Saturday, July 9, 2011

aku ,bersih 2.0 dan lanskap politik malaysia

assalamualaikum kepada semua pembaca, aku merasa terpanggil untuk menulis entry ni bila aku terbaca update fasal perarakan bersih, aku takkan panggil perhimpunan ni perhimpunan haram ,.. sebab secara logik akal aku ni ,.. aku tak rase haram pon.

they came with  intentions, they demanded a free and fair elections

aku bersetuju dengan tuntutan diorang
okay guys please brace with me ,... aku sekadar budak 22 tahun yang ramai tak ambik kisah pon, ye la siapa  la aku ni kan
aku tidak fanatik mana mana parti politik ni, sejujurnya pergi mampus politik partisan kalau ahlinya hanya menjual agenda agenda hanya untuk mendapatkan political mileage.

Oklah,........worst case scenario that can happen in the nrxt G.E .kerajaan UMNO/BN yang selama ini menerajui lanskap politik malaysia ,menjadi wajah politik malaysia selama ini tumbang dalam PRU 13  nanti dengan sistem pilihanraya yang kita guna pakai sekarang.Korang ingat   kerajaan Pakatan Rakyat nak tukar sistem pilihanraya dengan menurut  segala tuntutan bersih  2.0 sekarang?
Sejujurnya aku katakan tidak, kenapa aku cakap macam tu?

buat apa nak tukar sistem yang memberi kelebihan kepada kerajaan yang memerintah
"kelebihan" ini yang aku maksudkan adalah segala macam akta mahupun sekatan  yang diperuntukkan kepada pihak berkuasa, suruhanjaya pilihanraya , polis dan sebagainya.Segala macam 'kelebihan' ini boleh digunakan untuk political animal . Ya ,..political animal yang akan menggunakan kelebihan ini untuk menyekat pergerakan parti lawan. Parti lawan dengan media di bawah telunjuknya di label macam macam, di kutuk di maki di sumpah seranah, segala macam fakta di putar belitkan sampai yang mana fitnah yang mana fakta sukar untuk dibezakan.

medialah alat ultimate untuk sebarkan ideologi ideologi , nasib baiklah ada internet,kalau aku poskan Utusan Malaysia / buletin utama menantang ni nak diorang siarkan?.Konfem2 masuk tong sampah.Polis dengan segala macam akta untuk menyekat pergerakan orang awam akan digunakan secara optimum.Parti lawan akan di labelnya pengganas ,tukang gelap duit rakyat.Ceramah agama pon fru datang apehal ha?
Pastu ko datang bawak cerita agenda politik ko kat sekolah dengan universiti ko tak tau malu pulak.Ko letak AUKU, pastu ko bagi ceramah politik kat universiti  bawah nama BTN, celaka kau memang celaka.

Lumrah dunia politik malaya , kalau menjelang pilihanraya baru nampak muka tolong kacau dodol la, bagi sumbangan anak yatim, tabur janji sana tabur janji sini. AKU TAK MENYOKONG PR /BN/UMNO, tapi aku benci politikus  yang tak ikhlas , makan duit rakyat ,korup.Politikus macam ni ada di semua tempat.Jual agenda bangsa dan agama, pecah belhkan rakyat, aku benci orang fanatik politik kepartian yang melampau.

Kenapa kita tak boleh jadi macam jepun, skema je diorang nye kempen, mana ada cerita liwat /video seks dalam tv diorang .Media boleh di akses mana mana badan politik ,ko nak jual dakyah ke fakta lantak kau , kau kempen kat kedai kedai jangan buat sampah nanti kena denda.Tak payah pon rakyat berpiket kat jalan jalan.Kenapa kat malaysia jadi macam tu, sebab suara orang  bawahan tak didengar, orang menuntut keadilan ,kau cop macam macam. Kau takut hilang kuasa,kau salah guna kuasa , kau membazir dan akhirnya kau buat negara sendiri rugi,

Aku benci benda benda ni, bila lagi melayu nak berenti melatah ketuanan melayu sana ketuanan melayu sini,bila lagi orang melayu boleh scure kontrak dengan kerajaan tak payah bagi "duit saguhati".
Kalau sistem di negara kita adil ,takdenye orang bersungut ... itu tak adil ini tak adil ,.. takdenye orang tertekan,....ingat politikus semua , bila sistem itu menekan manusia yang mencipta sistem itu , akhirnya manusia akan musnahkan sistem itu.

No comments:

Post a Comment