Saturday, March 12, 2011

Alquran itu mukjizat,..hati-hatilah saudaraku

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua reader yang sudi melawat blog aku yang sempoi ni.Malapetaka di Jepun (11/3/2011) adalah suatu ketetapan Tuhan : Dan telah di nyatakan di dalam Al-Quran












1. Tarikh yg berlaku adalah pada 11/3/2011 bersamaan 6 RabiulAkhir 1432 Hijah or 6/4/1432.
2. so dengan tahun 1432 di pecahkan 14 || 32.
3. Jawapanya Jujuz ke 14 Quran.
4. Dan bulan 4.

Rahsia angka tahun ini : Jujuz 14 Ayat Quran ke 4.

Rujuk di Quran.

1. Jujuz 14 bermula pada surah Al-Hijr, dan ayat ke 4 dari surah AL Hijir menyatakan

"Dan kami tidak membinasakan suatu negeri, melainkan sudah ada ketentuan yang tetap baginya".

2. Rahsia seterusnya yang menunjukkan Malapetaka ini akan berlaku di Jepun ialah dengan kedudukan Jepun dan Wilayah Seedai pada kedudukan geografi bg ( Jepun : Latitiude 36, Longtitude 138)

so dlm 1432, 14 dh di ketahui Jujuz Al Quran. maka yang di pecahkan 14 || 32 so di pecahkan lagi 3|2 ,so now secret no adalah 3.

di ambil pula lokasi latititude dan longitude.

3+6+1+3+8 = 21
so next 2+1 = 3
proved *. yg di maksudkan dengan no 3 adalah negara jepun.

Dan di dalam jepun juga terdapat banyak wilayah.. maka wilayah yang akan di turunkan malapetaka itu ? Wilayah Seedai pada kedudukan geografi Latitiude 38'15 dan Longtitude 140'53

maka 3+8+1+5+1+4+0+5+3 = 30
so next 3+0 = 3.
*proved wilayah yang tuhan maksudkan dgn angka 3 adalah Wilayah Seedai di Jepun.

3. Rahsia seterusnya dengan tarikh 6

masa yang di laporkan oleh Jabatan Meteorologi Rusia.. gempa bumi berlaku pada masa 1446 waktu Jepun..

so 1+4+4+6 =15
so next 1+5 = 6
*proved 6 membawa maksud masa yang akan berlaku.

4. Dah yang seterusnya 1432 apabila di pecahkan 14||32, kini di ambil pula angka 14 dan di pecahkan 1||4 , maka angka satu boleh di kelaskan sebagai permulaan hari. maksudnya di dalam Islam Jumaat adalah hari pertama dalam minggu itu. so angka satu memberi maksud malapetaka itu akan berlaku pada hari Jumaat.

5. Lihat.. betapa benarnya ayat al quran. segala yang di nyatakan tetap berlaku. walaupun suduh berabad kitab Quran di turunkan.

6. Walaupun zaman berubah sejauh mana sekalipun.. Al-Quran tetap bagi sepanjang zaman.

7. Di percayai banyak lagi rahsia yang masih tidak dapat di ketahui di dalam tarikh ini. namun sekadar ini pun telah membuatkan kita lihat dengan mata kita sendiri betapa mulia Al-Quran. dan segala yang di ungkapkan di dalamnya

8. WauAllahhu Allam.

Di persilakan untuk share. bg mengingati kite kembali tentang segala perkara yang terkandung di dalam Al-Quran adalah benar buat selamanya mahupun di dunia atau pun akhirat. Mohon pandangan orang bijak agamaa mengenai perkara ini. Subhanallah

Dah baca petikan di atas?......... aku tak mahu komen lebih, baiklah straight to the point ,..aku tak mahu mengkondem saudara yang menulis artikel ni,.aku sekadar mahu menyampaikan pandangan dari pihak diri aku.Bukan berdebat,tapi memberi pandangan.Aku ada beberapa persoalan bila aku baca artikel ni."BETUL ATAU SALAH ,mentafsir isi kandung alquran kitab suci umat islam sebegini rupa?" ."apa pandangan intelek,ulama yang ahli dalam bidang pentafsiran  alquran terhadap isu isu yang macam ni?".

Pernah aku terbaca dulu isu alquran dan fakta sains yang mana alquran tidak boleh senang senang dikaitkan dengan satu satu teori sains.Mengapa? ,sebab sains itu ilmu yang senantiasa berkembang dan ada ketidakpastian akan kesahihan kejadian denomena sains tersebut .Segalanya bergantung kepada teori yang telah diusul dan dicipta oleh ahli sains.Manalah tahu 10-20 tahun nanti fakta (yang  digunakan)tersebut berubah dan terbukti  salah setelah manusia berjaya membuat penemuan baru.

