Penafian: Penulis menulis dari perspektif orang awam. Tidak menafikan femonena alam hasil ciptaan tuhan, mesej yang cuba disampaikan adalah peri pentingnya memahami banjir, dan apa yang kita boleh buat menggunakan kudrat dan kemampuan dalam menghadapi situasi ini.
banjir- tidak perlu di jelaskan lagi, merupakan satu bentuk bencana alam yang merosakkan harta benda, mengancam nyawa manusia dah menjejaskan infastruktur, ekonomi dan alam sekitar. Sukar untuk di jangka dan saban tahun, impak bencana alam seperti banjir , taufan ribut dan sebagainya semakin teruk. Ini adalah kerana kemerosotan alam semulajadi terhasil dari kesan penyahhutanan, pencemaran alam dan pembangunan yang tidak terkawal.
Sebenarnya , banyak kajian yang telah dijalankan bagi mendalami dan memahami fenomena banjir yang berlaku saban tahun. Data , statistik telah di kumpul bagi mengakaji pola kekerapan berlakunya banjir, flood forecasting model atau model ramalan banjir ,analisis statistik impak banjir antara contoh contoh kajian yang boleh kita rujuk
.
Kajian banyak.
Satu je nak tanya .
Kenapa , persediaan kita lebih bersifat reactive dan bukannya proactive. ?
Banjir merupakan 'acara tahunan' bila tiba november, pasti akan berlaku banjir, bezanya skala.
Cadangan aku , pada pihak berwajib, agensi agensi mahupun badan yang terlibat sediakan satu sistem amaran banjir.
Sekarang dah zaman teknologi patutnya , kita ada dah satu smart warning system yang alert the general public on the possibility of flood.
Peruntukan/ dana untuk reka sistem penampan banjir. Bila banjir , harta benda rosak , ekonomi terbantut. Reka lah tembok ke , sistem saliran yang lebih baik. Ada eloknya kita kaji , cara pengurusan banjir.
Oh ada SMART tunnel. Kadang ok kadang tak. Biasalah , teknologi manusia ada limitasi.
Sebenarnya ,
SMART tunnel , salah satu contoh kejuruteraan kawalan banjir,
Kita boleh bahagikan kepada 2.
Hard engineering (kos mahal, kombinasi teknologi, sains, kejuruteraan dan kerja keras) .
Soft engineering (lebih bersifat mengurangkan impak banjir, tak seperti hard engineering , impak kos kurang di sini)
Hard engineering .
Melibatkan pengurusan infrakstruktur . Ada man made element, macam empangan , levee' bagi mengurus aliran sungai. Kosnya besar dan memerlukan kerja baikpulih struktur dan perubahan reka bentuk (bila perlu).
Soft engineering.
Bencana alam , banjir ni, mudahnya kesan tindakan manusia yang merosakkan alam. Ekosistem jadi tak seimbang. Jadi , terbalikkan lah proses ini. Tanam balik pokok, elokkan semula ekosistem.
*malas nak taip panjang. Boleh study sendiri.
-Persiapan bagi mereka yang duduk di kawasan mudah banjir -
sediakan makanan ,ration cukup untuk tempoh tertentu.
simpan dokumen peribadi , kalau ada bot lagi bagus . ada alat komunikasi yang simple, tak perlu smartphone (smartphone cepat kong) , pakai telefon brick yang biasa dah cukup.
-cadangan bagi pihak berkuasa-
patut bekalkan mangsa banjir kat kawasan yang sukar di akses dengan flare. Barulah bantuan dari udara senang .Tambah aset lagi , tak de ruginya.
- cadangan pada geng engineer.
Patut ada satu alat, yang kecik, mobile , boleh jana kuasa elektrik , multi function , boleh jadi generator, boleh jadi lampu. Benda ni boleh power up medical equipment contoh macam defibrilator , nebulizer. (Ko bayangkan hospital banjir, power x de , mana nak cari ?)
-cadangan pada kerajaan.
soft engineering/hard engineering. kenalah ada inisiatif, aku rakyat marhaen sedih tengok benda jadi tiap tahun.
Sekian. Cadangan.komen amat di alu alukan,
aku ni bukannya pandai sangat.
