Assalamualaikum semua,...
Harin ini,pagi yang sejuk . saya masih lagi menonton berita Bersih ,biarpun sudah berlalu dan pastinya bakal dikenang dalam lipatan sejrah sebagai satu peristiwa kelam dalam episod suka duka kehidupan kita di Malaysia .
Aku sejujurnya kagum dengn keberanian seorang tua yang berjalan mengharung kacau bilau ,kecamuk susana demontrasi yang bertukar kacau apabila mereka yang hadir ke perhimpunan itu bertembung dengan pihak polis.Polis nyata bobrok dalam tindakan mereka apabila rakyat yang tidak bersenjata di lanyak selayaknya seorang pesalah.
TIDAK ADAKAH PENYELESAIAN SECARA AMAN UNTUK MASALAH KITA?
Itu persoalan yang sering bermain di fikiran aku,kenapa mesti guna kekerasan, kenapa rakyat perlu berdemonstrasi untuk menyampaikan hasrat mereka.
-kemanakah ahli politik yang di lantik sebagai suara rakyat pada ketika rakyat memerlukan?
-apakah standard operasi polis sebegitu keras dalam menangani keadaan sedemikian rupa?
Aku tidak membaca,mahupun menonton tv semenjak berita mengenai video pornografi itu disebar, semenjak sandiwara mahkamah fasal kes liwat disebar.Ah! persetan media arus perdana, cerita penuh putar belit, persetan juga media pembangkang,.. segalanyanya carca marba dengan tuduh menuduh."Itu salah, ini salah , aku yang betul",... itu pendirian media sekarang
Apa yang benar ,mana yang benar ?
Aku melihat kerajaan bertindak kurang bijak, demi mempertahan keamanan satu pergerakan dikekang secara keras, di perang secara keras.Mereka membunuh diri secara politik.
Isu ini masih boleh di bawa ke meja rundingan,..getus hati aku.
-apa guna kau mengundi wakil rakyat jika hasrat rakyat yang mahu keadilan ditegakkan hanya jatuh ke telinga si pekak bisu dan tuli.
Hari ini aku melihat si bisu ,pekak dan tuli itu sudah tidak cacat lagi. Mereka boleh berkata kata ,.. Bersih 2.0 bagus agendanya , ... namun salah perlaksanaannya ."Kenapa tidak di bawa berunding ?", soal kawan aku yang hanya gemar berita sukan dari membaca berita hal ehwal politik .
Aku sekadar tersenyum sinis.Terima kasih media, anda mengangkat Datuk berkaki ayam itu hero di mata kami.
Negara ini bukan politik kepartian yang punya ,negara ini rakyat yang punya,aku tidak menyokong PR mahupun UMNO ,aku adalah suara rakyat yang mahukan keadilan.Mahukan haknya dipenuhi, panggillah aku sosialis sekalipun.Aku akan bertanya "Salahkah aku hanya mahu keadilan?".
kepada tuhan aku serahkan urusan aku ,urusan kami .Nyata Dia yang maha adil,..hikmah Mu kami mohon.
Masih adakah harapan untuk bumi ini?
Anda sudah punya jawapannya
No comments:
Post a Comment