Thursday, August 25, 2011

Kebijaksanaan kaum kaum terdahulu ...peradaban mesir india dan tamadun purba columbia adakah ianya makhluk asing

Assalamualaikum dan salam sejahtera , hari ini saya akan berkongsi dengan anda semua , minggu ini penulis banyak menghabiskan masa mendaiges buku tulisan Erich Von Daniken penulis Belanda yang terkenal dengan bukunya Chariot of Gods dan siri tv Ancient Aliens.
Penulis berasa cukup teruja dengan hujah penulis dan apa yang cub digambarkan oleh penerbit siri tv itu,..hujah mereka , kita manusia diajar ilmu pengetahuan sains dan teknologi oleh makhluk asing dari angkasa lepas .Makhluk asing ini akhirnya diangkat sebagai Dewa penyelamat kaum manusia dan akhirnya disembah oleh kaum manusia zaman dahulu.Satu premis hujah yang menarik,.. dan penulis dapat melihat sudut pandangan manusia biasa yang mana nalurinya sebagai manusia ciptaan Allah Taala sering mencari satu 'kuasa di luar ruang jangkau pemikiran dan faham manusia ' untuk di jadikan tempat bergantung.Manusia ini sifat lahiriahnya sentiasa mendambakan tuhan ,..apakah akidahnya betul itu terpulang kepada pilihan individu tersebut dan alhamdulillah jika individu itu di rahmati dengan nikmat iman dan islam.Baiklah cukup dengan cerita akidah dan pegangan,apa yang saya mahu kongsikan bersama anda semua adalah kajian yang mana Erich dan siri tv itu lakukan.



"Kita umat manusia adalah satu bangsa yang mengalami Dementia (lupa) .rekod sejarah manusia ini tidak lengkap" hujah seorang individu yang di temubual dalam siri tv itu.Episod pertama memapar penemuan Bird of Saqqaera satu replika yang pada awalnya disangka burung rupanya replika pesawat peluncur yang kehilangan ekor penstabil.Replika tersebu di temui di Makam Kuburan Purba Mesir di Saqqara. Seterusnya penonton di bawa melihat tinggalan kaum tamadun purba pra -kolumbia, beberapa orang penjarah dan pencari harta karun yang berhasrat mahu mncari kota harta mistik El-Dorado telah menemui figura kecil daripada emas ,dan apa yang mengejutkan mereka dalah apabila figura itu menyerupai pesawat terbang moden.Beberapa orang saintis dan jurutera avionik telah meneliti Bird of Saqqara dan figura dari masa silam kolumbia ,.. mereka telah mereka model skala dan mengujinya di terowong angin.Nyata replika dari zaman silam itu menepati hukum aerodinamik.Ribua tahun sebelum Wright bersaudara tahu apa itu angle of attack dan menerbangkan pesawat pertama dalam sejarah manusia!.

bird of saqqara

Ancient Aliens and Air Planes
Jet terbang purba Inca dari zaman pre kolumbia



Bukan itu sahaja malah mereka berjaya mereka model kapal terbang kawalan jauh berdasarkan figura kecil zaman purba itu.Seterusnya penonton diperlihatkan dengan skrip sanskrit purba dari India yang menceritakan perihal Vimana , roket yang tidak ubah seperti roket angkasa yang digunakan zaman ini. Vimana dikatakan manual pengguna bagi pengendali pesawat itu.
Berdasarkan segala pendedahan yang dilakukan Erich dan penerbit siri tv itu ,.. mereka mempersoal bagaimana kaum yang terdahulu punya pengetahuan mengenai mesin terbang ribuan tahun sebelum manusia mampu terbang ke angkas?

