Sunday, September 4, 2011

Sejarah :siapa petualang ,siapa pejuang?

Assalamualaikum kepada semua blogger dan web surfer,.. dah lame rasanye aku tinggalkan blog ni,maklumla raye..

Hari ini aku nak kisahkan korang tentang sejarah,...sejarah ape? sejarah manusia secara amnya.Dulu kalau kat sekolah masa kelas sejarah cikgu aku cikgu raouf pernah cakap sejarah yang kita belajar fasal ketamadunan manusia ni ditulis oleh orang barat ,.. cerita cerita sejarah ini di susun oleh orang barat. Sejarah ketamadunan manusia itu sebenarnya lebih tepat kalau di ceritakan melalui sirah sirah rasul dan para nabi.Aku pon berfikir,.. kalau fasal sejarah awal komuniti manusia mesti la fasal nabi adam.,kalau sejarah mesir ada cerita nabi musa dan nabi harun . Fikiran aku melayang lagi ,.. mungkin kat hieroglif kat dinding kuil mesir itu ada cerita fasal nabi musa dan nabi harun ,...mungkin ianya digelapkan oleh mereka yang tahu ,..,mungkin ahli sejarah salah tafsir ,...mungkin masyarakat purba mesir rekodkan sejarah dua nabi ini tanpa menyebut namanya,........mungkin ada cerita fasal ark of covenant ,...makin jauh fikiran aku melayang.Aku berfikir lagi ,macamana orang dulu tafsir hieroglif ,...diorang jumpe batu rosetta kalau zaman ini batu rosetta tu kira kamus la,..


"Image of the Rosetta Stone set against a reconstructed image of the original stele it came from, showing 14 missing lines of hieroglyphic text and a group of Egyptian deities and symbols at the top"

Itupon ahli sejarah translate perkataan purba mesir dari perkataan purba greek ,yang mana keadaan batu rosetta ini dah pon cacat (tinggal separuh je) ,lagi separuh hilang kan, so aku pun mengandaikan yang ada kesilapan masa mentafsir catatan sejarah purba.Apa pun aku tak memperkecilkan effort sejarawan dan ahli arkeologi ni mentafsir tulisan purba itu sebab kalau tak ade usaha ni tak dela kita faham serba sedikit ilmu orang mesir purba.

OK ,cerita fasal sejarah Melayu zaman dahulu kala pulak, peradaban melayu ni amatla berbeza dengan peradaban orang romawi yang bina peradaban diorang dengan hebat punya skil pertukangan batu boleh bina colosseum boleh bina kuil kuil yang besar mampu menjelajah dan menjarah seluruh eropah zaman itu,..

Tamadun melayu pulak dominan dengan cerita kesultanan elayu melaka srivijaya ,majapahit dan banyak lagi,... cerita cerita zaman melayu dulu di tulis dalam buku buku yang mengkisahkan kehebatan raja zaman dahulu kala.. Cumanya apa yang membezakan cerita orang romawi dengan kisah raja melayu zaman dahulu kala,..?

Orangeropah zaman dulu lebih gemar mencatat segala fakta dan menceritakan dengan detail apa yang mereka nampak dan alami ketika itu.Sejarah melayu pulak di penuhi unsur pengkisahan penuh metafora dan hiperbola yang mana kalau zaman dulu semasa pengaruh hindu dominan dalam rantau melayu ini raja melayu digambarkan sebagai keturunan dewa dewi hindu ,..yang mana ada unsurnya terwaris dalam penamaan dan gelaran raja raja dan sultan sekarang.Masuk pulak agma islam ,cerita raja raja banyak dikait dengan raja agung dari timur tengan raja iskandar zulkarnain .Kalau cerita raja dulu mesti penuh unsur kesaktian kehebatan kalau tentang raja buruk padahnya. Cuba korang teliti sejarah kaisar kaisar romawi ada unsur mistik sedemikian rupe? tak ade ,...itulah antara bezanya.

