Wednesday, December 18, 2013

Lupakan politik. Tinggalkan UMNO,PAS dan PKR. anda boleh maju sebenarnya.

Politik. politik. Di malaysia segalanya berkisar tentang politik. Dari Pak Rahim yang mengharapkan subsidi baja, Ah Meng yang meruncit dan Bala yang berkerja sebagai buruh di kampung. Hinggalah ,Azim yang kerjanya peguam, Shawn Lim Tat yang kerjanya jurutera dan Prakash yang kerjanya doktor. Setiap rakyat yang usianya sudah boleh mengundi. Pasti akan terlibat dengan politik, atau ambil tahu isu politik. Paling tidak sekali sekala ambil tahu, belek surat khabar atau melayari internet.


Pastinya, anda kenal figura figura ini. Tak perlulah saya tulis siapa mereka.

      

     




Merekalah yang kalian undi, yang mewarnai pentas politik. Ada kelakar , ada sedih, ada yang bagus  , ada yang tidak. Apa pun. Inilah barisan yang memimpin negara ini. Persoalannya apakah kita maju kehadapan atau terus mundur kebelakang ?. Apakah wawasan 2020 itu masih matlamat kita. Atau cuma angan lapuk?





pastinya Tun Mahathir kecewa. andai legasinya di persiakan.






Tak perlu saya tulis. Harga barang semua naik. Faham fahamlah sendiri. Cukup mencabar bila apa yang kita dapat setiap bulan. Tidak cukup untuk menyerap kenaikan. Andai dulu RM 50 itu cukup besar untuk sebuah keluarga. Tapi sekarang tidak lagi. Kalau dulu ada yang berkereta. Ingin berjimat mereka naik motorsikal. Kenderaan Awam? Prestasinya cukup mengecewakan,namun saya positif rakan saya di Gamuda dan SCOMI boleh membantu, membina prasarana untuk rakyat.



menggusarkan minda saya bila memikirkan hakikat ni. Negara ini kaya ,namun rakyatnya miskin.










Kalau ikut GDP , negara ini tangga 67. Singapura. 13.



Cukup menghairankan bila negara yang tidak ada hasil bumi mampu duduk di atas.

Apa yuang boleh kita belajar dari mereka ? Mereka ada sumber modal insan yang berdaya maju. Mereka bangsa pencipta. Menginovasi , merekacipta, memudahkan kehidupan. Sementara kita masih sinonim dengan bangsa pengguna, konsumer, pembeli. Oleh sebab itu , untuk memacu inovasi negara tertubuhnya Yayasan Inovasi negara. Namun, janganlah cakap berdengar dengar keluar istilah jargon yang pakcik di kampung tidak faham.

"BR1M kan ado"


Sinikal. Cina sudah ke Bulan, Angkasawan kita jadi model. 

Embedded image permalink


Cina sudah ke bulan, Kita masih mimpi



 Yang sering menjadi persoalan di minda adalah soal perlaksanaan , saban tahun projek dan inisiatif kerajaan di umum , lalu dilaksanakan oleh pihak yang di amanahkan. Namun , ada ketikanya hasilnya cukup mengecewakan. Kerana , ongkos yang di keluarkan adalah dari duit rakyat itu sendiri.


Kita masih ada mentaliti mengharapkan subsidi dan projek dari kerajaan. Masalahnya di negara ini pendekatan 'top - down' cukup lambat. Ada saja kerenahnya. Ada saja kuotanya . Terus saja kita menunggu tindakan dari orang atas. Dipandang sepi , di pandang sepi. Lambat.

Kita bersuara di tuduhnya kita menentang.

Apa salahnya kita berinisiatif sendiri?  Keluarkan diri dari kepompong pengharapan dan kebergantungan pada kerajaan . Baik UMNO ,PAS , mahupun PKR. Buat apa kita bertepuk tampar dan berpolemik tak sudah sudah? . Tinggalkan semua kekalutan politik yang menyesakkan kepala. Teruskan langkah dan usaha anda. Tambah ilmu,. manfaatkan diri anda. Cukup cukuplah berpolitik. 


Gunakan bottom up approach. Kita ajar di atas , cara melakukan sesuatu perkara,mungkin anak melayu perlu belajar dari imigran seperti bangla , indon dan nepal. Mereka berani keluar tinggalkan keluarga dan negara. Mencari rezeki mencari ilmu.  Menimba pengalaman. Biarpun di tenung lain macam mereka ini. Mereka tetap bekerja. 