Merka menghujahkan yang adanya makhluk yang bijaksana mengajarkan mereka.
Bagi penulis secara peribadinya tidak menolak kemungkinan adanya alien race yang bijak diluar sana ini kerana alam semesta ciptaan Allah ini luas dan penghujungnya belum kita temui lagi,apakah mereka sama ? adakah mereka sebenarnya manusia dari masa hadapan? ataupun mereka itu adalah ajen Dajjal merosak umat terdahulu ?
Apa yang pasti ,... makhluk asing sebenar adalah kita manusia sendiri keturunan leluhur agung nabi adam a.s yang menjejak kaki ribuan tahun dahulu .Bapa kepada ketamadunan manusia .Oh ya jika orang barat punya Erich Von Dineken ,...kita da Mohamad Isa Dawud , penulis yang banyak mengupas teori konspirasi Dajjal dan Penduduk Bumi Sebelum manusia .
Akhir kata Allah sahaja yang lebih tahu .Assalamualaikum

Tuesday, August 23, 2011

misteri Antikytjera mechanism ,komputer analog pertama dunia

World Mysteries - Strange Artifacts - Antikythera Mechanism:

Antikythera nechanism merupakan satu alat aneh yang ditemui oleh penyelam di perairan Greece satu ketika dahulu.Antikythera mechanism merupakan satu pranti yang berfungsi seperti jam ,ianya memaparkan pergerakan 5 planet yang mengorbit matahari , fungsi keseluruhan peranti ini ditakrif sebagai mini planetarium.Walaubagaimanapun fungsi sebenar objek ini ,siapa perekanya dan bagaimana pendeta greek zaman lampau membina alat ini masih menjadi misteri.Ini kerana tiada rekod bertulis yang menceritakan fungsi alat yang canggih ini dan tiada peranti yang seumpamanya atau hampir serupa untuk dibuat perbandingan.

teori konspirasi : alien .planet nibiru dan peristiwa kiamat



gambar 'angkasawan purba"

annunaki


Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua .Hari ini saya ada topik yang menarik untuk dikongsikan bersama.Satu teori konspirasi yang berkait dengan alien a.k.a makhluk asing , tamadun purba sumer ,maya dan aztec,planet nibiru a.k.a planet x a.k.a marduk.

Kisahnya bermula dari bangsa Sumeria , bangsa yang mendiami kawasan lembah bernama nineveh  zaman sekarang di kenali sebagai Iraq. Ahli arkeolologi telah menemui satu rekod bertulis tulisan baji  rekod masyhur Enuma Elish  dalam runtuhan bangunan perpustakan purba Ashurbanipal.Rekod tersebut menceritakan tentang Annunaki ,tuhan ataupun dewa yang disembah bangsa Sumer satu ketika dahulu.Berdasarkan penulisan ahli pseudo-arkeologi  terkenal  Zecharia Sitchin yang terkenal dengan teorinya tentang angkasawan purba yang menjelajah angkasa raya untuk mencari sumber bagi menghidupkan planet mereka yang hampir mati iaitu planet nibiru ataupun planet x juga diberi nama Marduk.Annunaki ini dikatakan turun ke bumi (ke kawasan bangsa Sumer) ,mereka bangsa makhluk asing yang berketamadunan tinggi dalam ilmu pengetahuan sains dan teknologi mengajarkan bangsa manusia primitif ketika itu ilmu sains.Menurut Sitchin lagi Annunaki yang bertubuh fizikal besar dan hidup panjang di sembah dan didewakan oleh bangsa Sumer, Annunaki juga dikatakan telah melakukan eksperimen genetik dengan menggabungkan genetik bangsa annunaki ini dengan genetik manusia primitif untuk menghasilkan bangsa manusia yang kita ketahui sekarang.