Tengok pula cerita laksamana bentan dan sultan mahmud ,...hang jebat yang amuk dengan sultan ,.. apa persamaannya ? Dua orang ini menentang kezaliman pemerintah namun nama mereka dikenang sebagai si petualamng dalam sejarah walaupunaku secara peribadinya menganggap mereka yang menentang kezaliman dari mana mana pihak pemerintah mahupun orang kebanyakan sebagai perwira,sejarah ditulis oleh mereka yang menang.

Bagaimana pula yang menuntut kemerdekaan ,..ada legasi onn dan tunku abdul rahman yang menuntut merdeka secarabaik ,..ada yang mengamalkan prinsip api melawan api ,... orang orang macam  rosli dhobi ,.. tok gajah ,..mat kilau di kenang sebagai pejuang yang menuntut ke adilan dari penjajah zalim yang menjarah hasil bumi malaya ni .Cerita bukit kepong dan mat indera?memang tak dinafikan effort PKM ketika itu menentang british dan melawan british ,... apa pula matlamat PKM menubuhkan negara komunis atau menanam fahaman komunis ,.. tetapi usaha ini gagal di Malaya dan di Indonesia .Aku tak melabel Mat indera sebagai pejuang mahupun petualang,..sukar untuk aku mempersoal perkara ini sebab aku tak hidup sezaman dengan dia ,..mungkin niatnya mahu memerdekakan anak bangsa bukan mahu mengeak fahaman komunis yang tak bertuhan tu . Wallahualam kita tak tahu , cuba kita fikir sejenak mungkin ada jalan yang lebih baik dari pertumpahan darah semasa konflik bukit kepong itu ,......mungkin ada cerita yang lebih tepat fasal mat indera dan orang melayu yang berjuang secara gerila dengan PKM menentang British ketika itu.Every story just like a coin there's two side of it and it is better if we know them both.lagi sekali aku tegaskan  ,... sejarah ditulis mereka yang menang , yang lenyap adalah sejarah si petualang,fikirkan .





Kalau chin peng berjaya komuniskan negara ni ,..cuba fikir kat mana kita hari ini?
Adakah mat indera memperjuangkan ideologi komunis atau memperjuangkan bangsanya? ini kita tak tahu

Apa pun British menang dalam kalah , hilang malaya tapi acuannya tertinggal , kita amalkan sisten British itu yang kita tidak nafikan.Berapa banyak lagi negra yang british dah britishkan satu ketika dahulu?
Apapun nama hang jebat si petualang yang menentang kezaliman raja tetap dikenang dek mereka yang memperjuangkan nasib agama dan bangsa menentang kezaliman
"Raja adil raja di sembah ,raja zalim raja disanggah!"
itulah kata kata hang jebat wira dan bapa kepada hang nadim ,yang di bunuh dek pembesar temasik yang cemburu dengan kebijaksanaannya

1 comment:

  1. ini sedikit sebanyak pendapat aku. aku tak banyak sangat pengatahuan dalam bidang ni, tapi tak salah bagi komen.

    1st sekali, dalam sejarah dunia ni memang aku rasa ada hidden story yang sangat besar. samada historian memang tak tahu atau buat2 tak tau, itu hanya mereka saja yang tahu..haha. aku rasa ko pun faham. teori ancient aliens tu saja pun dah cukup nak bangkitkan the questions right?

    then, yang pasal penjajah dan pejuang di malaya dulu. aku pecaya macam ni. awalnya memang semua faham dan percaya yang british adalah the real penjajah. then untuk tentang penjajah, ada dua cara- war or diplomatic. pihak umno dan yang sewaktu dengannya guna cara diplomatic sebab mereka sedar kalau kekerasan memang tak ke mana. britsh resources and army was too much for our militia or whatever resistance that there is. ini aku ringkaskan dari sedikit sedutan dalam buku A Doctor In The House.

    at the other side, ada pihak yang guna senjata...join komunis yang propanya mahu usir British. Itu propa luarnya, real intention? to create a communist country. but for the local folks, anything is ok as long as the war is against british. aku percaya ko akan lagi faham kalau baca novel Shamsiah Fakeh- Perempuan, Pejuang dan Pemimpin. It's a sad story. Seriously.

    that's my view, haha. Sorry noh buat semak kat sini.

    ReplyDelete