Semua mahal kita tukar negara.

Tak selesaikan masalah,kita tukar menteri

Tak mahu elaun di potong. Tak payahlah kamu jadi menteri.

Semua perlu pada perubahan untuk maju. Apakah anak muda kita bakal mengambil kerja bangla dan indon di kala ekonomi semakin mencabar?
Apa bro , boleh kau kerja macam bangla tu?
Ya, pasti ramai sudah 'muak' dengan isu yang di utarakan. Kita mengharap perubahan. namun tidak berlaku. Mungkin kerana kita yang tidak mahu berubah.

Sudah tiba masanya negara ini maju. tapi tidak terlalu mengikut selera politik. Kau sokong maka majulah,. kau tak sokong . Lantak engkaulah.

Zaman itu sudah berakhir.





Saturday, February 16, 2013

Reflections- 23 years old, 8 month and 300 days

Good afternoon everyone. It has been a roller coaster ride of emotions. Ups and downs of life that are surely exhausting. Now, readers. I need to remind all of you, if you going to comment please make it a constructive, positive comment.

Because i am sensitive (hahah,gedik)

I was born into this world on April 24th 1989.That day mark the beginning of a man named Nuzul Fikrie Bin Salam. Born prematurely , i was putted into an incubator, cared and nursed by the hospital staff of HTAR for about 5 months if i am not mistaken. (after a visit to o&g ward , i've developed a profound respect towards medical staff, because their job is hard).

Phase 1 ( childhood)
Probably the most exciting part of my lifetime. I climbed up trees, killed a snake, almost got killed by a snake , chased a cow, being chased by a cow, almost got killed by a car, played konda kondi, played with cow and goat dung (dirty i know) ,.. a naughty kid with a good upbringing, I can describe myself as a spoiled brat.Thanks to my family.

I developed a small circle of friends , Rozai , Haqeem, Najib , Ali .. these guys colored my childhood. (Thanks guys, you're awesome). Thunder buddies for life. haha

I befriend with them from the age of 7 to 13, and then somehow, lost contact. Maybe i should establish back contact. (jot down)


(Phase  2 - Asrama, asmara? )
I got 4A and 1 B (B in Bahasa Melayu. don't ask, the results of bahasa melayu examination don't really reflect my true command in bahasa) ,jayyid jiddan in PSRA. With the help of certain individuals i was able to enter S.A.M Bestari JAIS. This is where i began to form most of my quality.

Thank you to all teachers and friends, saya jadi orang hari ini.

Most of my years, i've spent learning bout agama,PMR ,SMA and SPM. yawning in the classroom .I was lazy , half asleep most of the time and it reflects in my examinations results . ambik kau bersepai

I never good in sports, played soccer, never a good dribbler , never a good attacker or defender. A natural kaki bangku. I believe god bequeathed me with a talent in other field that i have not yet discover. But I do enjoy playing soccer, most of the lads would curse at me for my piss poor judgement and control.as i said before, natural kaki bangku.

But still, I dreamed of emulating Xavi of barca'.

5 years had passed with joy and sadness , I sweat, I swear, I screamed ,I cried, . I smiled, I played ,I learned and then.it is the end.

Thank you to Luqman,Afiq Muiz, Firdaus Omar, Firdaus Shafie, Shafiq Shamsuri , Hidayat, all men and women that shared with me memories, i can't thank you enough. It was awesome. I wish i could turn back times.

SPM. Got the result.I went to matriculation in Johor

a brief stint with the guys from f45 , you guys awesome, i learned a lot.

This part a bit funny, I fell in love for the first time , heart broken , kejap. stupid silly me.

phase 3 - University life. love- hate relationship

I went to UiTM - This where my persona got a bit darker.

I enrolled into electrical engineering course, dreaming of emulating the likes of Bill Gates, Steve Jobs , Newton and Elon Musk. I made friends with people from all walks of life , ada dari kedah, ada dari sabah, ada datang nun dari perlis ,ada dari kelate, hok maghi dari ganu.

They are all awesome human being that made me awesome in my own way.

Educationally wise, never was a brilliant student, I got the gist, but I was lazy , I seldom scored.
looking back at the pages of my life, i wish i had done better, oh well. move on lah mate.

Played a lot, became silly and stupid. AIYAH ,pointer bersepai.

I had accidents, making me nervous everytime i sat behind the wheels. Mind full of flashes of accidents.and death,. i practically hypnotize myself whenever i try to drive. Funny I know,. but it is true,I felt bit handicapped as a man. Lesen gantung kat leher je la.

there's one times dad forced me to drive. I slowly easing back into the driver's seat.and i drove the car safely .phew. but to this day, the phobia still there.

