Saturday, October 30, 2010

Kisah Benar Zaman Kini Ramai Remaja Sudah Terlanjur, Adakah Ibubapa Mereka Sedar?






Apakah maksud remaja? Remaja adalah golongan berumur antara 13 tahun sehingga 21 tahun. Apakah maksud terlanjur? Apabila anda membaca artikel di bawah, anda akan mengetahui apakah maksud terlanjur .. Tidak kira samada anda sendiri pernah terlibat dengan perkara tersebut atau kawan2 anda pernah terjebak .. tetapi sekali anda terjebak, anda akan KETAGIH!


Mengapa hari ini saya menulis tentang terlanjur? Kerana kita dapat lihat hari ini, masalah sosial, pembuangan bayi, pergaulan tanpa batasan serta hawa nafsu semata semakin menular. Yang paling sedih, ia adalah di kalangan remaja Islam berbangsa Melayu! Kita juga boleh lihat, golongan remaja yang masih muda dan bersekolah lebih pandai dan 'advanced' tentang SEKS da perkara yang sewaktu dengannya! Adakah wajar institusi pendidikan membenarkan pendidikan seks di sekolah?


"I love u..", "I miss u..", "u I yg punya...", "kita da buat macam2...takkan awak tergamak tinggalkan saya...", "kita da ada tanda..." dan sebagainya....semua ni adalah antara ayat2 yang biasanya golongan bercinta selalu memperkatakannya..

TETAPI, apabila sampai statement oleh seorang perempuan, "siapa nak bertanggungjawab ni...?", si lelaki pula sanggup untuk bertanggungjawab...tetapi si perempuan pula tidak kisah memberikan tubuh kepada sesiapa yang dikehendakinya walaupun si lelaki ingin serius menjalinkan hubungan...

Siapakah lelaki dan perempuan itu yang boleh menghalalkan NIAT dan CARA? Mengapa mereka perlu bercinta dan niat bercinta adalah semata nafsu? Apa akan jadi kepada golongan ini dan keturunan ini pada masa akan datang.. Adakah mereka tahu mereka akan mendapat kesan sampingan apabila terlalu AKTIF memberikan tubuh dan kemaluan kepada orang yang berbeza? Di mana maruah mereka, bagaimana jika keluarga mereka dapat tahu? TETAPI, selalunya, golongan ini akan berfikiran pendek dan berkata "tidak mungkin mak ayah akan tahu, semuanya antara kita-kita saja".

Paling sedih adalah golongan ini tidak kira umur, latar belakang dan pekerjaan samada yang kaya, sederhana atau miskin. Mengapa semua ni orang luar nampak tapi buat-buat tak nampak? Apa sudah jadi kepada bangsa Islam di Malaysia? Tengok saja di Jalan Imbi, dan Bukit Bintang... Sebab itu wujudnya golongan yang boleh menjatuhkan masyarakat sebangsa seagama yang lain kerana mereka ini telah memanipulasi golongan lain yang masih dianggap tidak terjebak perkara tidak baik ini dan mereka ini telah mempunyai walaupun setitik tompok hitam dalam hati mereka. mereka tidak suka melihat orang lain senang sebagai contoh....ini kerana hidup mereka susah, miserable, stress, ada masalah...cara untuk mengatasinya adalah cuba melakukan penganiyaan, salah faham dan sebagainya...









Mari kita baca beberapa kisah benar bila sudah terlanjur...
Oleh FUAD HADINATA YAACOB dan SHAMRAN SARAHAN
metahad@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: Mengaibkan apabila semakin ramai remaja perempuan beragama Islam di negara ini kehilangan dara pada usia muda.

Lebih membimbangkan, segelintir mereka berbangga dengan status itu dan beranggapan remaja yang masih dara sebagai kelompok ketinggalan zaman.

