Saturday, October 6, 2012

Rekaan piring terbang tentera u.s akhirnya didedahkan

fig-2-cutaway-of-aircraft-structure-e1348157629308

Umumnya ramai bersetuju yang alien (baca: makhluk asing) tak wujud, tapi tak bagi piring terbang. Arkib Negara U.S baru-baru ini sudah mendedahkan dokumen rahsia projek tentera pada era 50-an, projek yang di beri nama 'Project 1794'. Dokumen ini memperincikan rekaan piring terbang yang di usahakan oleh pihak tentera udara U.S bersama sebuah syarikat Kanada yang dah tak wujud lagi.

fig-1-cutaway

Berdasarkan dokumen merekodkan dapatan dari tahun 1956   , 'Project 1794' berjaya mencapai peringkat prototaip , sehinggalah pihak tentera udara menghentikan segala usaha menjayakan projek ini. Berdasarkan spesifikasi yang di usulkan oleh pereka , pesawat ini boleh mncapai kelajuan sehingga Mach 4.terbang pada  ketinggian 10000 kaki dan berupaya terbang sejauh 1000 batu, jika ianya berjaya di reka menurut spesifikasi , ianya boleh terbang dari bandar New York himgga Miami dalam masa 24 minit.

project-1794-cover
Dokumen itu juga menyebut yang perkembangan projek pada waktu itu lebih baik dari jangkaan, namun yang menjadi persoalannya ,mengapakah usaha membina piring terbang ini di hentikan.? Kos meneruskan projek piring terbang pada waktu itu menelan belanja USD 3,168000 jika di selaras pada kos waktu ini ianya bakal menelan belanja USD2.6 juta yang mana bukanlah satu kos yang besar dalam memajukan sebuah teknologi yang canggih

Rekaan piring terbang  ini nyata bermasalah apabila ianya tidak mampu terbang lebih dari 5 kaki ,dan pihak tentera akhirnya menhentikan usaha pada tahun 1960

sumber asal : wired.com

No comments:

Post a Comment