Planet Nibiru ,planet asal bangsa 'dewa' ini di katakan memerlukan emas sebagai bahan mentah untuk menghidupkan semula planet mereka yang hampir mati dan membetulkan semula kapal angkasa mereka yang rosak. Bukan itu sahaja malah semua struktur purba seperti piramid Giza di Mesir ,piramid kaum Maya dan Aztec yang terletak di Amerika Selatan di katakan sebagai penunjuk arah bagi bangsa 'dewa' ataupun alien ini untuk kembali ke bumi.Manusia di katakan sebagai buruh yang dihasilkan menggunakan teknologi mereka dengan tujuan untuk mengumpul segala hasil bumi untuk digunakan oleh bangsa makhluk asing ini.(Jujurnya penulis rasakan kisah alien ini tak ubah seperti cerita transformers!!)

Kisah dewa dewi dari angkasa lepas yang mengaitkan dewa dewa purba seperti annunaki dan quetzalcoatl ini juga dikaitkan dengan dajjal ,..entiti yang sering dikait sebagai pembawa petaka di hari kiamat.Memang sukar untuk kita ketahui misteri di sebalik artifak dan rekod yang di tinggalkan kaum terdahulu yang sudah lenyap.
Baiklah terus kita ke planet nibiru .Planet asal kaum dewa dewi mahupun alien ini, planet nibiru ini seringkali dikaitkan dengan kisah kiamat baik teori yang dunia bakal berakhir pada tahun 2012 dan hadis hadis nabi muhammad s.a.w.Suka penulis untuk menginngatkan peri pentingnya kita beriman bahawa akan berakhirnya dunia ini.

Namun begitu ,suka saya mengingatkan elok kiranya kisah seperti planet nibiru ini tidak lagi di kaitkan dengan hadis hadis nabi . Bukan apa,penulis takut nanti hadis hadis nabi yang eloknya menjadi peringatan buat umat manusia untuk mempersiapkan diri menghadapi kiamat jadi bahan mainan ,jadi bahan untuk meramal bilkah akan berlakunya kiamat,Memang allah ada berfirman dalamalquran bilakah akan berlakunya kiamat tetapi sering di tegaskan di dalam alquran itu hanya allah maha pencipta sahaja tahu bilkah berlakunya kiamat.

Sejujurnya saya merasakan segala teori konspirasi yang mengaitkan peristiwa kiamat hadis nabi dan planet nibiru ini akan memperlihatkan hadis nabi tentang kiamat itu seolah olah sains fiksyen .Oleh itu berhati hatilah bila kita menyebarkan sebarang pengkisahan yang menggunakan hadis nabi.Mungkin ini usaha jahat mereka merka yang mahu memupuk jiwa atheist dan free thinker dalam diri orang islam.Sekian , ..fikir fikirkan

Sunday, August 21, 2011

Handphone gajet pengubah dunia .


Teringat dulu dulu telefon tangan cuma support beberapa character je  , ... dengan telefon bagak tak ingat,pada ketika itu telefon bagak ini terkenal dengan name telefon botol air, memang simbol status golongan elit mase tu hanya dipakai golongan korporat  dan profesional .Djaman sekarang telefon kalau dah bagak cenggini dah jadi SAT phone dah, tak kesah pasal reception dalam hutan tebal nicaragua pon masih ade connection.


Cumanya telefon satelit ni berbeza dari telefon GSM konvensional yang korang guna hari hari . Telefon satelit ni menggunakan hubungan dari gugusan satelit yang mengorbit bumi .Selagi mana korang yang ade SAT phone tu duduk dalam laluan satelit tu korang stil boleh dapat reception,provided that korang tak kat North Korea ngan Burma la sebab dua negara ni mengharamkan telefon satelit huhu.