Hasil temu bual Metro Ahad dengan sekumpulan remaja yang pernah terjerumus dalam pelbagai gejala sosial juga mendapati, ada remaja yang kini berusia 15 tahun memberitahu kali pertama mereka melakukan hubungan seks ketika berusia 10 tahun.

Ada juga yang mengaku seawal usia lapan tahun, mereka mula merokok, minum arak dan mengambil dadah jenis syabu.
MIRA, 15, dari Johor

“PERTAMA kali saya melakukan hubungan seks ketika di tahun 5. Pasangan saya ialah teman lelaki saya ketika itu. Masa itu saya tak tahu apa-apa tetapi ia berlaku sekali saja. Masuk tingkatan satu, saya lakukan sekali lagi bersama teman lelaki juga.

Sejak itu, seminggu dua atau tiga kali saya buat. Ketika tingkatan tiga, saya mula bertukar pasangan. Pernah saya buat dengan dua lelaki sekali gus.

Apabila sudah kerap, saya jadi ketagih. Jika dulu teman lelaki tolong puaskan tetapi bila dia tiada, saya cari orang lain, termasuk juga yang baru sehari kenal.

Rumah dan hotel antara tempat saya memuaskan nafsu dan seingat saya, pernah 20 lelaki menjadi pasangan saya pada satu masa. Bila ketagih, saya cari lelaki yang ada masa lapang. Jika tidak, saya ke bandar bersama rakan, cari lelaki yang boleh jadi mangsa.

Malah, saya buat jadual untuk aktiviti ini. Pagi ke sekolah dan petang saya lakukan aktiviti merosakkan ini. Sabtu dan Ahad saya khaskan untuk teman lelaki, manakala Selasa dan Rabu untuk lelaki lain. Khamis dan Jumaat pula dengan rakan dan ada juga dengan lelaki lain.

Cuma Isnin saya berehat di rumah kerana tidak mahu aktiviti saya diketahui keluarga. Kebanyakan pasangan saya berusia 20 tahun ke atas dan bekerja. Jika saya lakukan hubungan seks bersama rakan sekolah, pasti kegiatan saya mudah terbongkar.

Di kalangan kira-kira 20 kawan perempuan saya, saya percaya 17 sudah tiada dara. Ini satu kebanggaan buat kami.

Siapa yang masih ada dara akan kami kutuk dan pulaukan. Ada juga sebelum ini masih dara tetapi selepas dipengaruhi, mereka terjebak dan turut menggadaikan tubuh.

Bagi yang enggan lakukan seks, kami pulaukan dan hasut mereka melakukan seks dengan mana-mana lelaki. Saya berani kata situasi ini seperti satu trend di kalangan kami, malah sesiapa yang berkawan dengan mat rempit dipandang hebat.

Sikap cabar-mencabar ini menyebabkan ramai remaja rosak akhlak, tidak kira lelaki atau perempuan. Remaja lelaki juga ramai yang tiada teruna kerana mudah dapat ‘awek’ seperti saya.

Saya kini ketagih, malah sehari pernah buat sampai lima kali bersama lima lelaki berasingan. Kali terakhir sebelum PMR pada Oktober lalu dan kini saya masih cuba bertahan. Semuanya berpunca daripada pergaulan bebas saya bersama rakan.”
NANI, 16, dari Kuala Lumpur

“SAYA mula mengenali seks tahun lalu apabila menjadi mangsa kerakusan teman lelaki ketika saya tinggal bersamanya selama tiga hari selepas keluar rumah. Sejak itu, saya mula ketagih seks.

Apabila ketagih datang, saya melakukan onani untuk memuaskan diri sendiri, sama ada di tandas sekolah atau rumah. Ada ketika saya tak mampu tahan sehingga menawarkan diri kepada lelaki, tetapi bukan rakan sekolah.

Sekurang-kurangnya, sekali sehari saya melakukan seks. Ada lelaki yang saya kenal dua ke tiga minggu, terus saya ajak lakukan seks.

