Saturday, March 12, 2011

Alquran itu mukjizat,..hati-hatilah saudaraku

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua reader yang sudi melawat blog aku yang sempoi ni.Malapetaka di Jepun (11/3/2011) adalah suatu ketetapan Tuhan : Dan telah di nyatakan di dalam Al-Quran












1. Tarikh yg berlaku adalah pada 11/3/2011 bersamaan 6 RabiulAkhir 1432 Hijah or 6/4/1432.
2. so dengan tahun 1432 di pecahkan 14 || 32.
3. Jawapanya Jujuz ke 14 Quran.
4. Dan bulan 4.

Rahsia angka tahun ini : Jujuz 14 Ayat Quran ke 4.

Rujuk di Quran.

1. Jujuz 14 bermula pada surah Al-Hijr, dan ayat ke 4 dari surah AL Hijir menyatakan

"Dan kami tidak membinasakan suatu negeri, melainkan sudah ada ketentuan yang tetap baginya".

2. Rahsia seterusnya yang menunjukkan Malapetaka ini akan berlaku di Jepun ialah dengan kedudukan Jepun dan Wilayah Seedai pada kedudukan geografi bg ( Jepun : Latitiude 36, Longtitude 138)

so dlm 1432, 14 dh di ketahui Jujuz Al Quran. maka yang di pecahkan 14 || 32 so di pecahkan lagi 3|2 ,so now secret no adalah 3.

di ambil pula lokasi latititude dan longitude.

3+6+1+3+8 = 21
so next 2+1 = 3
proved *. yg di maksudkan dengan no 3 adalah negara jepun.

Dan di dalam jepun juga terdapat banyak wilayah.. maka wilayah yang akan di turunkan malapetaka itu ? Wilayah Seedai pada kedudukan geografi Latitiude 38'15 dan Longtitude 140'53

maka 3+8+1+5+1+4+0+5+3 = 30
so next 3+0 = 3.
*proved wilayah yang tuhan maksudkan dgn angka 3 adalah Wilayah Seedai di Jepun.

3. Rahsia seterusnya dengan tarikh 6

masa yang di laporkan oleh Jabatan Meteorologi Rusia.. gempa bumi berlaku pada masa 1446 waktu Jepun..

so 1+4+4+6 =15
so next 1+5 = 6
*proved 6 membawa maksud masa yang akan berlaku.

4. Dah yang seterusnya 1432 apabila di pecahkan 14||32, kini di ambil pula angka 14 dan di pecahkan 1||4 , maka angka satu boleh di kelaskan sebagai permulaan hari. maksudnya di dalam Islam Jumaat adalah hari pertama dalam minggu itu. so angka satu memberi maksud malapetaka itu akan berlaku pada hari Jumaat.

5. Lihat.. betapa benarnya ayat al quran. segala yang di nyatakan tetap berlaku. walaupun suduh berabad kitab Quran di turunkan.

6. Walaupun zaman berubah sejauh mana sekalipun.. Al-Quran tetap bagi sepanjang zaman.

7. Di percayai banyak lagi rahsia yang masih tidak dapat di ketahui di dalam tarikh ini. namun sekadar ini pun telah membuatkan kita lihat dengan mata kita sendiri betapa mulia Al-Quran. dan segala yang di ungkapkan di dalamnya

8. WauAllahhu Allam.

Di persilakan untuk share. bg mengingati kite kembali tentang segala perkara yang terkandung di dalam Al-Quran adalah benar buat selamanya mahupun di dunia atau pun akhirat. Mohon pandangan orang bijak agamaa mengenai perkara ini. Subhanallah

Dah baca petikan di atas?......... aku tak mahu komen lebih, baiklah straight to the point ,..aku tak mahu mengkondem saudara yang menulis artikel ni,.aku sekadar mahu menyampaikan pandangan dari pihak diri aku.Bukan berdebat,tapi memberi pandangan.Aku ada beberapa persoalan bila aku baca artikel ni."BETUL ATAU SALAH ,mentafsir isi kandung alquran kitab suci umat islam sebegini rupa?" ."apa pandangan intelek,ulama yang ahli dalam bidang pentafsiran  alquran terhadap isu isu yang macam ni?".

Pernah aku terbaca dulu isu alquran dan fakta sains yang mana alquran tidak boleh senang senang dikaitkan dengan satu satu teori sains.Mengapa? ,sebab sains itu ilmu yang senantiasa berkembang dan ada ketidakpastian akan kesahihan kejadian denomena sains tersebut .Segalanya bergantung kepada teori yang telah diusul dan dicipta oleh ahli sains.Manalah tahu 10-20 tahun nanti fakta (yang  digunakan)tersebut berubah dan terbukti  salah setelah manusia berjaya membuat penemuan baru.

Ya, penulis ada meletakkan wallahualam di akhir artikel ,......tapi bagi aku tafsiran menggunakan kaedah numerologi dengan tambahlah campur ,darab bahagi dan sebagainya salah.Cuba fikir manalah tahu benda sebegini rupa akan digunakan untuk memberi hujah pada orang bukan islam ,pada orang islam yang 'kurang' ilmunya terhadap penafsiran alquran .(Aku ilmu agama pun tak tinggi sejujurnya) .Takut nanti misleading pemahaman merekka terhadap isi kandung alquran,kan salah tu saudara saudara semua.

Niat aku menulis artikel ini untuk menarik golongan yang faham akan alquran , sama sama educate mereka yang 'kurang' yang tidak faham akan inti pati mesej yang diturunkan kepada nabi agung muhammad s.a.w .Sama sama kita hati hati bila kita gunakan ayat ayat alquran,bila dicampur dengan kisah israiliyyat,kita terangkan yang cerita kita ceritakan itu israiliyyat jangan pula nanti mereka yang mendengar menyangka yang itulah isi penceritaan ayat alquran.

SEKIAN
moga memberi manfaat kepada kita semua :) 

No comments:

Post a Comment