Wednesday, March 30, 2011

jijiknya........

YA AKU JIJIK...JENGKEL DENGAN BENDALAH NI

asal nak pilihanraya depa dok jual cerita,cerita keburukan orang ,.yang pastinya sahih ke tidak kisah itu .kita tak tahu.
Kenapa nak jaja kisah liwat anwar tu?,kisah video seks yang ditayangkan kat public,as a malaysian ,a devoted patriot that still believes there is speck of brilliance below all this crap and bullshit,i urge all political leaders be it the opposition or the ruling government to stop all act that will only bring disgrace to our mother land.
They claim themselves to be the one who champions peoples needs and rights yet they neglect the very basic needs of a nation, a stable,reliable political climate and a dependable leader.
what happen to the community of the orang asal
what happen to the educational system in malaysia

wtf is hell wrong with the system
each day people of my age grown bored listening to all those effing craps and yet they still broadcast their agendas ,we don't want to hear any more crap we want people to be treated right.

ha itulah suara kasar generasi aku.
kami tak mahu semua perbalahan politik, ia tidak banyak beri manfaat,
negara kami jadi bahan jenaka negara orang lain,kami malu mana nak letak muka?
negara kami ....masih ada yang susah,susah nak dapat bantuan
bantuan beri.dipilih pilih penerimanya,
'sokong' aku pilih kamu.
'tak sokong' ,kau pegi jahanam.

macam dajjal membawa syurga ciptaan dan neraka ciptaannya.
sementara yang senang dibuai mimpi di kala subuh menjelma,
yang susah dengan kudrat yang masih bersisa membanting tulang  ,memerah keringat.

Nangis ,usah cerita,.......kering sudah air mata, tangan dihulur meminta bantuan disambut sepi pintu pejabat.Birokrasi sana birokrasi sini,mungkin ada yang melenting bila aku cakap macam ni,tapi ini reliti yang perlu dihadapi.Cuba kau tengok sendiri, baru la kau nafi.
kan bagus kalau semua orang,tak kira tua ,muda,miskin ,kaya, melayu, cina dan india boleh hidup sepakat bersama.Biar berbeza pendapat tapi boleh berkerjasama dengan cekap.

Biar apam pun nama yang dipanggil 'golongan songkok inggi' .. golongan berserban putih , kalau ditoreh kulit , memancut jugak darah merah,.. kalau gema takbir di masjid .. tetap sama sama angkat takbir,
kita sama islam
kita sama  melayu
tapi kita abai perintah tuhan jangan berbalah
ini tak ,benda kecil2 kita berbalah ,benda yang penting kita abai,.........hak sesama manusia diabai,
hak tuhan dizalimi,hak manusia dizalimi,terus macam ni nanti bala menanti.

Wednesday, March 16, 2011

komen cetek seorang bakal engineer

-student a:bodoh orang jepun gune nuklear nak generate electricity
-student b-tu la padan mke diorang

aku yang duduk dekat belakang diorang sedikit tersentak dengan statement tersebut.kalau bapak aku tak ajar aku jadi lelaki yang baik ,bersopan.mau aku jit kun do je dua ekor tu

-andai kita lihat situasi di jepun sekarang segalanya kucar kacir..bagai jatuh ditimpa tangga lepas tsunami ,nuklear la pulak.

The Fukushima Daiichi nuclear power station is seen in a satellite image after a second explosion in the wake of the March 11, 2011 earthquake.

untuk pengetahuan korang sume, engineer dah scientist dah design nuclear reactor tersebut sehabis baik yang mungkin dengan teknologi yang ada,ketika men-design the said nuclear reactor diorang dah factor in the possibility of japan struck by an earthquake.Tapi kuasa tuhan mengatasi segalanya,ketentuan tuhan mengatasi kemampuan dan ketentuan manusia.Ditakdirkan pada 8.9  skala  richter , gempa tersebut telah merosakkan cooling system reactor tersebut.Biarpun structural integrity...masih utuh namun kerosakan sistem penyejuk menyebabkan kegagalan reactor .Dengan control rod yang terdedah menghasilkan hidrogen yang terperangkap dalam runtuhan ,ianya bagaikan bom menanti masa untuk meletup.

Kompeni yang menguruskan semua reaktor menggunakan segala apa yang mereka ada demi untuk memastikan kemaslahatan penduduk jepun tak terjejas dek tragedi malang ni.Para pakar tak tahu pun state of nuclear cell core dalam reactor dan pastinya diorang berharap takkan ade meltdown dan jugak tak mahu tragedi chernobyl dan three miles island berulang.