Malah pernah saya pelawa seorang lelaki bangsa lain yang saya baru kenal beberapa minit. Sukar untuk memuaskan ketagihan saya. Malah saya pernah melakukan seks bersama lima lelaki, namun masih tidak puas.

Apabila ketagih, saya hubungi mana-mana lelaki yang saya kenal dan ajak mereka lakukan seks. Biasanya rumah atau hotel murah menjadi lokasi pilihan saya untuk melampias nafsu. Pernah juga saya lakukan seks di tepi tasik pada waktu tengah hari kerana tidak mampu tahan gelora nafsu.

Saya cuba bertahan daripada melakukan perbuatan terkutuk ini, namun tidak mampu. Perkara ini masih berterusan dan kali terakhir saya melakukannya dua minggu lalu.”
ANIS, 15, dari Negeri Sembilan
“SAYA mula terbabit dengan rokok, arak dan dadah sejak darjah dua. Semuanya kerana pengaruh mat rempit. Melalui mereka juga, saya mula kenal syabu. Selain itu, saya kerap keluar bandar ikut mereka dan mengikuti perlumbaan haram. Selepas menang, kami minum arak beramai-ramai dan bila mabuk, kami melakukan seks.

Siang saya sekolah seperti biasa dan petang saya keluar. Saya pernah bekerja di kedai makan dengan gaji RM60 sehari. Duit ini saya beli syabu yang dibekalkan teman lelaki dan apabila sudah kena, saya tidak tidur dua ke tiga hari.

Pernah saya tidak tidur lebih sebulan angkara syabu. Dalam tempoh itu saya bekerja di kedai makan ini dari petang sampai jam 3 atau 4 pagi setiap hari. Dapat duit, saya ‘enjoy’ dan ‘make up’ (mencantikkan) motosikal.

Ramai rakan sebaya saya boleh dikatakan tiada dara. Bagi kami, dara tidak penting lagi, yang penting seronok dan gembira. Sesiapa yang ada dara akan diperlekehkan.”
SARAH, 15, dari Selangor

“TIADA istilah ‘suci’ atau masih dara di kalangan saya dan rakan. Malah, kami mengutuk rakan yang tiada teman lelaki dan masih dara. Apa salahnya kalau saya dan rakan mahu berseronok dan melakukan hubungan seks ketika masih muda?

Di sekolah sekitar Klang, saya sering melakukan hubungan seks bersama rakan lelaki, terutama di kalangan pelajar tingkatan empat dan lima. Pada mulanya saya tidak berani, tapi perasaan itu hilang semata-mata tidak mahu dikutuk rakan.

Saya anak sulung daripada empat adik beradik. Saya tidak suka dipanggil budak perawan di kalangan rakan.

Ketika di tingkatan dua, saya berkenalan dengan seorang pelajar lelaki tingkatan empat. Bersamanya, saya mula berjinak-jinak dengan seks. Saya kerap melihat video klip lucah dalam telefon bimbit rakan.

Kali pertama saya dan teman lelaki lakukan hubungan seks di sebuah stor di sekolah. Akibat ketagihan, kami kerap lakukan hingga di luar sekolah, sama ada di rumah atau hotel murah. Dalam pada itu, saya juga mula berasa bangga dan rakan pula tidak lagi boleh memperkecilkan saya.

Namun tanpa disedari, saya tersilap langkah terlanjur dengan teman lelaki. Selepas setahun berkenalan, saya disahkan mengandung. Kini saya bergelar ibu. Tidak sangka jadi begini, daripada seronok bertukar menjadi mimpi ngeri buat saya.”
NIZA, 16, dari Pahang

“SEBAGAI bukti cinta kepada kekasih, saya serahkan kesucian (dara) saya kepadanya. Kami menjalin hubungan sejak dua tahun lalu ketika di tingkatan dua dan kerap melakukan hubungan seks jika berpeluang bersama.