- love life. it was stupid -
love made men do stupid things, indeed.
I fell in love again, become stupid again, but i just can't establish a frggin relationship. "perempuan gila je nak kat kau ni.nuzul".

"kalau jodoh tak payah di kejar". she said
"kau kata kau sayang aku, bukan sayang namanya ni ",she said
maybe it is true. to some point.

so from that moment on. I stay away from women. I don't play with their heart, i'd be respectful no matter who they are.what they do.

i wander and roam this world alone most of the time. God knows what best for  me. =)


Graduation - job prospect? - nada

i am jobless. i went to interview a lot. but still cannot score a job. patiently i wait. I work myself out of this bind, cuz i believe in god 's words. with hardship there will be blessings. Ask for god's help with sabr and solah.

Maybe this is His way of saying "you did not work hard enough boy. you did not work smart enough boy.You did not pray often enough boy.You forgotten my words boy.Have faith in me boy".

I was down in the gutter literally.Broken and sad. Dejected.

and now
 I am piecing myself back together
I am climbing out of this obscurity, finding a place in the community. I want contribute, as long as god's allows me.

I believe in His plan. love, heals me.love put me back on track.Pray for me

thank you to all my friends, .. you guys have a special place in my heart and in my mind.

Tuesday, December 25, 2012

Liberalisme :Api dalam sekam



Hak bersuara dan menyatakan pendapat, .hak untuk bebas  melakukan apa yang di kehendaki merupakan hak manusia yang tidak boleh di nafikan . Namun begitu, sejak akhir akhir ini golongan yang duduk di bawah panji liberal telah menganggu gugat agama islam . Agama rasmi bagi Malaysia , agama bagi  23 % penduduk di muka bumi  yang berjumlah 6,973,738,433, bukan satu jumlah yang kecil . 

Apa itu liberal ?

Mereka menggelar diri mereka golongan yang memperjuang hak asasi orang perseorangan , dalam menyuarakan hak mereka , pendapat mereka . Datang mereka secara halus , meresap masuk ke dalam minda dan meracun secara perlahan . Punca utama keterpesongan akidah dan kepercayaan umat masa kini. Golongan ini mula menonjol pasca tragedi 11 September yang mencetus konflik di timur tengah meragut ribuan nyawa manusia tak bersalah. 

Liberal , lebih dari sekadar satu ideologi ,ia perang saraf.


Premis mereka , liberal dan tidak terikat pada mana mana hukum dan agama , tidak duduk di bawah mana mana autoriti . Free thinking society , cara fikir inilah yang akhirnya membentuk cara fikir yang menolak agama dan kehidupan bertuhan pada Allah , golongan yang menolak adanya tuhan , atheis . 

Berbeza dengan kita , muslim yang mana hidupnya patuh dengan lunas undang undang syariah yang menjadi neraca pertimbangan bagi setiap hukum dan tindakan , puak liberal menggunakan tafsir akal  dan penetapan logik semata mata dalam penentuan hukum , malah mereka meletakkan hukum akal itu darjatnya lebih tinggi dari wahyu itu sendiri . 

Apakah senjata ampuh mereka dalam melawan dan menentang islam? .



"hak asasi , hak bersuara, hak untuk hidup". Golongan ini akan menampilkan diri mereka sebagai wira memperjuang hak asasi manusia yang 'tertindas' .Contoh terdekat bagi isu yang sering di mainkan adalah LGBT , Irshad Manji dan yang paling baru gerakan Syiah . Bukan saya menafikan hak mana mana individu untuk hidup ,.. tapi adanya tindakan mereka ini canggung , luar dari    takrif 'normal ' bagi kita  . Malah mereka (liberal) akan berusaha menggambarkan golongan berautoriti agama, yang mengawal tadbir hal ehwal agama dalam pihak yang salah, pihak yang sengaja mencabul hak asasi golongan yang teraniaya ini


Mereka ini mengajak kita berfikir dan menfasir semula islam. Tidak lain hanya untuk memesongkan dan meyesatkan . Mereka menafsir  ayat alquran dan hadis nabi, tanpa ada rujukan pada sumber yang sahih , mereka cuma guna akal fikiran yang berlandaskan nafsu semata. Sudahlah akidah dan pegangan umat akhir zaman ini rapuh ., muncul pula golongan yang datang dan menimbulkan kekeliruan mengenai akidah, penafsiran dan perlaksanaan hukum dalam kalangan umat islam .Mungkin inilah apa yang di beritahu oleh Rasul kita Muhammad S.A.W mengenai fitnah di akhir zaman . 