Tapi apa yang membezakan chernobyl,three mile island dan tokyo?

chernobyl,three miles island-kesilapan manusia
tokyo-bencana alam tanda kuasa allah.

cuba kita teliti dan belajar dari situasi ni,janganlah korang hentam orang yang design reactor nuclear in the first place,baiklah science 101 ,korang tahu ke tak yang nuclear tu sebenarnya merupakan salah satu sumber terbersih buat mase ni,byproduct dia steam.yang jadi bahaya tu bila manusia tersilap menggunakan sumber ni.menyalahgunakan benda ni sebagai senjata.

Janganlah korang sempitkan otak korang yang memang dah sempit tu.,take a look from the bright side,pastinya lepas ni para pemikir ,ahli sains dan engineer akan melakukan perubahan dalam bidang sains nuklear.Pasti ada cara untuk melaksana nuclear fusion dan fission dalam environment yang lebih selamat.CUMA ALLAH BELUM TUNJUKKAN DEKAT MANUSIA JALANNYA,perlu diingat semua ilmu itu dari tuhan.
tanpa advancement dalam tekbologi nuklear pasti tiada kemoterapi yang membantu menyembuhkan kanser,takde carbon dating,  manusia tak boleh kaji alam ni dengan lebih mendalam.Sebab ...banyak unsur kat muka bumi tuhan ni ber-radiasi,jangan la takut sangat dengar radiasi tu.

Akhir kata di pos ni,sama samalah kita doakan orang jepun tu ,dia manusia kita manusia darah sama merah,
buat dua orang bakal engineer ,manalah tahu diorang nilah yang akan membuat pembaharuan dalam dunia sains nuklear,amin.

Sunday, March 13, 2011

surat khabar itu penanda aras kesedaran minda



Assalamualaikum.dan salam sejahtera,ingin aku mulakan artikel yang dipost ini dengan nada sopan.
Surat khabar,baik elektronik mahupun kertas yang dibelek hari hari oleh penduduk dunia untuk menambah kan pengetahuan tentang kejadian sehari hari.Baik naik turunnya seorang patriot di medan politik.Jatuh bangkitnya sebuah pemerintahan diktator mahupun aksi sukan.

ADA YANG MEMBELI AKHBAR DENGAN MESEJ SINIKAL DAN RINGAN (Tabloid) untuk tujuan light  reading,.katanya biasanya surat khabar tabloid di isi dengan mesej 'kurang' ilmiah dipenuhi topik2 kontroversi penuh skandal dan 'remeh' senang ceritanya.

itu cerita tabloid


Bagaimana pula dengan  surat khabar mainstream yang dibaca oleh segenap lapisan masyarakat?  baik CEO ,mahupun pekerja biasa ,baik golongan guru mahupun pelajar dan murid murid..surat khabar mainstream ini ataupun 'perdana' seharusnya mendidik , mencorak minda sebagai satu wadah menyuarakan pendapat .Penegak keadilan.Sepatutnya segala yang positif.

Tapi apa yang berlaku
-surat khabar menceritakan tentang pelakon porno terselamat
-menyiarkan karikatur sinikal ,wei! tak respect orang yang dah mati sebab gempa bumi tu ke !!


Surat khabar mainstream ini dilihat oleh pihak luar sebagai penanda aras ataupun benchmark mentaliti orang kita.Surat khabar ini ke yang kita panggil 'benchmark of a well versed,civilized respected people'. bunch of indecent disrespectful lot! editor mane?membuta?

Sedang surat khabar lain sibuk menceritakan usaha penduduk dunia dalam menghulurkan bantuan ,surat khabar kita dengan mesej sinikal 'bodoh lagaknya'  menceritakan kejadian gempa bumi dari sudut  perspektif entah mana kami pun tak faham.

ps-tak mahu tahu fasal pornostar dan ultraman. mana cerita reaktor nuklear? hampas!

Saturday, March 12, 2011

Alquran itu mukjizat,..hati-hatilah saudaraku

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua reader yang sudi melawat blog aku yang sempoi ni.Malapetaka di Jepun (11/3/2011) adalah suatu ketetapan Tuhan : Dan telah di nyatakan di dalam Al-Quran












1. Tarikh yg berlaku adalah pada 11/3/2011 bersamaan 6 RabiulAkhir 1432 Hijah or 6/4/1432.
2. so dengan tahun 1432 di pecahkan 14 || 32.
3. Jawapanya Jujuz ke 14 Quran.
4. Dan bulan 4.

