dua  pilihan saiz muatan iaitu 32GB dan 64GB. Clear Type nyata cuba menyaingi teknologi Retina Display Apple yang mempunyai kepadatan pixel 264 pada 208.

What Is Microsoft Surface?
Hadir dengan spesiifikasi standard tablet seperti kamera depan dan belakang , slot SD , port USB berserta ciri menarik seperti badan kemasan magnesium ,Displayport out ,Gorilla Glass dan kekaki sokongan.  pihak Microsoft mendakwa yang peranti ini mempunyai capaian Wifi terbaik dengan adanya 2x2 MIMO antenna pada Microsoft Surface , ,. secara mudahnya , pegangan pada badan tablet ini tidak akan menghalang capaian isyarat MIMO antenna.

...DIDATANGKAN DALAM 2 VERSI

Bergantung pada cita rasa dan kemampuan anda semua , sama seperti produk Windows yang lain ianya di keluarkan dalam dua varian. Tablet yang lebih nipis di lengkapi Windows RT dan pemproses ARM (sama seperti di fon pintar dan tablet anda yang lain) sementara varian Pro di lengkapi  pemproses Ivy Bridge i5 x86, USB 3.0 dan mempunyai spesifikasi dan kemampuan setanding komputer UltraBook . Ia sedikit tebal dan berat berbanding varian Surface yang nipis . Terdapat 2 pilihan saiz storan iaitu 64 GB dan 128GB.Varian Pro juga sedikit lebih jika di bandingkan harganya dengan 'adiknya' yang lebih nipis.
What Is Microsoft Surface?

..seperti juga iPad , ianya boleh di pasangkan dengan penutup magnetik , apa yang menarik penutup  magnetik ini juga papan kekunci ultra nipis dan papan jejak  multi sentuh jauh lebih baik dari penutup iPad yang sekadar... penutup biasa . Surface nyata pesaing ampuh iPad dan tablet lain , menarik , bukan sekadar kotak berwarna gelap yang membosankan. 

What Is Microsoft Surface?

Ianya bakal di lancarkan bersama Windows 8,.apa lagi mari menabung jika anda mahukan peranti ini dalam koleksi peribadi anda!


No comments:

Post a Comment