Satu contoh yang boleh saya beri 


jika diteliti kenyataan-kenyataan mereka khususnya Islamic Renaissance Front (IRF) terhadap isu-isu berkenaan, mereka sering memetik dan menterjemahkan ayat 256 daripada Surah al-Baqarah yang bermaksud, “Tiada paksaan dalam urusan agama,” dan menggunakan ayat ini bagi menyokong slogan “freedom of speech” iaitu kebebasan suara. Sedangkan ayat ini sebenarnya bermaksud, “Tiada paksaan dalam menganut agama Islam”,  dan ayat ini ditujukan kepada golongan bukan Islam yang mana mereka tidak boleh dipaksa untuk menganut agama Islam. Bagi penganut Islam pula, setelah menganut agama Islam, mereka perlulah mengikuti dan mentaati perintah arahan yang telah ditetapkan oleh Allah s.w.t dan terikat kepada peraturan dan undang-undang Islam. 




Irshad Manji , seorang aktivis yang punya fikrah melawan arus menjadi tumpuan media perdana  dan alternatif apabila bukunya yang bertajuk Allah, Liberty and Love: The Courage to Reconcile Faith and Freedom telah di haramkan oleh JAKIM. Tulisannya banyak menyentuh hak asasi wanita , yang  katanya di tindas , dan hak untuk golongan homoseksual (umum mengetahui Irshad Manji seorang muslim kelahiran uganda yang juga seorang lesbian) memenuhi 'fitrah' mereka sebagai golongan homoseksual . Malah dia juga berhujah dalam bukunya dengan menyatakan bahawa " telah di sebut di dalam alquran bahawa setiap ciptaanNya adalah cantik dan sempurna mengapa perlu ada diskriminasi terhadap golongan homoseksual " .Irshad juga turut menyatakan yang dirinya seorang muslim yang liberal dan moderat.  

Selepas Irshad Manji , kita ada Ludovic Mohamed Zahed , seorang Gay yang mahu membuka pusat ibadat yang meraikan pelbagai agama di Perancis . Sama seperti Irshad Manji dia mengajak yang lain meraikan pluralisme agama.


Pada hemat saya. Tindakan Jabatan agama mengharamkan penerbitan dan pengedaran buku Irshad merupakan satu tindakan yang tepat. Rasional tindakan ini adalah realiti  semasa umat islam di negara ini yang punya aras faham agama yang berbeza , jika buku itu di biarkan penjualannya ia akan menimbulkan kecelaruan yang boleh menimbulkan konflik. 


Islam Moderat Fundamentalis .Radikal dan Ekstremis . 


sIla tonton video ini . 




satu laporan  telah di buat oleh badan antarabangsa RAND yang menggunakan pendekatan yang telah di gunakan semasa perang dingin Rusia -A.S untuk membentuk satu 'roadmap' membina Muslim Moderat acuan barat. Dengan menggunakan segala perbezaan baik dari segi etnik , bahasa , mahupun mazhab yang di gunakan sebagai rujukan , mereka telah mengkelaskan komuniti muslim ini kepada kumpulan kumpulan yang di gelar  Fundamentalis , Moderat  , Ektremis dan Radikal . Mereka berusaha untuk menghalang kewujudan solidariti sesama muslim sedunia . Anda boleh baca sendiri laporan dalam pautan pada vido itu di YouTube, baca dan nilaikan nnya sendiri .

Liberal ini cukup bahaya , tambah bahaya bila ia masuk melalui masyarakat menggunakan lidah individu yang berpengaruh mampu meracun minda masyarakat muslim dengan pantas. Saya mengajak anda semua menjaga rakan taulan kita dari terpengaruh ke dalam ideologi yang cukup bahaya ini .


Bacaan lanjut
1. Golongan Liberal di Malaysia
2.Liberalisme agen perosak bangsa
3.Sinar harian :Haram buku Irshad Manji keputusan terbaik Jakim

Thursday, December 20, 2012

Fandom : kisah di sebalik kipas-susah-mati.Habis aku kena bash dengan Kpoppers :P

Ya. lama dah aku tk menaip dalam blog aku yang serba cerca marba. Ada fakta sains, ada karut marut , ade politik . Mastika pon tak macam ni. hahahaha. Hari ni , aku nak bercerita tentang fandom. Bukan sodom wei, fandom . Fandom kata gabung dari perkataan inggeris fan . bererti peminat dan kingdom dan freedom yang merujuk kepada satu sub-budaya yang dah diwujudkan oleh komuniti peminat .