Thursday, December 25, 2014
Friday, July 18, 2014
#MH17 : Kemelut politik Ukraine- Russia, yang tidak bersalah menjadi mangsa
Segalanya bermula pada Februari 2014- keadaan politik mula genting di Ukraine, presiden Ukraine Viktor Yanukovych meninggalkan Ukraine dek kerana tentangan hebat dari rakyat yang tidak berpuas hati dengan dasar kerajaan ,taraf kehidupan , ekonomi yang rendag , tidak berpuas hati dengan tindakan Yanukovyh yang memenjarakan bekas perdana menteri Ukraine Yulia Tymoschenko( Yulia berdepan dengan berbagai tuduhan korupsi sepanjang pemerintahannya - saya enggan ulas isu ini).
Viktor Yanukovych dan Presiden Russia Putin |
Yulia Tymoshenko |
Ukraine - nyata punyai hubungan diplomatik yang kompleks dengan jirannya Russia .Negara ini biarpun punyai sumber ekonomi yang besar (pengeksport bijirin terbesar dunia) , berpotensi untuk lebih maju dari sudut ekonomi, gagal kerana masalah korupsi dan salah pengurusan sumber ekonomi (Malaysia juga bakal ikut jejak mereka jika gagal ubati masalah korupsi).
Tindakan Yanukovych yang bersetuju menerima tawaran dari Russia untuk membeli bond dari Ukraine berjumlah USD15 Billion bagi menyelamatkan negaranya daripada muflis membuatkan rakyatnya yang pro-nasionalis,penyokong Yulia memberontak.
Rentetan dari peristiwa tersebut,kerajaan pimpinan Yanukovych berdepan dengan tentangan rakyatnya sendiri .Yanukovych lari dari negaranya dan kini hidup dalam buangan di Russia .Kemudian , Russia mula campur tangan bagi meredakan konflik di negara jirannya itu
.Konflik bertambah gawat apabila ada penunjuk perasaan mati di tembak pihak keselamatandan kerajaan sementara Ukraine ketika itu menuduh Yanukovych dan Russia menjadi dalang di sebalik kejadian tembakan tersebut.Bermula dari protes anti - kerajaan kecil kecilan, kepada gerakan militia dengan pelbagai fahaman dan motif politik. Tindakan negara kuasa besar ini, bakal bawa dua negara ini ke kancah perang saudara
.Konflik bertambah gawat apabila ada penunjuk perasaan mati di tembak pihak keselamatandan kerajaan sementara Ukraine ketika itu menuduh Yanukovych dan Russia menjadi dalang di sebalik kejadian tembakan tersebut.Bermula dari protes anti - kerajaan kecil kecilan, kepada gerakan militia dengan pelbagai fahaman dan motif politik. Tindakan negara kuasa besar ini, bakal bawa dua negara ini ke kancah perang saudara
MH17 - Penerbangan akhir 17-7-2014,Amsterdam -Kuala Lumpur, berakhir di ruang angkasa Ukraine
Pada tanggal 17-7-2014, tercoret satu lagi peristiwa hitam dalam lipatan sejarah penerbangan Malaysia , apabila pesawat MAS penerbangan MH17 dari Amsterdam ke Kuala Lumpur terhempas di satu kawasan
di timur Ukraine.
Pesawat itu membawa 298 orang penumpang berserta anak kapal dari pelbagai negara. Angka korban masih belum di pastikan , namun, peluang untuk hidup adalah tipis.
Menurut laporan media antarabangsa pesawat malang tersebut di tembak jatuh pihak pemisah pro-Russia menggunakan misil permukaan ke udara BUK atau "Бук" dalam bahasa Russia . Bekemampuan untuk sedia tempur dalam masa kurang 5 minit, dengan setiap misil mampu mencapai sasaran terbang pada ketinggian 80 000 kaki .Pada ketika itu MH17 terbang pada ketinggian 30000 kaki.
Berdasarkan perbualan pihak pemisah yang berjaya di pintas risikan Ukraine , merekalah bertanggungjawab menembak pesawat itu.
Namun. Tanpa sebarang bukti kukuh , tidak dapat di pastikan siapakah pihak yang bertanggungjawab dalam insiden ini.
KENAPA TERBANG DI RUANG ANGKASA TERSEBUT?
pihak Organisasi Aviasi Eropah Eurocontrol mengesahkan, laluan tersebut selamat. Bahkan ada pesawat dari penerbangan lain turut menggunakan laluan yang sama.
Tidak ada pihak yang seharusnya di persalahkan dalam isu pemilihan laluan ini, kerana , sama seperti jalan raya yang di gunakan ketika memandu. Andai laluan tersebut di isytihar selamat. Maka , pemandu akan gunakan laluan tersebut.