Ya, penulis ada meletakkan wallahualam di akhir artikel ,......tapi bagi aku tafsiran menggunakan kaedah numerologi dengan tambahlah campur ,darab bahagi dan sebagainya salah.Cuba fikir manalah tahu benda sebegini rupa akan digunakan untuk memberi hujah pada orang bukan islam ,pada orang islam yang 'kurang' ilmunya terhadap penafsiran alquran .(Aku ilmu agama pun tak tinggi sejujurnya) .Takut nanti misleading pemahaman merekka terhadap isi kandung alquran,kan salah tu saudara saudara semua.

Niat aku menulis artikel ini untuk menarik golongan yang faham akan alquran , sama sama educate mereka yang 'kurang' yang tidak faham akan inti pati mesej yang diturunkan kepada nabi agung muhammad s.a.w .Sama sama kita hati hati bila kita gunakan ayat ayat alquran,bila dicampur dengan kisah israiliyyat,kita terangkan yang cerita kita ceritakan itu israiliyyat jangan pula nanti mereka yang mendengar menyangka yang itulah isi penceritaan ayat alquran.

SEKIAN
moga memberi manfaat kepada kita semua :) 

Saturday, March 5, 2011

kapel vs dah kawen

Newly Married Malay Couple - Kangar, Perlis vs 
sorry folks ......lame sangat tak update blog aku ni.....disebabkan aku yang ter.....lalu bizi(aku raselah,padahal wasting time sebelum study untuk test) .Alright mateys! terus ke topic malas aku nak play words stail abang 'obefiend' haih aku bukan dia bakpe mnak plagiat stail orang ,.
so topic kita seperti yang tertera di atas sinun,

pro dan kontra nya banyak
-cube korang imaginasikan
MAK -"abang kau mane?"
ADIK-"abang gi hospital,..akak ipar nak bersalin "

MAK- " haa?! .akak dah nak bersalin!!!

MAK -"abang kau mane?"
ADIK-"gi hospital awek nak bersalin"
MAK- diam tak terkata 

MAK -"abang kau mane?"
ADIK-keluar ..balik ,bini dia call ada problem"
MAK- oh

MAK -"abang kau mane?"
ADIK-"keluar  jumpe awek dia ,katenye ade problem "
MAK- " sikit2 awek, mak dia ni yang jaga dari kecik nak campak mana?."..mak terus berleter ,laser baik punya.

PAKCIK A-"anak sape tu?"
PAKCIK  B-"itu kan anaknya si abas dengan bininya ,ala 3 bulan lepas baru kahwin.. ko x datang la tu walimah rumah si abas "

PAKCIK A-"anak sape tu?"
PAKCIK  B-"anak si abas ..dating ,.. ini kalau anak aku ..dah ku lesing ,..geram pulak aku tengok pegang2 macam tu."

Aku ni x nak la ceriata pro and cons of the topic secara formal ,..ade ayat quran dan hadis la bagai,..sebab topic ni sering sahaja diperkatakan  tak kiralah di alam siber mahupun di alam maya.Jadi aku gunakan pendekatan yang sedikit santai untuk tatapan pembaca semua ..aish skema la pulak.


Korang mesti boleh tangkap gist of the topic straight away :
- couple ni boleh mendatangkan fitnah ,
-couple ni merupakan salah satu jalan kemaksiatan,
-merupakan lorong mudah ke arah perzinaan yang keji
-tidak ada manfaat yang besar ke atas pelakunya..kalau difikirkan pastinya lebih senang pelaku aktiviti couple ini melakukan dosa daripada menjalankan aktiviti yang mendatang kan pahala,
   -iyela pegang..sikit,.....cuit sikit,      kan haram tu abang kakak oi,mungkin korang x setuju fasal ni pasu try rebut topic ini dengan "couple memebantu aku score sebab awek ku membantu dalam pembelajaran"


kahwin ni pulak
-merupakan satu pintu rezeki allah nak bagi
-jalan menghindari fitnah
-kan secara logik akalnya orang memang akan respect a married couple lebih dari unmarried apatah lagi kita yang hidup dalam negara islam.kita bukannye macam omputih belum kahwin bleh ade anak.
..banyak la manfaatnye korang bleh google sendiri
haa

p/s- aku belum rasa nak kahwin,so korang jangan komen bukan2  ,ni sekadar nasihat aku kat member2 yang couple tu,jangan belum sarung cincin kahwin korang dah buang baby dalam drain..nauzubillah






