Sunday, March 13, 2011

surat khabar itu penanda aras kesedaran minda



Assalamualaikum.dan salam sejahtera,ingin aku mulakan artikel yang dipost ini dengan nada sopan.
Surat khabar,baik elektronik mahupun kertas yang dibelek hari hari oleh penduduk dunia untuk menambah kan pengetahuan tentang kejadian sehari hari.Baik naik turunnya seorang patriot di medan politik.Jatuh bangkitnya sebuah pemerintahan diktator mahupun aksi sukan.

ADA YANG MEMBELI AKHBAR DENGAN MESEJ SINIKAL DAN RINGAN (Tabloid) untuk tujuan light  reading,.katanya biasanya surat khabar tabloid di isi dengan mesej 'kurang' ilmiah dipenuhi topik2 kontroversi penuh skandal dan 'remeh' senang ceritanya.

itu cerita tabloid


Bagaimana pula dengan  surat khabar mainstream yang dibaca oleh segenap lapisan masyarakat?  baik CEO ,mahupun pekerja biasa ,baik golongan guru mahupun pelajar dan murid murid..surat khabar mainstream ini ataupun 'perdana' seharusnya mendidik , mencorak minda sebagai satu wadah menyuarakan pendapat .Penegak keadilan.Sepatutnya segala yang positif.

Tapi apa yang berlaku
-surat khabar menceritakan tentang pelakon porno terselamat
-menyiarkan karikatur sinikal ,wei! tak respect orang yang dah mati sebab gempa bumi tu ke !!


Surat khabar mainstream ini dilihat oleh pihak luar sebagai penanda aras ataupun benchmark mentaliti orang kita.Surat khabar ini ke yang kita panggil 'benchmark of a well versed,civilized respected people'. bunch of indecent disrespectful lot! editor mane?membuta?

Sedang surat khabar lain sibuk menceritakan usaha penduduk dunia dalam menghulurkan bantuan ,surat khabar kita dengan mesej sinikal 'bodoh lagaknya'  menceritakan kejadian gempa bumi dari sudut  perspektif entah mana kami pun tak faham.

ps-tak mahu tahu fasal pornostar dan ultraman. mana cerita reaktor nuklear? hampas!

No comments:

Post a Comment