Telefon GSM konvensional mainan hari hari manusia abad ke 20 sekarang ni menggunakan isyarat gelombang elektro magnet pada frekuensi tertentu untuk menghubungkan satu pengguna dari satu pengguna,Tak de line ? handset korang kalo tak de line tu maknenye handset korang tak dapat isyrat dari cell tower berdekatan .Cara handset menentukan same ade telefon korang ade line atau tidak itu senang je ,.. handset korang akan hantar signal kepada cell tower dan pada masa yang same jugak handset korang akan terima signal dari cell tower tu ,..menandakan yang adanya reception antara cell tower dan user. Matikan salah sati isyarat dan handset korang akan display "no signal".
Macamana nak matikan isyarat dari tower atau dari handset? ,..gunakanlah signal jammer.Metode inilah yang digunakan oleh pihak penguasa  untuk menghentikan serangan bom menggunakan telefon bimbit dan orang jahat untuk mengelakkan orang ramai menggunakan cell phone untuk panggil pihak berkuasa.

"bang,macamana orang track gps handset?"
Sebenarnye ,.. diorang guna signal yang dipancar kan dari cell tower ,.. dari situ diorang boleh tahu di cell mana yang user tu occupy .Pastu pulak gps receiver tu boleh digunakan untuk mengetahui koordinat si pengguna ni tadi, Lainlah kalau pengguna tu guna burner phone .yang itu agak sukar untuk di jejak

Setelah lebih 80 tahun handset tercipta makin canggih lah gajet ini ,..punyai pelbagai fungsi dari wifi hinggalah alat kawalan  jauh handphone nyata mengubah cara kehidupan kita.Kalau tak bawak keluar rasa tak kena lah .Sampai di sini dulu artikel aku pasal handphone.Panjang umur aku tambah lagi .OK

Thursday, August 18, 2011

Sains 101:Apa yang kita belajar dari tragedi nuklear?

Kat muka bumi ni sebenarnya tuhan anugerahkan satu bentuk tenaga yang cukup luar biasa.Andai di salahgunakan boleh jadi senjata pemusnah umat.Andai tersalah langkan mengendalikannya mengundang petaka. Bagi mereka yang rajin follow cerita nuclear power plant ni mesti kenal nama Enrico Fermi,Einstein dan tahu kisah 3 mile island dan Chernobyl. (Kat Chernobyl tu takde Shockwave ye kengkawan, jangan korang percaya dongeng Michael Bay dahla ye).Bulan Mac lalu membawa petaka kepada Jepun . Reaktor nuklear rosak dan ramai yang terkorban selepas Jepun digoncang dek gempa keras 9 di skala Richter.
Persoalannya di sini apa yang kita belajar dari tragedi tersebut? Andai katalah Malaysia ni nak guna Nuclear fired powerplant.

1.Reka bentuk reaktor nuklear jepun vs reaktor nuklear A.S


kiri Jepun, kanan A.S

Perhatikan dengan teliti beza rekabentuk reaktor bagi dua negara pengguna nuklear ni.
Bagi sistem nuklear jepun:
Reaktor nuklear Jepun disusun secara kluster , berdekatan antara satu sama lain .Maknyanya terdapat pengumpulan sisa radiasi di satu tempat dalam kuantiti yang tertentu, keadaan ini nyata membahayakan.
Maknanya satu breakdown pada satu reaktor berkemungkinan untuk merosakkan reaktor yang berada dekat denganya,
Sistem reaktor Jepun tidak dilengkapkan dengan  lubang angin yang akan melepaskan gas hidrogen secara selamat ke atmosfera , hidrogen yang terkumpul dalam runtuhan nuklear yang lepas menyebabkan letupan.
Lebih separuh reaktor nuklear jepun adalah dari jenis Boiling water reactor yang mana air yang digunakan untuk  menjana stim juga digunakan untuk menyejukkan  teras nuklear. Ianya tak diasingkan ,jadi sebarang kebocoran radiasi boleh tersebar secara mudah,