*menggeliat . uh sakit pundak aku salah tidur.

Mari, bincangkan satu topik yang sekarang sedang hangat...dalam negara kita malaysia. K-pop., yang mana secara peribadinya aku beranggapan yang ianya tak lebih dari satu genre (sebut jahn-ree) muzik/seni yang menggabungkan muzik pop+tekno dengan tarian yang di perkenal di 'jual' di promosi secara agresif  ke seluruh dunia. Terima kasih kepada ledakan maklmat hasil kemajuan teknologi manusia zaman ni. Kawan aku , Azuwam , Bukhari dan Aiman boleh tengok episod terbaru Running Man . Adik aku boleh dengar lagu Big Bang dan Girls Generation boleh datang Malaysia buat Alzen Zain dan Pok Cik teruja.  K-pop secara tak langsung mencorak budaya fikir , corak perilaku, wujud fandom , budaya 'perasan' di tanah melayu.Ramai gadis , jejaka , abang adik dress up macam orang korea. Pakai baju , seluar ketat, rambut buat hair-do macam artis korea,Kalau lelaki panggil oppa.  Kalau perempuan habis wallpaper, screensaver pc, ke laptop ke handphone ke semua artis korea pujaan. Lepas tu kat laman sosial siap tukar nama lagi , nama Nadhirah tukar jadi Nana Kim Ju. Nama Johan dari Jo Youn Ha . Lagu biarpun tak faham , hafal ,.. , bukan sekadar lagu , gerak tari pun di ikut , biarpun penuh gaya erotis , tayang pinggul , peha , dada .Ah apa kisah , aku minat.



Ya, dek kerana hebatnya promosi dari industri muzik /hiburan korea , mereka dah sedikit sebanyak memberi kesan pada generasi remaja sekarang , habis semua di ikutnya .Begitu juga dengan artis , kerja mudah , buat apa yang orang sekarang minat, K pop. Lagu kita mesti ada rentak K pop , pakaian pun kita ikut. (Habis hilang originaliti  karya , dah semua pakai ceduk je ), bukan sekadar muzik , malahan idea untuk drama pun kita ikut. We shaped our identity subconsciously according to the plastic example by the Korean. Although the reality is a far cry on what e heard from the radio ,saw on the tv and read in the internet. Kita jadi korea celup , versi palsu yang di papar industri hiburan Korea.


Apa yang pasti , kebanjiran hasil karya dan karyawan perlu di kawal , ada budaya tak sihat , kita control , dah habis tu takkan nak biar anak -muda pakai menjolok mata. ? joget entah apa apa? . Artis kita pun makin susah nak cari makan. Organizer senang je , call ejen yang boleh bawa nama nama besar , buat event di Malaysia .Habis tu Aizat, Amir Jahari dan Faizal Tahir ke mana? takkan mereka dah busking di jalanan baru nak di bantu.?


"Bro, biaq pi la depa nak minat pa pun" .

"Sik salah dia mau minat apa pun. "

Tak salah minat, pada padalah .  Let's wind back the clock , 5-6 years back , before Kpop ,before Rain .Before Girls Generation . We got J-rock and J-pop , hasil dari dasar pandang ke Timur. (Ok ini gurauan).Zaman yang mana orang  malaysia (baca melayu ) 'tiru' orang jepun , cakap ada campu campur bahasa kepun sikit, Hafal lagu jepun biarpun habuk tak faham apa . Situasinya sama macm K-pop sekarang. Bila dah basi ,orang minta benda lain pula. Begitulah manusia.

Dulu minat Rock , seluar ketat baju sendat rambut panjang. lama sikit ada pengaruh dari Jepun dan sekarang Korea.

Timbul satu persoalan kat sini. If the Koreans and Japan can showcase their talent and somehow influence others to copy them. Takkan melayu tak boleh? . Oh wait . we have Shila Amzah. Girl with a golden voice .



