gambar 'angkasawan purba" |
annunaki |
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua .Hari ini saya ada topik yang menarik untuk dikongsikan bersama.Satu teori konspirasi yang berkait dengan alien a.k.a makhluk asing , tamadun purba sumer ,maya dan aztec,planet nibiru a.k.a planet x a.k.a marduk.
Kisahnya bermula dari bangsa Sumeria , bangsa yang mendiami kawasan lembah bernama nineveh zaman sekarang di kenali sebagai Iraq. Ahli arkeolologi telah menemui satu rekod bertulis tulisan baji rekod masyhur Enuma Elish dalam runtuhan bangunan perpustakan purba Ashurbanipal.Rekod tersebut menceritakan tentang Annunaki ,tuhan ataupun dewa yang disembah bangsa Sumer satu ketika dahulu.Berdasarkan penulisan ahli pseudo-arkeologi terkenal Zecharia Sitchin yang terkenal dengan teorinya tentang angkasawan purba yang menjelajah angkasa raya untuk mencari sumber bagi menghidupkan planet mereka yang hampir mati iaitu planet nibiru ataupun planet x juga diberi nama Marduk.Annunaki ini dikatakan turun ke bumi (ke kawasan bangsa Sumer) ,mereka bangsa makhluk asing yang berketamadunan tinggi dalam ilmu pengetahuan sains dan teknologi mengajarkan bangsa manusia primitif ketika itu ilmu sains.Menurut Sitchin lagi Annunaki yang bertubuh fizikal besar dan hidup panjang di sembah dan didewakan oleh bangsa Sumer, Annunaki juga dikatakan telah melakukan eksperimen genetik dengan menggabungkan genetik bangsa annunaki ini dengan genetik manusia primitif untuk menghasilkan bangsa manusia yang kita ketahui sekarang.
Planet Nibiru ,planet asal bangsa 'dewa' ini di katakan memerlukan emas sebagai bahan mentah untuk menghidupkan semula planet mereka yang hampir mati dan membetulkan semula kapal angkasa mereka yang rosak. Bukan itu sahaja malah semua struktur purba seperti piramid Giza di Mesir ,piramid kaum Maya dan Aztec yang terletak di Amerika Selatan di katakan sebagai penunjuk arah bagi bangsa 'dewa' ataupun alien ini untuk kembali ke bumi.Manusia di katakan sebagai buruh yang dihasilkan menggunakan teknologi mereka dengan tujuan untuk mengumpul segala hasil bumi untuk digunakan oleh bangsa makhluk asing ini.(Jujurnya penulis rasakan kisah alien ini tak ubah seperti cerita transformers!!)
Kisah dewa dewi dari angkasa lepas yang mengaitkan dewa dewa purba seperti annunaki dan quetzalcoatl ini juga dikaitkan dengan dajjal ,..entiti yang sering dikait sebagai pembawa petaka di hari kiamat.Memang sukar untuk kita ketahui misteri di sebalik artifak dan rekod yang di tinggalkan kaum terdahulu yang sudah lenyap.
Baiklah terus kita ke planet nibiru .Planet asal kaum dewa dewi mahupun alien ini, planet nibiru ini seringkali dikaitkan dengan kisah kiamat baik teori yang dunia bakal berakhir pada tahun 2012 dan hadis hadis nabi muhammad s.a.w.Suka penulis untuk menginngatkan peri pentingnya kita beriman bahawa akan berakhirnya dunia ini.
Namun begitu ,suka saya mengingatkan elok kiranya kisah seperti planet nibiru ini tidak lagi di kaitkan dengan hadis hadis nabi . Bukan apa,penulis takut nanti hadis hadis nabi yang eloknya menjadi peringatan buat umat manusia untuk mempersiapkan diri menghadapi kiamat jadi bahan mainan ,jadi bahan untuk meramal bilkah akan berlakunya kiamat,Memang allah ada berfirman dalamalquran bilakah akan berlakunya kiamat tetapi sering di tegaskan di dalam alquran itu hanya allah maha pencipta sahaja tahu bilkah berlakunya kiamat.
Sejujurnya saya merasakan segala teori konspirasi yang mengaitkan peristiwa kiamat hadis nabi dan planet nibiru ini akan memperlihatkan hadis nabi tentang kiamat itu seolah olah sains fiksyen .Oleh itu berhati hatilah bila kita menyebarkan sebarang pengkisahan yang menggunakan hadis nabi.Mungkin ini usaha jahat mereka merka yang mahu memupuk jiwa atheist dan free thinker dalam diri orang islam.Sekian , ..fikir fikirkan
dah baca buku chariots of the gods? erich von daniken, bapa kepada teori2 ancient alien ni, dia yang tulis. super best.
ReplyDelete