Sistem nuklear AS secara amnya berlawanan dengan siatem nuklear Jepun,Reaktor di AS tidak diletak secara kluster. Ianya di bina berjauhan dan pada kebiasaannya cuma ada tiga.Lebih mudah diurus ,kurang risiko untuk bencana.
Mereka punya sistem untuk melepaskan gas hidrogen dengan selamat.
Kebanyakan reaktor nuklear menggunakan sistem tekanan air yang mana sistem tersebut menggunakan kitaran air yang berbeza untuk menjana dan menyejukkan teras.Jadikurang risiko penyebaran radioaktif berbanding sistem kitaran tunggal seperti di Jepun.
Ok,sampai di sini dulu artikel ni ,nantikan sirinya,




gajet kewl! : real life wand!

gajet ini aamatlah sesuai untuk mereka yang dok berangan nak masuk skolah hogwarts .Geng geng terlebih baca cerita dongeng bolehlah beli  menatang ni.
Benda boleh diprogram untuk mimic segala macam remote control yang dah bersepah tersangkut dalam sofa rmah korang tu,Dari remote tv, kipas sampaila remote security system (tu pun kalo boleh dia mimic).
Secara teknikalnya  device ni dilengkapi dengan 3 accelerometer yang boleh kesan pergerakan dalam paksi x,y, dan z .Sensor ni akan menterjemah segala pergerakan korang dan melaksana tindakan yang sepatutnya , ON tv ke off kipas ke.Dengan sedikit latihan korang boleh jadi Hairi  Putar Alam.!







lagi info fasal gajet ni!

Monday, August 8, 2011

whatever happened to respecting thing other releigion?

Pergh dah lame dah tak belek blog aku ni dah berhabuk.
ok now i use the formal tone.
Assalamualaikum to all muslim freinds and a very good eveningi hope you guys have a very great time today.
 I watched the news yesterday and the media  on a frenzy particularly on the 'raid on the church ' topic.I took a time to assert the situation held my breath and sighed. We living in a multicultural  society and it it best to avoid any racial or religious dispute. A part of me scorn the act of JAIS raiding the church a part of me pleased with it.
Surely there are reasons why they opt to do that .But i am questioning do the ends justify the means here. They claimed that the christians community ,..in this case the church were trying to convert the muslims to christian. Such topic "the christian community were enticing the muslims to convert' is a very sensitive issue. and i trying my best not to cause unpleasant feelings to the netizen that is chritians. Surely there is a way ,a more subtle way to settle this problem.

Words on the street has it that the muslims that was invited into the church meetings were financially constrained ,they seek help from the government and religious department but to no avail.These desperate group of people were saved by the well church people,they were given food and money just so that they can live to see another day. It is such a sad sight to behold, the muslim community posses funds in form of zakat and bailtulmal, the purpose of zakat itself is to help the muslims in need and to educate the muslim community that is blessed with wealth that it is good to share.

I agrees with Dr Asri opinion on the way of the way of zakat is being distributed is somehow unfair, there are muslims that is financially constrained out there but unable to receive zakat .Eventhough they entitled to just because of birocracy issue.The pauper wailing for help but theit voice only fell to deaf ears, zakat collection each year willreach six figure but still there are people who live in a poor condition Whatever happen to the goal of zakat as a tool to bolster the muslim community economic growth,?

Saya tidak menyalahkan pihak baitulmal kerana mereka pastinya menjalankan tanggungjawab mereka dengan baik tetapi ada kalanya dalam beberapa perkara kita terlepas pandang.Hanya kerana sesuap nasi saudara seilam memilih untuk murtad.
Saya secara peribadinya berharap perkara ini akan ditangani dengan baik , semoga ramadan ini lebih baik dari sebelumnya dan saya meletakkan harapan yang tinggi agar pihak JAIS dapat membantu golongan yang malang ini.

Saya jua berharap tidak ada sengketa antara komuniti islam dan kristian, mereka perlu faham yang islam adalah agama rasmi dan ada peruntukan dalam undang udang secara ekslusif menghadkan pengembangan ajaran lain terhadap penganut islam ,e\mengapa perlu ada kekangan ,....? supaya tiada pergeseran antara komuniti yang mengamal agama islam dan agama lain, Assalamualikum