Dan sekarang , pahit yang perlu di terima semua insan yang bergelar peminat, biarpun hari hari dok zikir nama atis yang kau dok puja tu. Beli CD , beli merchandise. Artis tu tak kenal kita pon , ..tak boleh interact. Kalau dia balas komen kat F B , balas tweet, kemain suka. Tapi kita cuma salah serang dari jutaan peminat. Want my advice?, yes you can be a fan , but there must be a limit ,.parah juga orang terlebih kipas-susah-mati ni , mau tahi yang di jual jadi merchandise pon dia beli. Dah la perangai pelik dok meratib pasal fakta artis yang dia suka. Aku pn menyampah describe perilaku insan sebegini lupa.

Ok, aku nak sambung blaja coding .Kbye.


Tuesday, December 4, 2012

Geek:Your password,Is it secure......enough?

Password, the only thing that protect the curious eyes from your private archive of information and media . Be it , your bank statements, mediocre exam results or some unsavory pictures and explicit videos that you foolishly made with your missus .All of it secured by the ever so reliable man made system.

And with all due respect to engineers and experts that design and develop such system, all system can be hacked, all system possess its vulnerabilities.

Bang hard enough and it will eventually break open.

Right , before I elaborated on the system by mistake , let me drag you back to the topic that we actually discussing, on the word password.

We use it on a daily basis , and as far as the history recorded password is as old as civilization itself. We human used password even before the first ever computer were invented . During the world war II in the pacific theatre of war, the Allies used watchword that is hard for the Japanese to pronounce , 400  B.C ,Demosthenes crippled the Greeks by imposing as their allies.At night as the forces of the Syracuseans led by Demosthenes were scattered across the battlefield and to recognize friend from foe they developed a method of using watchword.They created a watchword and pass it along their ranks,taking advantage to the confusion among the Greeks forces the Syracuseans posed as their allies and from there they kill the Greeks.Come morning , the Syracuseans calvary arrives and wipe away remaining Greeks forces.Sorry for the lengthy explanation.

Facebook, twitter and Myspace are not just a massive archive of saucy gossips , pictures of hot girls and cute kittens it is also a vault full of sensitive information.To the untrained eye a simple post on Facebook wall means nothing, for the expert and hackers on the other hand it contain information that they can work on in hacking your password.

How can you gain access to your dream girl facebook account you asked?
Use her email,as simple as that , all of our account from facebook to twitter link back to our email. A simple request for password reset and it will be the end. A good thing that some  of the website actually came up with a challenge of select question that is related to the owner of the account before resetting the password. Such as "what is the name of your pet ?",google however makes things easy, a search with the correct keyword and it is done.

For a good 5 minutes a Hacker can access your emails , 20 minutes later he'll be on your eBay and Paypal. A word to the wise , NEVER use the same password to every single account that you have.Remember no matter how unique or lengthy your password is , your account can still be hack. Armed with keyloggers and sniffers these group of hackers can easily obtain your information over ,say, an unsecured Wifi network.


Dude my password is secure enough .

Ah, one might argue  that his password is secure,pal that only works during the formative yeasr of the internet. Today , we all are hyper connected , our phones, our PC, our gaming console every single thing that can access the net are open to the risk of being hacked.

Yeah, what's the proof ? I need it

Simple , just google free account of any filehosters and you'll stumbled upon myriads of choices of passwords leaks and dumps .To make things a lot worse not just file hosters, porn too.I hope you guys think twice when you decided to share your facebook login password with the missus.
 Me , Joe fikrie ,signing off with a bang!catch you guys later


Thursday, November 29, 2012

Musings ,..UiTM :Bittersweet 4 years

Four years in UiTM and I have to leave it. It's been a roller coaster ride , full of ups and downs with the occasional pit stops.  Reflecting back at all the time i've spent there, I'd dare say most of it spent on learning the sacred knowledge of engineering . Truth be told I am not the sharpest knife in the drawer nor the biggest gun that packs strongest punch . .. I am the one who a little bit  slow in the class,.. I need to grasp the basic concept first, If it is too complex for me to process ,I would ask the esteemed lecturers to use analogy ,.. so that it will make me understand it better,

I guess my frequent flings with video games and movies destroyed me. Hell! , I can score a first class, or even an ANC !,but as the famous saying goes , "you reap what you sow"  ,.. now if only I commit more , push more, strive more .. if and that people a big IF. Oh now I had to face the music * roll eyes at the scroll with  Times New Roman in italic  *SECOND CLASS. Dry smile

Part of me thankful

I've learnt from the best , thank you to all my lecturers for all your guidance and your patience in handling us, some hot blooded hooligans who frequently tried to make you awesome people cancelled the class.