Mereka (pihak kawalan penerbangan ) telah menutup laluan penerbangan berdekatan wilayah bergolak itu, namun , segalanya sudah terlambat bagi hampir 300 nyawa yang tidak bersalah
Ulasan penulis
- Biarpun, ada bukti rakaman perbualan. Masih tidak cukup untuk di jadikan bahan bukti. Ada kemungkinan maklumat yang di berikan adalah fabricated untuk menuduh Russia sebagai dalangnya
- Ukraine, Russia ,Amerika ada kepentingan di wilayah tersebut. Apa pun, kita tuggu dan lihat
- Kotak hitam pesawat, tidak seharusnya di kendali oleh Russia/Ukraine/USA. Ada kemungkinan, ianya bukti yang ada bakal di 'cemar' dan maklumat asal bakal di ubah
- Putin, memberikan jaminan kepada Malaysia dan pihak antarabangsa akan di beri akses penuh untuk memasuki kawasan pesawat terhempas.
- Kerajaan Malaysia bakal bersama sama dengan pihak antarabangsa lain berkerjasama menyiasat punca kejadian malang ini.
- Putin, harus membuktikan yang kerajaan pimpinannya tidak membekal senjata yang hanya boleh di peroleh oleh satu satu negara
- Andai benar ,ianya di tembak jatuh, kami mahu keadilan
Gajah sama gajah bertempur, kijang mati di tengah tengah.
Ini peristiwa malang yang sekali lagi menguji MAS dan Malaysia. Kita di Malaysia tidak seharusnya menunding jari antara satu sama lain dan membiarkan MAS di kambing hitamkan .
Ini suratan takdir pahit yang harus di terima rakan, keluarga dan kenalan mangsa . Alfatihah untuk mereka.
Bersolidariti .
Monday, March 24, 2014
FAKTA: MEREKA YANG BERADA DI DALAM PESAWAT MH370
Pada jam 10.00 malam waktu Malaysia. Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan berita sedih yang menamatkan segala spekulasi tentang kehilangan pesawat tersebut. info grafik di bawah menjelaskan fakta tentang penumpang dan anak kapal MH370
MH370: Dark days for Malaysia.
First and foremost I would like to extend my deepest condolences to all affected family members ,friends and relatives of the family on board doomed aircraft Boeing 777-200 ,flight MH370 . Based on statement given by the Prime Minister Datuk Najib Tun Razak,the last known location of the aircraft is somewhere in the middle of the Indian Ocean.
To be honest. I myself chose not to believe such news.Until I see the plain wreck myself. I still want to believe the theory that the plane had been hijacked . Kept from the ever watchful eyes of the world.Everyone on board was safe and sound ,locked away in a black site.
God has His way of planning and doing things.
He tells us , that we human have limits. No matter how advanced the technology that we use. We still cannot find the plane in a timely manner.Almost all of resources available dedicated in pursuit of searching the aircraft. The Chinese and the US with their mighty fleet of ships and military aircraft. Malaysia , Indonesia , Vietnam and Japan with their assets and their personnel. Tirelessly searching for her. MH370.
Battle ships sailing the high seas , seamen and airmen braving the waves and stormy weather. Not to go to war , but to safe lives in the name of humanity.Maybe we human can pick a things or two about this one. Why do we need to create weapons to annihilate one another when we can share and spread the love?
We are weak when we are alone.We are stronger as a unit.
I don't know what going to happen tomorrow,. but it's going to be hard in the office. I sit next to Guan. She's on board MH370. Everytime I see her doing her work . I said to myself ." Don't she ever get tired?" She work almost robot like. Dedicated,. attentive to details and clearly she loves her job.
That quality of her. that I personally want to emulate.
The doomed aircraft . Gives us a message , that in the times of need . Your friends. The one that care about you, will stand by you and help you. No matter the cost.
___________________________________________________________________________
The attitude of some Malaysians and the people of the world disappoints me.
I am disappointed when some of us , make fun. Create puns about this tragedy? Do you ever have the capacity to show empathy? What if it's you brother, father or wife on board? .How would you react?What would you feel?
Sad.
What if its was you who are on board.? Who you are piloting the aircraft? The state of the art aircraft , from almost everything automated. Avionics. Navigation. Electrical system . All gone. A big aircraft crippled and become a giant glider. You do not know where are you heading or how high is your altitude. Navigating the aircraft takes a lot of amount of effort,everyone on board panic.
And the world still have the cheek to demonise the two pilot.
They are heroes. Surely they did everything they can to save the life of the crews and passengers on board.
Al fatihah to all of the victims.
From God we came ., to Him we will return.
Subscribe to:
Posts (Atom)