Thursday, August 18, 2011

Sains 101:Apa yang kita belajar dari tragedi nuklear?

Kat muka bumi ni sebenarnya tuhan anugerahkan satu bentuk tenaga yang cukup luar biasa.Andai di salahgunakan boleh jadi senjata pemusnah umat.Andai tersalah langkan mengendalikannya mengundang petaka. Bagi mereka yang rajin follow cerita nuclear power plant ni mesti kenal nama Enrico Fermi,Einstein dan tahu kisah 3 mile island dan Chernobyl. (Kat Chernobyl tu takde Shockwave ye kengkawan, jangan korang percaya dongeng Michael Bay dahla ye).Bulan Mac lalu membawa petaka kepada Jepun . Reaktor nuklear rosak dan ramai yang terkorban selepas Jepun digoncang dek gempa keras 9 di skala Richter.
Persoalannya di sini apa yang kita belajar dari tragedi tersebut? Andai katalah Malaysia ni nak guna Nuclear fired powerplant.

1.Reka bentuk reaktor nuklear jepun vs reaktor nuklear A.S


kiri Jepun, kanan A.S

Perhatikan dengan teliti beza rekabentuk reaktor bagi dua negara pengguna nuklear ni.
Bagi sistem nuklear jepun:
Reaktor nuklear Jepun disusun secara kluster , berdekatan antara satu sama lain .Maknyanya terdapat pengumpulan sisa radiasi di satu tempat dalam kuantiti yang tertentu, keadaan ini nyata membahayakan.
Maknanya satu breakdown pada satu reaktor berkemungkinan untuk merosakkan reaktor yang berada dekat denganya,
Sistem reaktor Jepun tidak dilengkapkan dengan  lubang angin yang akan melepaskan gas hidrogen secara selamat ke atmosfera , hidrogen yang terkumpul dalam runtuhan nuklear yang lepas menyebabkan letupan.
Lebih separuh reaktor nuklear jepun adalah dari jenis Boiling water reactor yang mana air yang digunakan untuk  menjana stim juga digunakan untuk menyejukkan  teras nuklear. Ianya tak diasingkan ,jadi sebarang kebocoran radiasi boleh tersebar secara mudah,

Sistem nuklear AS secara amnya berlawanan dengan siatem nuklear Jepun,Reaktor di AS tidak diletak secara kluster. Ianya di bina berjauhan dan pada kebiasaannya cuma ada tiga.Lebih mudah diurus ,kurang risiko untuk bencana.
Mereka punya sistem untuk melepaskan gas hidrogen dengan selamat.
Kebanyakan reaktor nuklear menggunakan sistem tekanan air yang mana sistem tersebut menggunakan kitaran air yang berbeza untuk menjana dan menyejukkan teras.Jadikurang risiko penyebaran radioaktif berbanding sistem kitaran tunggal seperti di Jepun.
Ok,sampai di sini dulu artikel ni ,nantikan sirinya,




No comments:

Post a Comment