Monday, August 6, 2012

menyisih semangat Ramadhan dengan perlahan,....

Salam Ramadhan kepada semua , semoga anda semua di limpahi dengan rahmat dan inayah dari Nya . Sungguh pemurah dan maha kaya Allah yang telah mengurniakan kita nikmat yang tidak terhitung dari saat kita bangun hinggalah kita tidur kembali . Dalam entri saya kali ini , saya ingin mengajak para pembaca semua , marilah kita semarakkan kembali semangat Ramadhan yang semakin malap.Penuhkan kembali masjid , surau , musolla ,.. sama sama kita berzikir , bertasbih dan bertahmid memuji kebesaran dan keagungan ilahi yang masih memberi kita kesempatan merasai nikmatnya Ramadhan .




 Ramadhan mulianya bulan ini, tak perlu saya hurai panjang saudara , doa kita insya Allah di kabulkan , dan pahala setiap amal akan di gandakan , .. janganlah kita persiakan . Takut takut , tidak sempat jumpa lagi Ramadhan , hadiah dari tuhan pada hambanya . sungguh Ramadhan ini bukanlah bebanan , ia adalah satu latihan. Iya , manfaatnya luas, menyihatkan tubuh , mendidik jiwa agar kita menghargai orang yang susah . Tapi skop ibadat puasa itu sendiri rakan rakan , tidaklah hanya tertumpu pada mendidik agar dapat merasai deritanya orang susah , .. andai hanya begitu ruang lingkup ibadah ini , tentunya hanya di wajibkan pada mereka yang kaya ,..cukup segala galanya. Namun maha suci Allah , tuhan yang maha mengetahui ,Maha sempurna perancangannya , Dia mewajibkan puasa ini untuk semua orang islam . Agar dapat di didik , dapat kita merasai sekelumit ,.. "susahnya" ,.."deritanya" ...nanti ketika maut datang menjengah , .. betapa dahaganya seseorang tika di sapa sakaratulmaut,.berilah air sebanyak lautan pasti tidak akan hapus dahaganya . Betapa peritnya nanti di Mahsyar kelak , di mana matahari hanya sejengkal di kepala , dan semua orang gundah dalam hatinya kerana dosa . 



Rakan rakan ,.. bila lagi kita nak hapuskan dosa,? mari sama sama kita didik jiwa , jika kita sanggup berhabis membaca , menelaah buku mengulangkaji pelajaran , memenuhkan tuntutan ilmu . Mengapa tidak kita penuhkan tuntutan rohani ?. Insya Allah , dekat kita pada tuhan . tuhan sayang , kita berjaya di dunia dan akhirat

  



 Sekarang baru pertengahan Ramadhan , radio tempatan sudah mula membuai para pendengar dengan lagu lagu raya ,...bukan saya anti lagu raya , saya dengar juga .. saya nyanyikan juga lagu raya ... tapi terasa sedikit terpukul , bila melihat saf saf masjid mulanya penuh .Sekarang nak sampai 3 saf pun susah . 


mulalah nanti , rakan rakan dan keluarga mula mengajak kita keluar shopping raya , .. ralitlah kita , kelesuan sebentar di hujung Ramadhan , yang mana malam malamnya di rahsiakan bilakah Lailatulqadar , malam agung lebih baik dari seribu bulan.Rajinkah kita solat malam.?

 .

Andai gagah melangkah ke bazar ramadhan ,.. mengapa tidak kita gagahkan langkahkan kaki ke masjid ?
malu ,.. kita ke bazar boleh hulur RM50 , tak ada rasa terpaksa sedikit  pon , anak anak yatim yang meminta bantuan dan derma kita cuma hulur RM5 ,.. malu .. kita ke shopping mall yang parkingnya RM2 sejam KITA BOLEH BAYAR UNTUK 3-4 JAM .Masjid yang percuma itu kita tak jengah pun.

Sama samalah kita analisa , ya saya juga seperti anda ,.. jiwa penuh karat kerana dosa .
Jiwa ini derita kerana dosa rakan rakan ,.. ingatlah.

No comments:

Post a Comment