Kami terlanjur ketika baru saling mengenali selama dua hari. Ketika itu dia berusia 19 tahun dan bekerja. Mulanya memang saya takut melakukannya, tapi dia mendesak dan menyatakan dia sayangkan saya.

Akhirnya saya tewas dengan pujukan dan sanggup menyerahkan tubuh. Sejak itu saya mula seronok ketika bersamanya.

Apabila tamat waktu sekolah, dia datang ambil saya. Ketika itu, jika ada ruang dan peluang, kami melakukan hubungan seks, tidak kira di mana. Pernah kami lakukannya di kawasan ladang dan semak di kawasan kampung saya (perkampungan Felda sekitar Kuantan, Pahang).

Selepas lama bersama, saya disahkan mengandung pertengahan tahun ini. Saya tidak menyesal menyerahkan tubuh kepadanya, walaupun sekarang kami sudah lama tidak berhubung.”
Masyaallah...Anda sudah baca kisah-kisah di atas..Adakah ibubapa tahu anak-anak mereka samada lelaki atau perempuan membawa kawan-kawan bukan sejantina masuk ke rumah mereka? Adakah jiran tetangga atau jiran di kampung mengetahui kisah mereka yang bergelombang dengan maksiat? Adakah organisasi besar yang mempunyai ruang pejabat atau bilik lebih-lebih lagi yang jarang berpenghuni melakukan maksiat? Siapa yang akan memeriksa dan mengambil tahu tentang ini semua....Belum lagi perbuatan maksiat yang dilakukan percuma dikhalayak ramai tanpa rasa segan silu, yang dilakukan di hutan atau belukar, asalkan mereka dapat melepaskan nafsu??



Sebab itulah Allah turunkan bala pada seseorang, keluarga si pulan yang terlibat, reputasi organisasi kerana wujudnya perkara maksiat!! Nauzubillahiminzalik....
Bertaubatla sebelum terlambat dan sesungguhnya perkahwinan berlandaskan ZINA akan menghasilkan keturunan yang melakukan zina juga, dengan izin Allah...melainkan golongan ini telah bertaubat NASUHA! Memang tidak ada sesiapa yang sempurna di kalangan manusia, TETAPI janganlah mencari alasan untuk melakukan KESILAPAN yang diketahui hukumnya berDOSA BESAR...kerana KITA tidak tahu bila ajal akan menemui KITA..

Apa yang pasti, setiap kejadian mempunyai sebab dan hikmah..Mungkin Allah ingin memberikan petunjuk melalui pelbagai cara dan golongan yang pernah terjebak secara langsung atau tidak ini telah bertaubat. Apabila golongan ini telah berubah ke arah kebaikan selepas bertaubat, ini bermaksud Allah TELAH MENERIMA DOA dan Taubatnya...Hayatilah Surah Yasin Ayat 83: Maka Jadilah Ia sekiranya Allah berkata Jadilah Ia! Kita bukan TUHAN yang hanya mampu berdoa dan sentiasa memperbaiki diri ke arah kebaikan, insyaallah...













Thursday, October 28, 2010

petikan blog EpisodBaru: Keistimewaan Wanita Dalam Islam



Doa wanita itu lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasullah SAW akan hal tersebut, jawab baginda, “Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia.” 
  

1. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1000 lelaki yang soleh.

2. Barang siapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah. Dan orang yang takutkan Allah SWT akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

3. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasullah SAW) di dalam syurga.

4. Barang siapa membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya) maka pahalanya seperti melakukan amalan bersedekah.

5. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barang siapa yang menyukakan anak perempuannya seolah-olah dia telah memerdekakan anak Nabi Ismail.

6. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.

7. Barang siapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta sikap bertanggungjawab, maka baginya adalah syurga.

