Showing posts with label teori konspirasi. Show all posts
Showing posts with label teori konspirasi. Show all posts

Thursday, August 25, 2011

Kebijaksanaan kaum kaum terdahulu ...peradaban mesir india dan tamadun purba columbia adakah ianya makhluk asing

Assalamualaikum dan salam sejahtera , hari ini saya akan berkongsi dengan anda semua , minggu ini penulis banyak menghabiskan masa mendaiges buku tulisan Erich Von Daniken penulis Belanda yang terkenal dengan bukunya Chariot of Gods dan siri tv Ancient Aliens.
Penulis berasa cukup teruja dengan hujah penulis dan apa yang cub digambarkan oleh penerbit siri tv itu,..hujah mereka , kita manusia diajar ilmu pengetahuan sains dan teknologi oleh makhluk asing dari angkasa lepas .Makhluk asing ini akhirnya diangkat sebagai Dewa penyelamat kaum manusia dan akhirnya disembah oleh kaum manusia zaman dahulu.Satu premis hujah yang menarik,.. dan penulis dapat melihat sudut pandangan manusia biasa yang mana nalurinya sebagai manusia ciptaan Allah Taala sering mencari satu 'kuasa di luar ruang jangkau pemikiran dan faham manusia ' untuk di jadikan tempat bergantung.Manusia ini sifat lahiriahnya sentiasa mendambakan tuhan ,..apakah akidahnya betul itu terpulang kepada pilihan individu tersebut dan alhamdulillah jika individu itu di rahmati dengan nikmat iman dan islam.Baiklah cukup dengan cerita akidah dan pegangan,apa yang saya mahu kongsikan bersama anda semua adalah kajian yang mana Erich dan siri tv itu lakukan.



"Kita umat manusia adalah satu bangsa yang mengalami Dementia (lupa) .rekod sejarah manusia ini tidak lengkap" hujah seorang individu yang di temubual dalam siri tv itu.Episod pertama memapar penemuan Bird of Saqqaera satu replika yang pada awalnya disangka burung rupanya replika pesawat peluncur yang kehilangan ekor penstabil.Replika tersebu di temui di Makam Kuburan Purba Mesir di Saqqara. Seterusnya penonton di bawa melihat tinggalan kaum tamadun purba pra -kolumbia, beberapa orang penjarah dan pencari harta karun yang berhasrat mahu mncari kota harta mistik El-Dorado telah menemui figura kecil daripada emas ,dan apa yang mengejutkan mereka dalah apabila figura itu menyerupai pesawat terbang moden.Beberapa orang saintis dan jurutera avionik telah meneliti Bird of Saqqara dan figura dari masa silam kolumbia ,.. mereka telah mereka model skala dan mengujinya di terowong angin.Nyata replika dari zaman silam itu menepati hukum aerodinamik.Ribua tahun sebelum Wright bersaudara tahu apa itu angle of attack dan menerbangkan pesawat pertama dalam sejarah manusia!.

bird of saqqara

Ancient Aliens and Air Planes
Jet terbang purba Inca dari zaman pre kolumbia



Bukan itu sahaja malah mereka berjaya mereka model kapal terbang kawalan jauh berdasarkan figura kecil zaman purba itu.Seterusnya penonton diperlihatkan dengan skrip sanskrit purba dari India yang menceritakan perihal Vimana , roket yang tidak ubah seperti roket angkasa yang digunakan zaman ini. Vimana dikatakan manual pengguna bagi pengendali pesawat itu.
Berdasarkan segala pendedahan yang dilakukan Erich dan penerbit siri tv itu ,.. mereka mempersoal bagaimana kaum yang terdahulu punya pengetahuan mengenai mesin terbang ribuan tahun sebelum manusia mampu terbang ke angkas?

Merka menghujahkan yang adanya makhluk yang bijaksana mengajarkan mereka.
Bagi penulis secara peribadinya tidak menolak kemungkinan adanya alien race yang bijak diluar sana ini kerana alam semesta ciptaan Allah ini luas dan penghujungnya belum kita temui lagi,apakah mereka sama ? adakah mereka sebenarnya manusia dari masa hadapan? ataupun mereka itu adalah ajen Dajjal merosak umat terdahulu ?
Apa yang pasti ,... makhluk asing sebenar adalah kita manusia sendiri keturunan leluhur agung nabi adam a.s yang menjejak kaki ribuan tahun dahulu .Bapa kepada ketamadunan manusia .Oh ya jika orang barat punya Erich Von Dineken ,...kita da Mohamad Isa Dawud , penulis yang banyak mengupas teori konspirasi Dajjal dan Penduduk Bumi Sebelum manusia .
Akhir kata Allah sahaja yang lebih tahu .Assalamualaikum

Tuesday, August 23, 2011

teori konspirasi : alien .planet nibiru dan peristiwa kiamat



gambar 'angkasawan purba"

annunaki


Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua .Hari ini saya ada topik yang menarik untuk dikongsikan bersama.Satu teori konspirasi yang berkait dengan alien a.k.a makhluk asing , tamadun purba sumer ,maya dan aztec,planet nibiru a.k.a planet x a.k.a marduk.

