Thursday, December 20, 2012

Fandom : kisah di sebalik kipas-susah-mati.Habis aku kena bash dengan Kpoppers :P

Ya. lama dah aku tk menaip dalam blog aku yang serba cerca marba. Ada fakta sains, ada karut marut , ade politik . Mastika pon tak macam ni. hahahaha. Hari ni , aku nak bercerita tentang fandom. Bukan sodom wei, fandom . Fandom kata gabung dari perkataan inggeris fan . bererti peminat dan kingdom dan freedom yang merujuk kepada satu sub-budaya yang dah diwujudkan oleh komuniti peminat .

*menggeliat . uh sakit pundak aku salah tidur.

Mari, bincangkan satu topik yang sekarang sedang hangat...dalam negara kita malaysia. K-pop., yang mana secara peribadinya aku beranggapan yang ianya tak lebih dari satu genre (sebut jahn-ree) muzik/seni yang menggabungkan muzik pop+tekno dengan tarian yang di perkenal di 'jual' di promosi secara agresif  ke seluruh dunia. Terima kasih kepada ledakan maklmat hasil kemajuan teknologi manusia zaman ni. Kawan aku , Azuwam , Bukhari dan Aiman boleh tengok episod terbaru Running Man . Adik aku boleh dengar lagu Big Bang dan Girls Generation boleh datang Malaysia buat Alzen Zain dan Pok Cik teruja.  K-pop secara tak langsung mencorak budaya fikir , corak perilaku, wujud fandom , budaya 'perasan' di tanah melayu.Ramai gadis , jejaka , abang adik dress up macam orang korea. Pakai baju , seluar ketat, rambut buat hair-do macam artis korea,Kalau lelaki panggil oppa.  Kalau perempuan habis wallpaper, screensaver pc, ke laptop ke handphone ke semua artis korea pujaan. Lepas tu kat laman sosial siap tukar nama lagi , nama Nadhirah tukar jadi Nana Kim Ju. Nama Johan dari Jo Youn Ha . Lagu biarpun tak faham , hafal ,.. , bukan sekadar lagu , gerak tari pun di ikut , biarpun penuh gaya erotis , tayang pinggul , peha , dada .Ah apa kisah , aku minat.



Ya, dek kerana hebatnya promosi dari industri muzik /hiburan korea , mereka dah sedikit sebanyak memberi kesan pada generasi remaja sekarang , habis semua di ikutnya .Begitu juga dengan artis , kerja mudah , buat apa yang orang sekarang minat, K pop. Lagu kita mesti ada rentak K pop , pakaian pun kita ikut. (Habis hilang originaliti  karya , dah semua pakai ceduk je ), bukan sekadar muzik , malahan idea untuk drama pun kita ikut. We shaped our identity subconsciously according to the plastic example by the Korean. Although the reality is a far cry on what e heard from the radio ,saw on the tv and read in the internet. Kita jadi korea celup , versi palsu yang di papar industri hiburan Korea.


Apa yang pasti , kebanjiran hasil karya dan karyawan perlu di kawal , ada budaya tak sihat , kita control , dah habis tu takkan nak biar anak -muda pakai menjolok mata. ? joget entah apa apa? . Artis kita pun makin susah nak cari makan. Organizer senang je , call ejen yang boleh bawa nama nama besar , buat event di Malaysia .Habis tu Aizat, Amir Jahari dan Faizal Tahir ke mana? takkan mereka dah busking di jalanan baru nak di bantu.?


"Bro, biaq pi la depa nak minat pa pun" .

"Sik salah dia mau minat apa pun. "

Tak salah minat, pada padalah .  Let's wind back the clock , 5-6 years back , before Kpop ,before Rain .Before Girls Generation . We got J-rock and J-pop , hasil dari dasar pandang ke Timur. (Ok ini gurauan).Zaman yang mana orang  malaysia (baca melayu ) 'tiru' orang jepun , cakap ada campu campur bahasa kepun sikit, Hafal lagu jepun biarpun habuk tak faham apa . Situasinya sama macm K-pop sekarang. Bila dah basi ,orang minta benda lain pula. Begitulah manusia.

Dulu minat Rock , seluar ketat baju sendat rambut panjang. lama sikit ada pengaruh dari Jepun dan sekarang Korea.

Timbul satu persoalan kat sini. If the Koreans and Japan can showcase their talent and somehow influence others to copy them. Takkan melayu tak boleh? . Oh wait . we have Shila Amzah. Girl with a golden voice .



Dan sekarang , pahit yang perlu di terima semua insan yang bergelar peminat, biarpun hari hari dok zikir nama atis yang kau dok puja tu. Beli CD , beli merchandise. Artis tu tak kenal kita pon , ..tak boleh interact. Kalau dia balas komen kat F B , balas tweet, kemain suka. Tapi kita cuma salah serang dari jutaan peminat. Want my advice?, yes you can be a fan , but there must be a limit ,.parah juga orang terlebih kipas-susah-mati ni , mau tahi yang di jual jadi merchandise pon dia beli. Dah la perangai pelik dok meratib pasal fakta artis yang dia suka. Aku pn menyampah describe perilaku insan sebegini lupa.

Ok, aku nak sambung blaja coding .Kbye.


No comments:

Post a Comment