Showing posts with label PERSONAL RAMBLINGS. Show all posts
Showing posts with label PERSONAL RAMBLINGS. Show all posts

Monday, August 13, 2012

Rahmat Ramadhan dan Syawal ..jarang sekali di syukuri

Assalamualaikum semua pembaca , ramadhan kini di penghujung . Moga anda , saya , kita semua mendapat anugerah keampunan dan pembebasan dari azab siksa akhirat dan di limpah rahmat Nya . Sering kali .. bila tiba Ramadhan ,.. ramailah yang ingin menderma ,.. merai anak yatim ,..membantu yang susah ,.. ya , mungkin inilah namanya rahmat Ramadhan .




Namun , apa yang saya lihat .. perlunya satu anjakan paradigma dalam kita menjalankan kebaikan . Selama ini , kerja kebajikan  dari tahap individu  hinggalah NGO  dan Badan Kerajaan  "cergas" pada bulan ini . Kenapa tidak kita teruskan aktiviti ini "cergas " sebagaimana tika bulan Ramadhan .
Pelik , dan kadangkala kelakar .. bila sudah di hebah media barulah datang bantuan bantuan pada mereka yang memerlukan . Bila di aju soalan , rupanya sudah acap kali dia meminta bantuan pada yang berkenaan , namun sepi sahaja balasannya  ,. bila datang media barulah mereka hulur tangan membantu ..bukan saya nak persoal akan cara kerja mereka ,..mungkin tidak kena protokol ,..mungkin juga birokrasi.. mungkin terlepas pandang .. apa pun. Kita bersangka baiklah .Sekurang kurangnya mereka ini di bantu .

Pada yang hanya mampu tersenyum bila tabung bantuan di hulur ... tanamlah cita cita ,.. menghulur apa yang termampu. Mahu kaya ?,.. sedekah .. perlu tunggu kaya baru nak sedekah ? tidak perlu .



Tamat Ramadhan , tibalah Syawal,indahnya bulan ini .. semua menghulur tangan memohon maaf. Parti politik apa ? tolak tepi Kaya .. miskin , golongan elit mahupun rakyat marhaen semua nya boleh bersama ,bertakbir , bertahmid memuji ilahi .Tiada rasa benci , mahupun dendam di pagi Syawal ,hanya syukur dapat nikmati aman di bumi tuhan .Syukur tidak di uji dengan kebuluran , bencana dan peperangan. Kenapa pada hari hari lain perlu kita di pisah dengan politik kepartian sempit ? status kaya dan miskin ? Warna kulit dan bahasa ?. Sedangkan persamaan kita semua cukup cantik ... pada agama .Islam itu meraikan semuanya , tiada yang terpinggir dan tersisih  Tiap kali Syawal , pastinya saya berdoa agar suasana ini kekal , sepanjang tahun,.. selamanya . Cukup cukuplah berpolemik , bersengketa pada perkara kecik , pada perkara ranting sedangkan kita di uji dengan pelbagai perkara penting , namun sering saja pandangan kita terarah pada isu kecik yang tidak signifikan . Berlapang dadalah , pasti , itu lebih baik . Akhir kata , teruskanlah kebaikan yang anda lakukan di bulan Ramadhan . Kekalkan lah budaya meminta maaf dan memberi kemaafan , bukan hanya di buat tika Syawal nanti .

Sunday, September 4, 2011

Sejarah :siapa petualang ,siapa pejuang?

Assalamualaikum kepada semua blogger dan web surfer,.. dah lame rasanye aku tinggalkan blog ni,maklumla raye..

Hari ini aku nak kisahkan korang tentang sejarah,...sejarah ape? sejarah manusia secara amnya.Dulu kalau kat sekolah masa kelas sejarah cikgu aku cikgu raouf pernah cakap sejarah yang kita belajar fasal ketamadunan manusia ni ditulis oleh orang barat ,.. cerita cerita sejarah ini di susun oleh orang barat. Sejarah ketamadunan manusia itu sebenarnya lebih tepat kalau di ceritakan melalui sirah sirah rasul dan para nabi.Aku pon berfikir,.. kalau fasal sejarah awal komuniti manusia mesti la fasal nabi adam.,kalau sejarah mesir ada cerita nabi musa dan nabi harun . Fikiran aku melayang lagi ,.. mungkin kat hieroglif kat dinding kuil mesir itu ada cerita fasal nabi musa dan nabi harun ,...mungkin ianya digelapkan oleh mereka yang tahu ,..,mungkin ahli sejarah salah tafsir ,...mungkin masyarakat purba mesir rekodkan sejarah dua nabi ini tanpa menyebut namanya,........mungkin ada cerita fasal ark of covenant ,...makin jauh fikiran aku melayang.Aku berfikir lagi ,macamana orang dulu tafsir hieroglif ,...diorang jumpe batu rosetta kalau zaman ini batu rosetta tu kira kamus la,..


