Penulis berasa cukup teruja dengan hujah penulis dan apa yang cub digambarkan oleh penerbit siri tv itu,..hujah mereka , kita manusia diajar ilmu pengetahuan sains dan teknologi oleh makhluk asing dari angkasa lepas .Makhluk asing ini akhirnya diangkat sebagai Dewa penyelamat kaum manusia dan akhirnya disembah oleh kaum manusia zaman dahulu.Satu premis hujah yang menarik,.. dan penulis dapat melihat sudut pandangan manusia biasa yang mana nalurinya sebagai manusia ciptaan Allah Taala sering mencari satu 'kuasa di luar ruang jangkau pemikiran dan faham manusia ' untuk di jadikan tempat bergantung.Manusia ini sifat lahiriahnya sentiasa mendambakan tuhan ,..apakah akidahnya betul itu terpulang kepada pilihan individu tersebut dan alhamdulillah jika individu itu di rahmati dengan nikmat iman dan islam.Baiklah cukup dengan cerita akidah dan pegangan,apa yang saya mahu kongsikan bersama anda semua adalah kajian yang mana Erich dan siri tv itu lakukan.
"Kita umat manusia adalah satu bangsa yang mengalami Dementia (lupa) .rekod sejarah manusia ini tidak lengkap" hujah seorang individu yang di temubual dalam siri tv itu.Episod pertama memapar penemuan Bird of Saqqaera satu replika yang pada awalnya disangka burung rupanya replika pesawat peluncur yang kehilangan ekor penstabil.Replika tersebu di temui di Makam Kuburan Purba Mesir di Saqqara. Seterusnya penonton di bawa melihat tinggalan kaum tamadun purba pra -kolumbia, beberapa orang penjarah dan pencari harta karun yang berhasrat mahu mncari kota harta mistik El-Dorado telah menemui figura kecil daripada emas ,dan apa yang mengejutkan mereka dalah apabila figura itu menyerupai pesawat terbang moden.Beberapa orang saintis dan jurutera avionik telah meneliti Bird of Saqqara dan figura dari masa silam kolumbia ,.. mereka telah mereka model skala dan mengujinya di terowong angin.Nyata replika dari zaman silam itu menepati hukum aerodinamik.Ribua tahun sebelum Wright bersaudara tahu apa itu angle of attack dan menerbangkan pesawat pertama dalam sejarah manusia!.
bird of saqqara |
Jet terbang purba Inca dari zaman pre kolumbia |
Berdasarkan segala pendedahan yang dilakukan Erich dan penerbit siri tv itu ,.. mereka mempersoal bagaimana kaum yang terdahulu punya pengetahuan mengenai mesin terbang ribuan tahun sebelum manusia mampu terbang ke angkas?
Merka menghujahkan yang adanya makhluk yang bijaksana mengajarkan mereka.
Bagi penulis secara peribadinya tidak menolak kemungkinan adanya alien race yang bijak diluar sana ini kerana alam semesta ciptaan Allah ini luas dan penghujungnya belum kita temui lagi,apakah mereka sama ? adakah mereka sebenarnya manusia dari masa hadapan? ataupun mereka itu adalah ajen Dajjal merosak umat terdahulu ?
Apa yang pasti ,... makhluk asing sebenar adalah kita manusia sendiri keturunan leluhur agung nabi adam a.s yang menjejak kaki ribuan tahun dahulu .Bapa kepada ketamadunan manusia .Oh ya jika orang barat punya Erich Von Dineken ,...kita da Mohamad Isa Dawud , penulis yang banyak mengupas teori konspirasi Dajjal dan Penduduk Bumi Sebelum manusia .
Akhir kata Allah sahaja yang lebih tahu .Assalamualaikum
No comments:
Post a Comment