Anda minat filem indie ? jom tonton filem pendek grounded
Video pendek yang 'cool' dari Kevin Margo, berlatar kan kisah seorang angkasawan yang terkandas di sebuah planet asing
Tuesday, September 18, 2012
Monday, August 13, 2012
Rahmat Ramadhan dan Syawal ..jarang sekali di syukuri
Assalamualaikum semua pembaca , ramadhan kini di penghujung . Moga anda , saya , kita semua mendapat anugerah keampunan dan pembebasan dari azab siksa akhirat dan di limpah rahmat Nya . Sering kali .. bila tiba Ramadhan ,.. ramailah yang ingin menderma ,.. merai anak yatim ,..membantu yang susah ,.. ya , mungkin inilah namanya rahmat Ramadhan .
Namun , apa yang saya lihat .. perlunya satu anjakan paradigma dalam kita menjalankan kebaikan . Selama ini , kerja kebajikan dari tahap individu hinggalah NGO dan Badan Kerajaan "cergas" pada bulan ini . Kenapa tidak kita teruskan aktiviti ini "cergas " sebagaimana tika bulan Ramadhan .
Pelik , dan kadangkala kelakar .. bila sudah di hebah media barulah datang bantuan bantuan pada mereka yang memerlukan . Bila di aju soalan , rupanya sudah acap kali dia meminta bantuan pada yang berkenaan , namun sepi sahaja balasannya ,. bila datang media barulah mereka hulur tangan membantu ..bukan saya nak persoal akan cara kerja mereka ,..mungkin tidak kena protokol ,..mungkin juga birokrasi.. mungkin terlepas pandang .. apa pun. Kita bersangka baiklah .Sekurang kurangnya mereka ini di bantu .
Pada yang hanya mampu tersenyum bila tabung bantuan di hulur ... tanamlah cita cita ,.. menghulur apa yang termampu. Mahu kaya ?,.. sedekah .. perlu tunggu kaya baru nak sedekah ? tidak perlu .

Tamat Ramadhan , tibalah Syawal,indahnya bulan ini .. semua menghulur tangan memohon maaf. Parti politik apa ? tolak tepi Kaya .. miskin , golongan elit mahupun rakyat marhaen semua nya boleh bersama ,bertakbir , bertahmid memuji ilahi .Tiada rasa benci , mahupun dendam di pagi Syawal ,hanya syukur dapat nikmati aman di bumi tuhan .Syukur tidak di uji dengan kebuluran , bencana dan peperangan. Kenapa pada hari hari lain perlu kita di pisah dengan politik kepartian sempit ? status kaya dan miskin ? Warna kulit dan bahasa ?. Sedangkan persamaan kita semua cukup cantik ... pada agama .Islam itu meraikan semuanya , tiada yang terpinggir dan tersisih Tiap kali Syawal , pastinya saya berdoa agar suasana ini kekal , sepanjang tahun,.. selamanya . Cukup cukuplah berpolemik , bersengketa pada perkara kecik , pada perkara ranting sedangkan kita di uji dengan pelbagai perkara penting , namun sering saja pandangan kita terarah pada isu kecik yang tidak signifikan . Berlapang dadalah , pasti , itu lebih baik . Akhir kata , teruskanlah kebaikan yang anda lakukan di bulan Ramadhan . Kekalkan lah budaya meminta maaf dan memberi kemaafan , bukan hanya di buat tika Syawal nanti .

Thursday, August 9, 2012
Kini trending: IKLAN RAYA BERNAS ..manly tears
Video pendek yang cukup .. manly tears , buat aku rasa bersyukur allah bagi tubuh badan lengkap, sihat , tiada cacat ,.. dan yang paling aku bersyukur , masih di beri peluang peluk dan cium ibu bapa aku.tak perlu di hurai dengan kata, biar video ini bermain dengan emosi anda T_T.
Ada jugak yang dislike video ni , salah klik la tu. Sayangi ibu bapa , sayangi anak yatim .Selamat Hari Raya
FAKTA:KENTUT
Ya , bulan puasa , time menghadam lepas buka mesti ramai .. kentut kan? .