Kisahnya bermula dari bangsa Sumeria , bangsa yang mendiami kawasan lembah bernama nineveh  zaman sekarang di kenali sebagai Iraq. Ahli arkeolologi telah menemui satu rekod bertulis tulisan baji  rekod masyhur Enuma Elish  dalam runtuhan bangunan perpustakan purba Ashurbanipal.Rekod tersebut menceritakan tentang Annunaki ,tuhan ataupun dewa yang disembah bangsa Sumer satu ketika dahulu.Berdasarkan penulisan ahli pseudo-arkeologi  terkenal  Zecharia Sitchin yang terkenal dengan teorinya tentang angkasawan purba yang menjelajah angkasa raya untuk mencari sumber bagi menghidupkan planet mereka yang hampir mati iaitu planet nibiru ataupun planet x juga diberi nama Marduk.Annunaki ini dikatakan turun ke bumi (ke kawasan bangsa Sumer) ,mereka bangsa makhluk asing yang berketamadunan tinggi dalam ilmu pengetahuan sains dan teknologi mengajarkan bangsa manusia primitif ketika itu ilmu sains.Menurut Sitchin lagi Annunaki yang bertubuh fizikal besar dan hidup panjang di sembah dan didewakan oleh bangsa Sumer, Annunaki juga dikatakan telah melakukan eksperimen genetik dengan menggabungkan genetik bangsa annunaki ini dengan genetik manusia primitif untuk menghasilkan bangsa manusia yang kita ketahui sekarang.


Planet Nibiru ,planet asal bangsa 'dewa' ini di katakan memerlukan emas sebagai bahan mentah untuk menghidupkan semula planet mereka yang hampir mati dan membetulkan semula kapal angkasa mereka yang rosak. Bukan itu sahaja malah semua struktur purba seperti piramid Giza di Mesir ,piramid kaum Maya dan Aztec yang terletak di Amerika Selatan di katakan sebagai penunjuk arah bagi bangsa 'dewa' ataupun alien ini untuk kembali ke bumi.Manusia di katakan sebagai buruh yang dihasilkan menggunakan teknologi mereka dengan tujuan untuk mengumpul segala hasil bumi untuk digunakan oleh bangsa makhluk asing ini.(Jujurnya penulis rasakan kisah alien ini tak ubah seperti cerita transformers!!)

Kisah dewa dewi dari angkasa lepas yang mengaitkan dewa dewa purba seperti annunaki dan quetzalcoatl ini juga dikaitkan dengan dajjal ,..entiti yang sering dikait sebagai pembawa petaka di hari kiamat.Memang sukar untuk kita ketahui misteri di sebalik artifak dan rekod yang di tinggalkan kaum terdahulu yang sudah lenyap.
Baiklah terus kita ke planet nibiru .Planet asal kaum dewa dewi mahupun alien ini, planet nibiru ini seringkali dikaitkan dengan kisah kiamat baik teori yang dunia bakal berakhir pada tahun 2012 dan hadis hadis nabi muhammad s.a.w.Suka penulis untuk menginngatkan peri pentingnya kita beriman bahawa akan berakhirnya dunia ini.

Namun begitu ,suka saya mengingatkan elok kiranya kisah seperti planet nibiru ini tidak lagi di kaitkan dengan hadis hadis nabi . Bukan apa,penulis takut nanti hadis hadis nabi yang eloknya menjadi peringatan buat umat manusia untuk mempersiapkan diri menghadapi kiamat jadi bahan mainan ,jadi bahan untuk meramal bilkah akan berlakunya kiamat,Memang allah ada berfirman dalamalquran bilakah akan berlakunya kiamat tetapi sering di tegaskan di dalam alquran itu hanya allah maha pencipta sahaja tahu bilkah berlakunya kiamat.

Sejujurnya saya merasakan segala teori konspirasi yang mengaitkan peristiwa kiamat hadis nabi dan planet nibiru ini akan memperlihatkan hadis nabi tentang kiamat itu seolah olah sains fiksyen .Oleh itu berhati hatilah bila kita menyebarkan sebarang pengkisahan yang menggunakan hadis nabi.Mungkin ini usaha jahat mereka merka yang mahu memupuk jiwa atheist dan free thinker dalam diri orang islam.Sekian , ..fikir fikirkan