8. Apabila memanggil akan dirimu dua orang ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu terlebih dahulu.

9. Daripada Aisyah r.a “Barang siapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.

10. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutuplah pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pun pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

11. Wanita yang taat pada suaminya, maka semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga solat dan puasanya.

12. Aisyah r.a berkata, “Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita?” Jawab Rasullullah SAW “Suaminya.” “Siapa pula berhak terhadap lelaki?” Jawab Rasullah SAW, “Ibunya.”

13. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadan, memelihara kehormatannya serta kepada suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.

14. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah SWT memasukkan dia ke dalam syurga terlebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun)

15. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

16. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah SWT mencatatkan baginya pahala orang yang berjihd pada jalan Allah.

17. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

18. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu kebajikan.

19. Apabila semalaman seorang ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah SWT memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah SWT.

20. Rasulullah s.a.w menjelaskan betapa istimewanya nasib wanita yang hamil jika dia meninggal dalam masa hamilnya. Allah memberikan jaminan kepada yang bersangkutan mendapatkan syurga sebagaimana janji yang Allah berikan kepada kaum lelaki yang mati syhid di medan perang untuk membela agama Allah. Kedudukan yang demikian tinggi bagi wanita yang meninggal saat melahirkan menunjukkan betapa besar harkat yang Allah dan Rasul-Nya berikan kepada kaum wanita. 

Wallahu taa’la a’lam.

Alangkah bertuahnya anda yang bergelar wanita. Oleh itu banyakkan bersyukur dan bersabar dalam menghadapi liku-liku dalam kehidupan ini.

reviu medal of honor


setelah menghabiskan masa 5 hari (secara tidak berturut2 ,setengah jam je aku main tiap hari) ,aku berjaya menghabiskan game medal of honor , baru download terus main.Dan ini reviunya

Medal of Honor diangkat sebagai satu entri istmewa dari developer Electronic Arts dan hasil pemikiran kreatif steven spielberg, genre fps yang diorang keluarkan ni banyak dipengaruhi war movie macam saving private ryan ,enemy at the gates ,ala movie WW2 la nak pendekkan cerita.

Bermula dengan pihak allied dalam edisi edisi sebelum ini,EA games memutuskan untuk mencipta kelainan,dengan kerjasama bersama pasukan elit rahsia A.S dengan nama panggilan "tier 1" mereka telah develop storyline medal of honor berlatar belakangkan afghanistan .Jadi takj perlulah aku cerita siapa hero siapa musuh ,mestilah mujahideen musuh a.s hero kan ,.macam movie a.s jugakla.

O.K cukup pasal storyline ,dengan watak u.s marine,s.e.al dan ranger korang akan merasai rase perang di afghan dari kacamata askar a.s.
untuk jalan cerita aku bagi 6/10,yela kalau game a.s mesti diorang hero diorang je la betul diorang jela sengsara kat medan perang tu,orang afghanistan tu macam mane pulak?
dan gamenye pendek sangat bagi aku
a.i 5/10, kacang nak mampus berapa kali ntah head shot aku tak ingat,ade sistem buddy boost .sesuatu yang baru
grafik 6/10-diorang kena kerja lebih keras untuk environment lebih detail,kalau korang nak tau game ni ade dua graphic engine ,satu frostbite satu unreal,salah satu untuk gameplay dan salah satu untuk multiplayer
susah nak bezakan antara dua ,bagi aku game perang tak payah jadi eye candy, cut scene agak bosan could have been better,
"that will do " aku rase sesuai nak sum up effort e.a games,cmonlah we want quality .mungkin diorang rush mase nak develop.

secara keseluruhannya satu pembaharuan yang bagus ..aku masih menunggu hasil kerja E.A yang baru pastinya menarik.untuk korang yang mahukan cabaran..main online multiplayerla,manusia sentiasa lebih bijak dari komputer, sekian.

