Saturday, October 3, 2015

Whatsapp vs telegram dan kini ZipIt chat. Perlukah inskripsi dalam applikasi borak?

Hi , lama tak menulis.

Kali ini saya mengajak pembaca mengenal apa itu data encryption dan kenapa perlunya ada  data encryption pada peranti peranti yang anda gunakan sehari hari.

Data encryption, ataupun penyulitan data membolehkan maklumat yang di kongsi  dan di sebar antara pengguna maya di lindung dari di 'hidu' atau di jejak oleh mana mana pihak yang tidak bertanggungjawab .

Penyulitan data merupakan salah satu cabang utama ilmu kriptografi yang melibatkan penggunaan transposisi dan penggantian. Telah di gunakan seawal 1900 SM . Berdasakran catatan sejarah , dokumentasi terawal ilmu kriptografi berasal dari tamadun arab , hasil kerja al-Kindi ,al Qashqahandi dan Ibn Aldurayhim.




imej catatan dari manuskrip al kindi.

Baiklah , cukuplah bebelan sebagai pembuka bicara. Terus ke topik yang ingin di bincangkan oleh penulis. Zaman ini, kita di banjiri dengan applikasi borak. Antara yang popular adalah WhatsApp  dan Telegram.

WhatsApp vs Telegram , dua  aplikasi borak nampak serupa tapi berbeza.

WhatsApp dan Telegram merupakan aplikasi borak yang menggunakan peyulitan dalam maklumat yang di hantar. Sebaik saja maklumat di hantar oleh penghantar ke penerima, maklumat akan di sulitkan sebelum di terima server dan di sebar ke penerima .

Penulis setakat ini tidak  menjumpai sebarang dokumentasi mengenai kaedah penyulitan yang di guna pakai WhasApp namun Telegram menggunakan kaedah AES-256 bit. Penyulitan AES256 membolehkan proses ini berlaku lebih pantas tanpa perlu penggunaan perkakas atau perisian yang intensif.

Sedikit fakta mengenai penyulitan AES256.

Penyulitan AES256 atau lebih dikenali sebagai Rijndael  cipher dibangunkan oleh dua orang Daemen dan Rijmen.

Penyulitan AES melibatkan 4 peringkat , Data input 'plaintext' akan di tukar ke pada ciphertext dalam bentuk blok 128 bit. Proses ini melibatkan penggunaan transposisi,penukaran dan pengubahan bit dalam matriks yang kompleks. Setiap blok yang di sulitkan akan di sulitkan secara berulang kali.

Penyulitan AES amatlah kompleks anda perlukan komputer yang cekap untuk menterjemah ciphertext dengan pantas.

Perbezaan antara whatsapp ,telegram dan zipit chat.  
Whatsapp menggunakan penyulitan berasaskan penggunaan 'key' di peranti pengguna. Ini bermakna , data yang di tukarganti antara peranti boleh di hidu di pertengahan penukaran dan di bongkar. Tidak seperti applikasi lain di mana 'key' ini di simpan di satu pelayan ataupun server berpusat

Aplikasi penghidu akan menyamar sebagai pelayan pengantara yang menerima penukaran mesej. Data yang di sulit boleh di songsang sulit dan di bongkar.



Telegram menggunakan penyulitan tahap AES 256 bit yang jauh lebih selamat. Malah pada november 2014, mereka menawarkan USD 300,000 pada sesiapa yang berjaya menggodam penyulitan pada telegram.




ZipIt chat oleh Celcom, menawarkan penyulitan setaraf dengan Telegram, bezanya. ZipIt chat merupakan satu aplikasi berbayar dan telegram merupakan aplikasi percuma.


Kesimpulannya, Telegram merupakan aplikasi yang menawarkan peyulitan yang lebih baik berbanding whatsapp. Manakala ZipIt chat merupakan satu alternatif berbayar yang di tawarkan oleh syarikat telekomunikasi yang berkiblatkan keuntungan

Apapun , keputusan di tangan anda. Pada yang di luar sana yang berminat dengan penyulitan data , anda boleh belajar lagi . Manalah tahu andalah yang berjaya menggodam penyulitan telegram.

Pada yang mahukan aplikasi yang selamat , pilihlah ZipIt Chat. atau Telegram. Pada yang sudah selesa dengan WhatsApp dan mahu terus menggunakannya .silakan. Tapi anda di nasihatkan tidak mendedahkan maklumat sulit bila menggunakan aplikasi tersebut.

ps- pengetahuan mengenai enskripsi masih rendah, jika pembaca lebih mengetahui dan ahli dalam menggodam dan enskripsi data ,sila tinggalkan komen.


No comments:

Post a Comment