Part of me relieved
"Oh thank god I finished my studies",...

oh wait ......
now There's no more toyols  during the tests. What is toyol you asked ? well it's an artificial extension of  books and notes , it can be in any form , whether it is in written form or in form of pictures or in some cases artificial language . A kind of encrypted codes that only the perpetrator and his or her partner in crime can decode and understand it's content. I remember this one dude, he actually carved formulas on a transparent 50 cent a piece ruler..at certain angle the carvings is practically invisible to the constantly prying exam invigilators!.Pretty nifty ' prosthetic brain ' isn't it?

Ah , who could forget college

The place where it filled with babes it makes my eyes wet, they walk around the campus carrying books and bags , smiling, giggling , the hijabsters will pose with their stylish tudungs , ..some of the girls are hot enough to be on the cover of a magazine. Thank god for that ☺.

As for the guys,

We fill our time with studying,........teet!,.. we play a lot,.....we watch football a lot,..... we talk bout useless topics ,......... and........ we procrastinate.......very unhealthy counter productive ..lifestyle .I know

p.s :save the lecture later

Tapi bila masing masing GPA parah,.. mulalah study , diligently , day and night , we go out only for the occasional time out at the mamaks , rejuvenating our passion in supporting our faved football team be it , manchester united , arsenal or the great Selangor ..

Time flies so fast. ...... days turn to weeks , weeks turn to month,.. and 3 years had gone by , in a flash

The last two semester are killers for me personally, I had to repeat a subject that I've been poor in many aspect:The dreaded Advanced Electronic ,.. but learning it back from chapter numero uno I gained a lot.. and in Sem  7 ,..I got acquainted with this lovely lady with electric of a smile. Due to the confidential nature of such information,.. I can't state her name in my blog otherwise the safety of my life will be in jeopardy. Let's call her 'W' ,.. she's beautiful,.. tall ,.. she moves like a model ,.. she turns heads everywhere she goes, and I could swear even the most alim guy around will fall for her. But,.. what I like most about her is her smile ,.. it's a 13KV rated smile it could power a city and get the national grid going ..

BAD ANALOGY , I know! Hey this is my blog ,. suka hatilah haha!

Then there's the ever magnificent Prof Zaiki Awang and Dr. Uzer , for me these guys are malays made in U.K  . Their style is different . I 've learned a lot from these two . Albeit not scoring in their subjects,..sorry ..my bad.I am lazy..In a sense , I've become more responsible , I want to work smarter.

Cometh the hour

The  final year project. A bundle of 'trouble' for the unprepared. A package that surely make everyone sleep less, stressed out and eventually breaks down.
I was assigned to built an antenna , not just any ordinary antenna ,a metamaterial antenna . What is metamaterial ? Well theoretically it can make stuff invisible . Yes invisible, but i don;t make those invisible cloak , I made an antenna. I WAS AN UPHILL TASK But my mates and I stand our ground and we make sure we finished it . Hoyeah! ..

- UiTM- Here lies the broken hopes and dreams of Nuzul Fikrie Bin Salam
-He left something in here ,and in his heart he yearns for it

- I might come back here, One day.Who knows right. ?

- Don't play games , a lot, never fall in love, cause it hurts, and respect your teacher.



Sunday, November 25, 2012

Speechless Sundays: Orang malaysia suka p*rn*?

It's a bit taboo to discuss this topic , "Orang malaysia suka blue ? " .. pasti di balas " Hey ,.. kan tak elok bendalah tu kau tengok , buat apa?".. ada yang siap menasihat ,.. "kan haram benda tu ".
Ya bila kita tanyakan kat sapa pun , pasti jawapannya macam tu .Mari kita kaji salah satu senjata ampuh puak zionis . SEX.Secara halus .Penularan bahan lucah ke seluruh dunia.Dulu ,masa A.S nak takluk Afghanistan, senang je dia lembikkan bebudak lelaki. Dia bagi video blue.Bingai betul mereka.

"Kitorang tak tengok blue bro,betul ni,.. kan kat sekolah ustaz dah ajar tak elok".. "betul ni"

Orang malaysia tak tengok blue

Tapi betul ke macam tu ?, pe kata kita tanye encik Google.Statistik carian sepanjang tahun 2012 dengan kata kunci ,..  porn,maria ozawa,islam  ustaz azhar idrus.


 sila klik kalau nak paparan lagi besar

Ya, sudah jelas . berdasarkan data dari Google , carian bahan lucah mendahului carta . Kedua adalah "islam ", ketiga adalah "Maria Ozawa" dan "Ustaz Azhar Idrus".