"Image of the Rosetta Stone set against a reconstructed image of the original stele it came from, showing 14 missing lines of hieroglyphic text and a group of Egyptian deities and symbols at the top"

Itupon ahli sejarah translate perkataan purba mesir dari perkataan purba greek ,yang mana keadaan batu rosetta ini dah pon cacat (tinggal separuh je) ,lagi separuh hilang kan, so aku pun mengandaikan yang ada kesilapan masa mentafsir catatan sejarah purba.Apa pun aku tak memperkecilkan effort sejarawan dan ahli arkeologi ni mentafsir tulisan purba itu sebab kalau tak ade usaha ni tak dela kita faham serba sedikit ilmu orang mesir purba.

OK ,cerita fasal sejarah Melayu zaman dahulu kala pulak, peradaban melayu ni amatla berbeza dengan peradaban orang romawi yang bina peradaban diorang dengan hebat punya skil pertukangan batu boleh bina colosseum boleh bina kuil kuil yang besar mampu menjelajah dan menjarah seluruh eropah zaman itu,..

Tamadun melayu pulak dominan dengan cerita kesultanan elayu melaka srivijaya ,majapahit dan banyak lagi,... cerita cerita zaman melayu dulu di tulis dalam buku buku yang mengkisahkan kehebatan raja zaman dahulu kala.. Cumanya apa yang membezakan cerita orang romawi dengan kisah raja melayu zaman dahulu kala,..?

Orangeropah zaman dulu lebih gemar mencatat segala fakta dan menceritakan dengan detail apa yang mereka nampak dan alami ketika itu.Sejarah melayu pulak di penuhi unsur pengkisahan penuh metafora dan hiperbola yang mana kalau zaman dulu semasa pengaruh hindu dominan dalam rantau melayu ini raja melayu digambarkan sebagai keturunan dewa dewi hindu ,..yang mana ada unsurnya terwaris dalam penamaan dan gelaran raja raja dan sultan sekarang.Masuk pulak agma islam ,cerita raja raja banyak dikait dengan raja agung dari timur tengan raja iskandar zulkarnain .Kalau cerita raja dulu mesti penuh unsur kesaktian kehebatan kalau tentang raja buruk padahnya. Cuba korang teliti sejarah kaisar kaisar romawi ada unsur mistik sedemikian rupe? tak ade ,...itulah antara bezanya.

Tengok pula cerita laksamana bentan dan sultan mahmud ,...hang jebat yang amuk dengan sultan ,.. apa persamaannya ? Dua orang ini menentang kezaliman pemerintah namun nama mereka dikenang sebagai si petualamng dalam sejarah walaupunaku secara peribadinya menganggap mereka yang menentang kezaliman dari mana mana pihak pemerintah mahupun orang kebanyakan sebagai perwira,sejarah ditulis oleh mereka yang menang.

Bagaimana pula yang menuntut kemerdekaan ,..ada legasi onn dan tunku abdul rahman yang menuntut merdeka secarabaik ,..ada yang mengamalkan prinsip api melawan api ,... orang orang macam  rosli dhobi ,.. tok gajah ,..mat kilau di kenang sebagai pejuang yang menuntut ke adilan dari penjajah zalim yang menjarah hasil bumi malaya ni .Cerita bukit kepong dan mat indera?memang tak dinafikan effort PKM ketika itu menentang british dan melawan british ,... apa pula matlamat PKM menubuhkan negara komunis atau menanam fahaman komunis ,.. tetapi usaha ini gagal di Malaya dan di Indonesia .Aku tak melabel Mat indera sebagai pejuang mahupun petualang,..sukar untuk aku mempersoal perkara ini sebab aku tak hidup sezaman dengan dia ,..mungkin niatnya mahu memerdekakan anak bangsa bukan mahu mengeak fahaman komunis yang tak bertuhan tu . Wallahualam kita tak tahu , cuba kita fikir sejenak mungkin ada jalan yang lebih baik dari pertumpahan darah semasa konflik bukit kepong itu ,......mungkin ada cerita yang lebih tepat fasal mat indera dan orang melayu yang berjuang secara gerila dengan PKM menentang British ketika itu.Every story just like a coin there's two side of it and it is better if we know them both.lagi sekali aku tegaskan  ,... sejarah ditulis mereka yang menang , yang lenyap adalah sejarah si petualang,fikirkan .





Kalau chin peng berjaya komuniskan negara ni ,..cuba fikir kat mana kita hari ini?
Adakah mat indera memperjuangkan ideologi komunis atau memperjuangkan bangsanya? ini kita tak tahu

Apa pun British menang dalam kalah , hilang malaya tapi acuannya tertinggal , kita amalkan sisten British itu yang kita tidak nafikan.Berapa banyak lagi negra yang british dah britishkan satu ketika dahulu?
Apapun nama hang jebat si petualang yang menentang kezaliman raja tetap dikenang dek mereka yang memperjuangkan nasib agama dan bangsa menentang kezaliman
"Raja adil raja di sembah ,raja zalim raja disanggah!"
itulah kata kata hang jebat wira dan bapa kepada hang nadim ,yang di bunuh dek pembesar temasik yang cemburu dengan kebijaksanaannya

Friday, July 15, 2011

Bogeyman melayu ,....