Monday, October 4, 2010

Antara Babi, Zina Dan Riba'

Antara Babi, Zina Dan Riba'

Masih ingat lagi ketika saya didalam darjah dua semasa bersekolah di Sibu, Sarawak. Setiap hari semasa rehat saya berserta rakan-rakan akan duduk bersama menikmati bekalan dari rumah. Terjadilah pada suatu hari seorang rakan bukan Islam membawa bekal nasi berserta lauk daging babi, maka mulalah riuh dikalangan kami yang si"polan" membawa daging babi. Akibatnya rakan itu tadi makan berseorangan sahaja kerana kami menjauhkan diri dari lauk daging babi yang dibawanya itu.

Semasa bekerja dengan unit penerbangan VIP di Malaysia dahulu, sebelum membawa pemerintah negara melawat ke luar negara, akan ada sekumpulan "pasukan peninjau" dari pelbagai jabatan melawat ketempat yang akan dilawati itu untuk memastikan lawatan pemerintah akan berlangsung dengan lancar. Selain dari jabatan kejuruteraan, jabatan operasi, jabatan keselamatan dan jabatan katering akan meninjau kemudahan-kemudahan yang terdapat disesuatu tempat itu. Antara tugas jabatan katering adalah untuk memastikan makanan yang akan disiapkan untuk VIP adalah dari sumber yang halal, malah tempat penyediaan makanan juga haruslah juga mendapat pengesahan sijil halal.

Didalam kehidupan masyarakat melayu kita, jika ada lelaki dan perempuan yang ditangkap kerana berzina atau berkhalwat maka mereka juga akan dicemuh. Ada kalanya pasangan tersebut terutamanya lelaki akan dibelasah oleh orang kampung. Masyarakat sekeliling akan sibuk mengata malah hingga ke tahap mengumpat tentang kejadian yang berlaku. Walaupun masyarakat Islam kita tidak mengamalkan hudud, mahkamah syariah akan mengenakan denda keatas pasangan tadi. Jika perkara yang sama berlaku kepada masyarakat agama lain, mereka juga akan dicemuh dan dihina oleh masyarakat setempat.

Saya sudah membangkitkan isu babi dan zina didalam artikel sebelum ini, apa pula kaitannya kali ini dengan riba?Dari kecil lagi pemikiran masyarakat kita sudah di"corak" atau di"acu" supaya menjauhi babi dan mencemuh mereka yang berkhalwat atau berzina. Begitu hebat bencikan babi ini hinggakan dari segala segi harus dijaga, dari menghampirinya, dagingnya, tempat masak hinggalah kepada bahan-bahan tambahan makanan (food additives) yang mesti juga tidak diperbuat dari unsur-unsur babi. Namun, kini boleh dikatakan hanya bab babi sahaja yang masih kekal kuat, bab zina atau mencemuh zina itu sendiri sudah semakin terhakis kerana rata-rata masyarakat kita jika tidak melakukan zina sekalipun, sudah menuju kearah zina itu sendiri dengan menghampirinya, berkat dari "kawalan minda" dari alat "hipnosis" atau pemukau terhebat iaitu TV, filem dan pelbagai lagi yang mem"fatwa"kan wajibnya bercinta sebelum kahwin, mesti ber"dating", ber"couple" dan berkasih-kasihan. Bagaimana hati seseorang manusia itu akan membenci zina jika dia sendiri melakukan atau hampir degan zina itu sendiri?

Berbanding babi dan zina, riba' pula suatu perkara biasa pada kebanyakan masyarakat kita. Baik beli kereta, rumah hinggalah kepada penggunaan kad kredit, isu riba' ini tidak begitu dipandang hebat oleh masyarakat kita berbanding babi dan zina. Kerana apa? Kerana dari kecil lagi kita sudah didedahkan dengan "kebaikan-kebaikan" riba' itu sendiri. Contohnya semasa kecil disebabkan oleh sistem riba'lah mak ayah boleh membeli TV dengan ansuran (berserta kadar faedahnya), jadi dapatlah kita menonton Ultraman, Power Rangers, Oshin dan sebagainya. Dengan riba' lah ayah membeli motor untuk ketempat kerja mencari rezeki. Itu dari perspektif keluarga, bagaimana dengan negara?