Rahsia angka tahun ini : Jujuz 14 Ayat Quran ke 4.

Rujuk di Quran.

1. Jujuz 14 bermula pada surah Al-Hijr, dan ayat ke 4 dari surah AL Hijir menyatakan

"Dan kami tidak membinasakan suatu negeri, melainkan sudah ada ketentuan yang tetap baginya".

2. Rahsia seterusnya yang menunjukkan Malapetaka ini akan berlaku di Jepun ialah dengan kedudukan Jepun dan Wilayah Seedai pada kedudukan geografi bg ( Jepun : Latitiude 36, Longtitude 138)

so dlm 1432, 14 dh di ketahui Jujuz Al Quran. maka yang di pecahkan 14 || 32 so di pecahkan lagi 3|2 ,so now secret no adalah 3.

di ambil pula lokasi latititude dan longitude.

3+6+1+3+8 = 21
so next 2+1 = 3
proved *. yg di maksudkan dengan no 3 adalah negara jepun.

Dan di dalam jepun juga terdapat banyak wilayah.. maka wilayah yang akan di turunkan malapetaka itu ? Wilayah Seedai pada kedudukan geografi Latitiude 38'15 dan Longtitude 140'53

maka 3+8+1+5+1+4+0+5+3 = 30
so next 3+0 = 3.
*proved wilayah yang tuhan maksudkan dgn angka 3 adalah Wilayah Seedai di Jepun.

3. Rahsia seterusnya dengan tarikh 6

masa yang di laporkan oleh Jabatan Meteorologi Rusia.. gempa bumi berlaku pada masa 1446 waktu Jepun..

so 1+4+4+6 =15
so next 1+5 = 6
*proved 6 membawa maksud masa yang akan berlaku.

4. Dah yang seterusnya 1432 apabila di pecahkan 14||32, kini di ambil pula angka 14 dan di pecahkan 1||4 , maka angka satu boleh di kelaskan sebagai permulaan hari. maksudnya di dalam Islam Jumaat adalah hari pertama dalam minggu itu. so angka satu memberi maksud malapetaka itu akan berlaku pada hari Jumaat.

5. Lihat.. betapa benarnya ayat al quran. segala yang di nyatakan tetap berlaku. walaupun suduh berabad kitab Quran di turunkan.

6. Walaupun zaman berubah sejauh mana sekalipun.. Al-Quran tetap bagi sepanjang zaman.

7. Di percayai banyak lagi rahsia yang masih tidak dapat di ketahui di dalam tarikh ini. namun sekadar ini pun telah membuatkan kita lihat dengan mata kita sendiri betapa mulia Al-Quran. dan segala yang di ungkapkan di dalamnya

8. WauAllahhu Allam.

Di persilakan untuk share. bg mengingati kite kembali tentang segala perkara yang terkandung di dalam Al-Quran adalah benar buat selamanya mahupun di dunia atau pun akhirat. Mohon pandangan orang bijak agamaa mengenai perkara ini. Subhanallah

Dah baca petikan di atas?......... aku tak mahu komen lebih, baiklah straight to the point ,..aku tak mahu mengkondem saudara yang menulis artikel ni,.aku sekadar mahu menyampaikan pandangan dari pihak diri aku.Bukan berdebat,tapi memberi pandangan.Aku ada beberapa persoalan bila aku baca artikel ni."BETUL ATAU SALAH ,mentafsir isi kandung alquran kitab suci umat islam sebegini rupa?" ."apa pandangan intelek,ulama yang ahli dalam bidang pentafsiran  alquran terhadap isu isu yang macam ni?".

Pernah aku terbaca dulu isu alquran dan fakta sains yang mana alquran tidak boleh senang senang dikaitkan dengan satu satu teori sains.Mengapa? ,sebab sains itu ilmu yang senantiasa berkembang dan ada ketidakpastian akan kesahihan kejadian denomena sains tersebut .Segalanya bergantung kepada teori yang telah diusul dan dicipta oleh ahli sains.Manalah tahu 10-20 tahun nanti fakta (yang  digunakan)tersebut berubah dan terbukti  salah setelah manusia berjaya membuat penemuan baru.