Sedari kecik lagi , aku di 'ajar' di dedahkan ke'tidak suka' an terhadap bangsa lain, macam 'chinese kalau berurusan suka menipu'.. indian they like;y to be drunk ,..........typical of malays to be lazy.

Ini semua stereotype yang dihadapi oleh semua mealyu lah boleh kate, kenapa semua ini berlaku?

-orang melayu yang berurusan dengan chinese telah di backstab, pastu dia pon bagitau kat orang lain yang cina n i kaki tipu, .......lalu mentaliti ini di wariskan kat anak anak diorang ,..as an 'precautionary education' that slowly turns to a silent hate

-orang cina bila berurusan dengan melayu diorang tengok yang melayu ni malas , so diorang pon cakap la ,..bolo punya olang mau kilija u bikin malas,............same la jugak situasinya seperti di atas

-orang india mabuk,........... dah orang melayu tengok india mabuk dia pon cakap yang india ni kaki botol ,padahal ade je malays ,chinese ,omputeh sape sape je la yang boleh togak botol tu pastu feel je dia mabuk.

I think we as a cilivised malaysian must stop that  seriously ,instead of spreading hate and animosity let us spread the love,tell me where on earth can you find a place so serene and peaceful the people are multiracial and live in a complete harmony despite at times there's issues and disagreements arise.? , it's malaysia.

peace is expensive,... i can see the storm of hate ,pain and hatred brewing and it is not good ,..people spread the love!

Monday, June 20, 2011

cerita dr.M TAHUN 1989 buang bayi? bank bayi ? itu cerita lama.

.Hari ni takmaulah aku tulis entry yang mengkondem ,mengutuk mahupun memalukan mana mana pihak,.. setelah ditegur sapa oleh mereka meraka  yang menyarankan agar aku menukar cara penulisan blog aku yang berbaur  kecaman kecaman yang adakalanya di lihat tidak manis dan menyakitkanhati.

Baiklah ,..aku cuba jadi lebih neutral ,... sekadar menyampaikan apa yang aku rasa supaya dunia boleh tahu apa yang aku nampak,..kalau aku salah betulkan . :D

alrighty ,.. terus ke topik perbincangan yang ingin aku kongsikan dengan korang semua. Cerita yang di lihat cliche'd ,.. pembuangn bayi,.. cadangan adanya baby bank ni sebenarnya dah lama dah.Masa tunggu resit nak ambil dokumen tender kat bangunan SUK tadi aku tebaca majalah mastika tahun 1996,.. dalam tu ade artikel fasal Dr.Mcerita dia meninggalkan Umno kejap ,masa tu tahun 88-89, diatuis malay dilemma yan akhirnya di haramkan, masa tu DR.m berjuang meningatkan orang melayu yang dicengkam kemiskinan dan sistem ekonomi malaysia masa tu tak membantu  orang melayu.Masa tu dr.M jadi ahli olitik bebas,sekejap sebelum dia balik UMNO ,..dan dia ada bagi ceramah PAScmasa tu.Terkejut jugak aku masa tu, well i've never thought that PAS archrival DR.M akan berucap dalam perhimpunan PAS.I thought i've seen everything,apparently not. Ok ,enough with DR.m as now he will be remembered as the person who almost single handedly saving malaysia from the financial crisis back in 98and being the p.m with the longest period of service.

Matika 96,.. ada cerita tentang mayat baby yang dibuang di reban ayam.Masa tu ada seorang doktor di temuramah dan ditanya tentang isu tu,katanya perlu ada fasiliti untuk mereka yang terlanjur, supaya nanti ada tempat untuk bayi bayi malang tu.Itu cerita dari tahun 96 masa tu aku masih sekolah rendah lai, sekarang dah 2011 ,.. dah 15 tahun ,masalah buang masih ada dan semakin teruk .. di mana penyeleseaiannya ?

Siapa lai yang boleh dipersalahkan kalau bukan diri sendiri?... tengoklah dekat sekeliling kau orang semua ,.. suasananya macam mana,..kalau islami dan aman ,..alhamdulillah ,.. tapi kalau di sanjungnya hedonisme.Macam mana?
Ya,.. sebenarnya segalanya bermula dari suasana ,.. kalau baik,bagus suasana dan persekitaran maka baiklah isinya. Kalau buruk ,suasana penuh kezaliman,lahirnya nanti pemimpin yang zalim. ku tak mahu sentuh isu ini sebagai isu politik,tapi sebagai satu persoalan sejagat yang prelu di hadapi bersama. "TUHAN TAK AKAN UBAH NASIB SESUATU KAUM,SEHINGGA MEREKA UBAH NASIB (UBAH DIRI MENJADI BAIK )MEREKA SENDIRI .."