Jom baca fakta tentang kentut .LMFAO
Jom baca fakta tentang kentut .LMFAO
Browse more infographics.
Monday, August 6, 2012
menyisih semangat Ramadhan dengan perlahan,....
Salam Ramadhan kepada semua , semoga anda semua di limpahi dengan rahmat dan inayah dari Nya . Sungguh pemurah dan maha kaya Allah yang telah mengurniakan kita nikmat yang tidak terhitung dari saat kita bangun hinggalah kita tidur kembali . Dalam entri saya kali ini , saya ingin mengajak para pembaca semua , marilah kita semarakkan kembali semangat Ramadhan yang semakin malap.Penuhkan kembali masjid , surau , musolla ,.. sama sama kita berzikir , bertasbih dan bertahmid memuji kebesaran dan keagungan ilahi yang masih memberi kita kesempatan merasai nikmatnya Ramadhan .
Ramadhan mulianya bulan ini, tak perlu saya hurai panjang saudara , doa kita insya Allah di kabulkan , dan pahala setiap amal akan di gandakan , .. janganlah kita persiakan . Takut takut , tidak sempat jumpa lagi Ramadhan , hadiah dari tuhan pada hambanya . sungguh Ramadhan ini bukanlah bebanan , ia adalah satu latihan. Iya , manfaatnya luas, menyihatkan tubuh , mendidik jiwa agar kita menghargai orang yang susah . Tapi skop ibadat puasa itu sendiri rakan rakan , tidaklah hanya tertumpu pada mendidik agar dapat merasai deritanya orang susah , .. andai hanya begitu ruang lingkup ibadah ini , tentunya hanya di wajibkan pada mereka yang kaya ,..cukup segala galanya. Namun maha suci Allah , tuhan yang maha mengetahui ,Maha sempurna perancangannya , Dia mewajibkan puasa ini untuk semua orang islam . Agar dapat di didik , dapat kita merasai sekelumit ,.. "susahnya" ,.."deritanya" ...nanti ketika maut datang menjengah , .. betapa dahaganya seseorang tika di sapa sakaratulmaut,.berilah air sebanyak lautan pasti tidak akan hapus dahaganya . Betapa peritnya nanti di Mahsyar kelak , di mana matahari hanya sejengkal di kepala , dan semua orang gundah dalam hatinya kerana dosa .
Rakan rakan ,.. bila lagi kita nak hapuskan dosa,? mari sama sama kita didik jiwa , jika kita sanggup berhabis membaca , menelaah buku mengulangkaji pelajaran , memenuhkan tuntutan ilmu . Mengapa tidak kita penuhkan tuntutan rohani ?. Insya Allah , dekat kita pada tuhan . tuhan sayang , kita berjaya di dunia dan akhirat
Sekarang baru pertengahan Ramadhan , radio tempatan sudah mula membuai para pendengar dengan lagu lagu raya ,...bukan saya anti lagu raya , saya dengar juga .. saya nyanyikan juga lagu raya ... tapi terasa sedikit terpukul , bila melihat saf saf masjid mulanya penuh .Sekarang nak sampai 3 saf pun susah .
mulalah nanti , rakan rakan dan keluarga mula mengajak kita keluar shopping raya , .. ralitlah kita , kelesuan sebentar di hujung Ramadhan , yang mana malam malamnya di rahsiakan bilakah Lailatulqadar , malam agung lebih baik dari seribu bulan.Rajinkah kita solat malam.?
.
Andai gagah melangkah ke bazar ramadhan ,.. mengapa tidak kita gagahkan langkahkan kaki ke masjid ?
malu ,.. kita ke bazar boleh hulur RM50 , tak ada rasa terpaksa sedikit pon , anak anak yatim yang meminta bantuan dan derma kita cuma hulur RM5 ,.. malu .. kita ke shopping mall yang parkingnya RM2 sejam KITA BOLEH BAYAR UNTUK 3-4 JAM .Masjid yang percuma itu kita tak jengah pun.
Sama samalah kita analisa , ya saya juga seperti anda ,.. jiwa penuh karat kerana dosa .
Jiwa ini derita kerana dosa rakan rakan ,.. ingatlah.
Subscribe to:
Posts (Atom)