Ya, penulis ada meletakkan wallahualam di akhir artikel ,......tapi bagi aku tafsiran menggunakan kaedah numerologi dengan tambahlah campur ,darab bahagi dan sebagainya salah.Cuba fikir manalah tahu benda sebegini rupa akan digunakan untuk memberi hujah pada orang bukan islam ,pada orang islam yang 'kurang' ilmunya terhadap penafsiran alquran .(Aku ilmu agama pun tak tinggi sejujurnya) .Takut nanti misleading pemahaman merekka terhadap isi kandung alquran,kan salah tu saudara saudara semua.

Niat aku menulis artikel ini untuk menarik golongan yang faham akan alquran , sama sama educate mereka yang 'kurang' yang tidak faham akan inti pati mesej yang diturunkan kepada nabi agung muhammad s.a.w .Sama sama kita hati hati bila kita gunakan ayat ayat alquran,bila dicampur dengan kisah israiliyyat,kita terangkan yang cerita kita ceritakan itu israiliyyat jangan pula nanti mereka yang mendengar menyangka yang itulah isi penceritaan ayat alquran.

SEKIAN
moga memberi manfaat kepada kita semua :) 

Saturday, March 5, 2011

kapel vs dah kawen

Newly Married Malay Couple - Kangar, Perlis vs 
sorry folks ......lame sangat tak update blog aku ni.....disebabkan aku yang ter.....lalu bizi(aku raselah,padahal wasting time sebelum study untuk test) .Alright mateys! terus ke topic malas aku nak play words stail abang 'obefiend' haih aku bukan dia bakpe mnak plagiat stail orang ,.
so topic kita seperti yang tertera di atas sinun,

pro dan kontra nya banyak
-cube korang imaginasikan
MAK -"abang kau mane?"
ADIK-"abang gi hospital,..akak ipar nak bersalin "

MAK- " haa?! .akak dah nak bersalin!!!

MAK -"abang kau mane?"
ADIK-"gi hospital awek nak bersalin"
MAK- diam tak terkata 

MAK -"abang kau mane?"
ADIK-keluar ..balik ,bini dia call ada problem"
MAK- oh

MAK -"abang kau mane?"
ADIK-"keluar  jumpe awek dia ,katenye ade problem "
MAK- " sikit2 awek, mak dia ni yang jaga dari kecik nak campak mana?."..mak terus berleter ,laser baik punya.

PAKCIK A-"anak sape tu?"
PAKCIK  B-"itu kan anaknya si abas dengan bininya ,ala 3 bulan lepas baru kahwin.. ko x datang la tu walimah rumah si abas "

PAKCIK A-"anak sape tu?"
PAKCIK  B-"anak si abas ..dating ,.. ini kalau anak aku ..dah ku lesing ,..geram pulak aku tengok pegang2 macam tu."

Aku ni x nak la ceriata pro and cons of the topic secara formal ,..ade ayat quran dan hadis la bagai,..sebab topic ni sering sahaja diperkatakan  tak kiralah di alam siber mahupun di alam maya.Jadi aku gunakan pendekatan yang sedikit santai untuk tatapan pembaca semua ..aish skema la pulak.


Korang mesti boleh tangkap gist of the topic straight away :
- couple ni boleh mendatangkan fitnah ,
-couple ni merupakan salah satu jalan kemaksiatan,
-merupakan lorong mudah ke arah perzinaan yang keji
-tidak ada manfaat yang besar ke atas pelakunya..kalau difikirkan pastinya lebih senang pelaku aktiviti couple ini melakukan dosa daripada menjalankan aktiviti yang mendatang kan pahala,
   -iyela pegang..sikit,.....cuit sikit,      kan haram tu abang kakak oi,mungkin korang x setuju fasal ni pasu try rebut topic ini dengan "couple memebantu aku score sebab awek ku membantu dalam pembelajaran"


kahwin ni pulak
-merupakan satu pintu rezeki allah nak bagi
-jalan menghindari fitnah
-kan secara logik akalnya orang memang akan respect a married couple lebih dari unmarried apatah lagi kita yang hidup dalam negara islam.kita bukannye macam omputih belum kahwin bleh ade anak.
..banyak la manfaatnye korang bleh google sendiri
haa

p/s- aku belum rasa nak kahwin,so korang jangan komen bukan2  ,ni sekadar nasihat aku kat member2 yang couple tu,jangan belum sarung cincin kahwin korang dah buang baby dalam drain..nauzubillah