Jadi apakah yang orang Malaysia selalu cari ?, siapa yang selalu cari.. normalnya kaki blue ni lelaki.Ah kau tak mengaku pulak pernah tertengok.


ya,.. apa lagi korang nak nafikan .Fakta dah ada .Tapi fakta lelaki suka tengok blue ni makin pudar relevannya, perempuan pun tengok jugak .


Kalau tak takkan akhbar keluarkan artikel macam ni .

Untuk sebuah negara yang majoritinya Islam , ini satu fakta "menakutkan" dan memalukan sebenarnya.Mari kita selidik data dari google dengan lebih mendalam.


Kata kunci "porn" mencatat carian tertinggi pada ogos 19-25 haribulan. Kejap ,tarikh tu bukan...


hari raya ke?..
ish ish . memang huduh benar la perangai abes puasa terus tengok bendalah ni. Untuk dua kata kunci "maria ozawa" dan "Ustaz Azhar Idrus" adalah control  untuk dua  kata kunci utama "porn" dan "islam".

"aku tak percaya, Maria Ozawa ni terlalu cun untuk arena hiburan orang dewasa"- seorang lelaki yg mahu namanya dirahsiakan.

kalau korang perati betul betul . Carian "Islam" juga paling rendah dalam tempoh yang sama. Orang sibuk beraya tu , kita sangka baik.Carian untuk individu "Ustaz Azhar" dan "Maria Ozawa" ni secara statistik nya sama. Tak de beza mana pon. Nak point out kat sini .Carian bahan lucah sentiasa tinggi sepanjang tahun,jadi , di balik muka yang tenang, ada individu yang senantiasa horny.

Ketagihan pada benda benda yang tak senonoh ni amatlah bahaya, menurut seorang Doktor Pakar ,Porn addiction is more potent than crack, Porno is easily accessible ,all time, just a click away and you'll get your fix.
Lebih kurang macam tu la dia cerita.Ia satu bentuk guilty pleasure, bukan takat bebudak je , orang tua pon same dua kali lima. Secara saintifiknya, bila seorang individu memuaskan dirinya dengan bendalah tak semenggah ni , otaknya merembes campuran bahan kimia endorfin, oksitosin dan dopamin.Bahan kimia yang termbes bila kita happy.
Otak manusia ni Allah cipta ada sistem nya, Limbic sistem , bahagia otak primitif yang bertanggungjawab mengawalatur kehendak asas 'binatang',.. keinginan survival , motivasi , naluri gaduh atau lari. Benda yang membezakan antara manusia dengan haiwan ni adalah adanya prefrontal cortex, bahagian yang membuatkan seseorang individu itu mempertimbang baik buruk kesan tingkah lakunya.  Limbic sistem ini terhubungdengan amigdala dan hippocampus , bahagian otak yang merekod memori jangka panjang. Maknanya, perkara yang kita buat dengan sensasi atau emosi yang kuat akan kita ingat.

Jadi , benda yang tak senonoh ini akan di ingati dalam satu tempoh yang panjang. 

Bagaiman mahu membuang tabiat huduh ini.? Sila tonton video di bawah .





Getting Caught With Porn Addiction








Dengan suasana sekarang, material lucah, atau hampir lucah melambak kat luar tu. Dari filem yang masuk kepanggung wayang baik filem antarabangsa mahupun tempatan , hinggalah iklan iklan kat shopping complex. Tak hairanlah kes rogol , buang bayi ada sahaja setiap hari . 

Aneh betul bila filesharing boleh block , tapi website lucah yang berjuta tu tak disekat. Dari amatur . budak budak rakam guna handycam atau phone , sampailah filem porno yang di buat di Studio di San Fernando ,Porn Valley Los Angeles .Bole di akses dengan mudah. Di mana silapnya.? Kita patut belajar dengan negara republic China yang cukup ketat akses internetnya.Iklan gambar tak senonoh tu baik buang je. Filem pon kena tapis ketat , ini tak filem melayu ada babak main cium cium kaki dah macam filem blue pon lepas kat wayang , apa cerita bro?.

Jangan lupa Allah itu maha pengampun. Semua manusia ada dosanya , kita mohon . Pasti dengan sifat Maha pengampunnya kita akan di ampunkan. Menyekat pornografi , bermula dari anda. Andai terasa horny, baik anda gi main bola sepak.Baca buku ke.Lumba motor ke

ps:Asal usul bola sepak di england :Guru besar menganjurkan bola sepak untuk mengelak bebudak lelaki melancap.