Dengan sistem riba' jugalah negara punyai bangunan pencakar langit, lebuhraya besar, lapangan terbang canggih dan pelbagai prasarana hebat yang lain. Segala aspek kehidupan masyarakat Malaysia khususnya dan masyarakat dunia amnya sudah "imun" dengan riba' itu sendiri, jadi bencikan riba' itu amat jarang terdapat didalam kamus kehidupan masyarakat berbanding babi dan zina. Mungkin juga perkataan riba' ini suatu yang baru kerana riba' sebelum ini berselindung disebalik nama bunga ataupun kadar faedah. Apa kata selepas ini sebelum membuat pinjaman, tanyalah kepada pegawai pinjaman, "Berapa kadar riba'nya Encik...? Apakah perasaan kita ketika itu? Bagaimana pula reaksi pegawai yang diajukan soalan itu agaknya?

Selain dari sikap jijiknya terhadap riba' itu tidak disemai dari kecil, riba' itu sendiri suatu yang tidak begitu jelas kelihatan seperti babi dan zina. Daging babi suatu yang boleh dilihat dan hasil dari penelidikan sains pula membuktikan daging babi itu mengandungi parasit atau cacing merbahaya. Zina pula akan menyebabkan perut siperempuan akan membuncit dan lelaki akan pening kepala jika mahu bertanggungjawab atau cara mudah lepas tangan. Tidak seperti riba', disebabkan kesannya agak halus dan tidak berapa terasa maka ia tidak dipandang serius. Contohnya membeli rumah 100 ribu selama 30 tahun, bayaran bulanan hanyalah dalam lingkungan 4-5 ratus sahaja sedangkan bayaran keseluruhan melebihi dua kali ganda harga asal rumah. Kesan bayaran bulanan yang kecil itu tidak dirasai sangat maka disebabkan oleh itu riba' diterima pakai oleh kebanyakan manusia. Ada pula yang berkata, "Tak apalah aku bayar lebih kepada bank, mereka nak bayar kos mengendalikan bank itu sendiri". Masalahnya bukan seorang dua sahaja yang mengambil pinjaman dan hidup didalam riba', malah boleh dikatakan hampir seluruh masyarakat dunia mengambil pinjaman maka wujudlah jenis perhambaan baru.

Cuma mereka yang patuh dan taat kepada perintah Allah sahaja yang akan menolak riba' sepenuhnya walau apa pun harga yang terpaksa dibayar. Teringat akan saya cerita Sheikh Imran Hosein semasa beliau mula-mula belajar di Pakistan. Nasihat pertama yang di beri oleh guru beliau adalah, apa sahaja yang diperintahkan oleh Allah dan Nabi, ikut sahaja, pemahaman akan datang kemudian. Akan tetapi disebabkan kita menolak perintah Allah dan Nabi dengan menerima riba', maka manusia menjadi mati akal memikirkan masalah yang melanda kehidupan mereka dan mula menuding jari pada insan-insan lain. Contohnya masalah ekonomi dunia yang kucar-kacir itu sendiri adalah kerana ianya adalah satu penipuan, ekonomi berlandaskan riba' itu sendiri yang menghancurkan umat manusia itu sendiri selari dengan firman Allah yang mana kerosakan dimuka bumi itu adalah dari usaha manusia itu sendiri. (Al-Rum 30:41)

Dari sistem ekonomi riba' inilah menyusulnya masalah sosial yang lain didalam masyarakat baik rasuah, pelacuran, penyakit berkaitan stress hinggalah kepada sikap dan perangai generasi muda zaman ini yang semakin kurang ajar. Bagaimana mereka boleh menjadi anak-anak yang baik jika panduan hidup mereka ketika membesar adalah dari orang gaji, dari TV, dari internet dan video games sedangkan ibubapa yang sepatutnya mencorakkan mereka. Ibu dan bapa sibuk bekerja untuk membayar hutang kereta dan hutang rumah selama 20-30 tahun yang mereka sangkakan kepunyaan mereka sedangkan kereta yang dipandu dan rumah yang didiami itu sebenarnya kepunyaan bank sehinggalah bayaran akhir dijelaskan. Manusia sebenarnya bekerja untuk bank selama 20-30 tahun, membayar 2-3 kali ganda dari harga asal yang dibeli.

Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda: Riba itu terbahagi kepada 70 jenis dan yang paling kecil sekali dosanya adalah umpama melakukan zina dengan ibu sendiri. (Ibn Majah, Baihaqi)

Abdullah Ibn Hanzala melapurkan bahawa Nabi SAW bersabda: Satu dirham hasil riba yang mana diterima oleh seseorang itu sedangkan dia mengetahuinya itu adalah riba', lebih teruk dari melakukan zina selama 36 kali. (Ahmad, Baihaqi)

Saya tidak pasti jika hadis diatas ini cukup kuat untuk mengajak manusia menjauhi riba'. Kesedaran harus diwujudkan dikalangan masyarakat kita baik Islam dan bukan Islam akan bahayanya riba' itu. Segala masalah ekonomi dan sosial yang melanda pada masa ini adalah dari pada sikap kita yang lena melayan sistem riba' itu sendiri. Bagi yang kaya dari hasil riba itu iaitu dengan melabur tanpa risiko ataupun risikonya diminimumkan dan mendapat "pulangan hanya dengan masa", mereka tentunya akan kekal lena kerana bagi mereka "syurga" itu sudah dikecapi didunia lagi, akan tetapi diakhirat kelak perut mereka akan dipenuhi dengan ular-ular seperti yang diceritakan oleh Nabi semasa beliau diangkat kelangit (Israk Mikraj). Moga hidayah dan "nur" dari Allah akan sampai kehati mereka sebelum mereka di"sembahyang"kan agar berhenti berbuat demikian. Bagi yang menjadi semakin miskin dari hari kehari, maka sudah tiba masanya untuk sedar dan bangun dari lena yang panjang ini, bersama berhenti menyokong sistem riba' itu baik dari menjadi hamba kepada sistem riba' itu sendiri dengan mengambil pinjaman ataupun menyokong pemimpin yang akur kepada sistem riba itu sendiri.

Saya mengaku yang saya juga telah terjebak didalam sistem riba itu sendiri akan tetapi apabila timbul kesedaran dan dengan seikhlas hati ingin berhenti dan berusaha menjauhi riba, kelihatan jalan kearah itu dipermudahkan oleh Allah. Saya mengajak rakan-rakan berusaha kearah menjauhi riba ini agar hidup kita didunia ini lebih diberkati, diredhai dan dipermudahkan oleh Allah dan bukan hidup dengan diperangi oleh Allah dan Nabi. Berusahalah lebih kepada menjadi "pemberi" kepada insan-insan lain kerana melalui riba' itu kita hanya menjadi "pengambil", mengambil hak orang lain secara tanpa disedari. Memberi bukan sekadar dalam bentuk wang ringgit, malah memberi dan menyampaikan ilmu dan sikap ringan tulang membantu sesama manusia itu juga yang disukai Allah dan akan dipermudahkan kehidupan kita olehNya, (Surah Al Lail 92:5-7). Moga kehidupan kita didunia ini menjadi aman, tenteram dan harmoni berkat dipermudahkan jalan oleh Allah untuk kita menjalani kehidupan, jadi siapa kata mencipta syurga didunia itu suatu yang mustahil? Tidak bagi mereka yang hatinya dekat dan patuh kepada Allah.


Baca selanjutnya: http://syurgadidunia.blogspot.com/2010/03/antara-babi-zina-dan-riba.html#ixzz11OC4v4KK