Wednesday, February 16, 2011

drama king.

ya bersempena title di atas ,aku mengumumkan satu lagi buah tangan dari aku seorang freelance videomaker .sebuah dram pendek bertajuk der hause,tengah  pre production ,nantikan

Tuesday, January 25, 2011

if life were that easy

bapak aku pernah pesan kat aku,
-kau nak pakai barang mahal,kereta besar,
-kau nak beli rumah
-kau nak berbini nanti

semua kena pakai duit
nak yang elok2 kat dunia ni kena pakai duit
c'mon whaddehel man,
semua guna duit
bila diri sendiri dah mula pegang duit aku nampak yang nak mencari duit ni bukan senang,
mana ada kau goyang kakai fulus trun dari langit bhai,haha

it's always tough for a thing called life
sebab tu hari2 depa dok angkat tangan doa ya allah mudahkan jangan kau susahkan
tapi DIA bagi susah nak bagio depa ingat sikit
jangan kau kata hangpa semua dah beriman ,AKU belum uji hangpa semua lagi.
sebab tu kita semua kena sabar dengan ujian hidup ni

akhir kalam,susah macamana pun kena teruskan perjuangan.dunia ni sementara.akhirat itu yang abadi.korang nak yang mana satu ,tanya iman sendiri.sekian

Sunday, January 16, 2011

title lama ,wajah baru

korang mesti buhsan kan tengok lakaran paint aku, sekarang aku tukar kan lakaran mediocre kepada header cun vector graphic,so to all reader ,komen plz

Saturday, January 15, 2011

Cedokan blog . masjid kobe kuasa allah


Masjid Kobe di Jepun bukan sahaja tahan gegaran gempa bumi tetapi masjid ini terselamat dari bom atom! Subhanallah!
Kobe Mosque Kobe Japan

Masjid Kobe merupakan masjid pertama di Jepun. Masjid ini dibina tahun 1928 di Nakayamate Dori, Chuo-ku.
Tahun 1945, Jepun terlibat perang Dunia Kedua. Serangan Jepun atas pelabuhan Pearl Harbour di Amerika Syarikat telah membuat kerajaan Amerika memutuskan untuk menjatuhkan bom atom pertama kali dalam sejarah dunia.
Jepun pun menyerah kalah, tentera Jepun yang berada di Malaya pun sama terlibat turut pulang. Dua bandarnya, Nagasaki dan Hiroshima dibom dengan bom atom oleh Amerika. Semasa itu, bandar Kobe juga tidak ketinggalan menerima akibatnya. Boleh dikata Kobe menjadi padang jarak padang terkukur.
Ketika bangunan di sekitarnya musnah sama sekali, Masjid Muslim Kobe tetap berdiri tegak. Masjid ini hanya mengalami keretakan pada dinding luar dan semua kaca tingkapnya pecah. Bahagian luar masjid
menjadi agak hitam kerana asap serangan bom. Tentera Jepun yang berlindung di bilik bawah tanah masjid selamat dari ancaman bom, begitu juga dengan senjata-senjata yang disembunyikannya. Masjid ini kemudian menjadi tempat pelarian mangsa perang.
Kobe Mosque Kobe Japan
Kobe Mosque Kobe Japan
Kerajaan Arab Saudi dan Kuwait menyumbang dana membaikpulih dalam jumlah yang besar. Kaca-kaca tingkap yang pecah diganti dengan kaca-kaca jendela baru yang didatangkan terus dari German. Sebuah lampu hiasan baru digantungkan di tengah ruangan solat utama. Sistem pengatur suhu bilik juga diletakkan di masjid ini.
Sekolah yang hancur akibat perang kembali dibaikpulih dan beberapa bangunan tambahan pun mula dibina. Umat Islam kembali menikmati kegiatan-kegiatan keagamaan mereka di Masjid Kobe.
Krisis kewangan sering menghimpit ahli jawatankuasa masjid. Cukai bangunan yang tinggi membuat jawatankuasa masjid perlu mengeluarkan cukup banyak bayaran dari simpanannya. Banyak sumbangan dihulurkan untuk menyelesaikan masalah kewangan pembangunan dan mengubah suai masjid ini. Sumbangannya menjadikan Masjid Kobe menjadi semakin berkembang.
Pada tahun 1995, kekukuhan Masjid Kobe diuji lagi dengan gempa bumi paling dahsyat. Tepatnya pada pukul 5.46 pagi, Selasa, 17 Januari 1995. Gempa ini sebenarnya bukan hanya menimpa Kobe saja, tapi juga kawasan sekitarnya seperti South Hyogo, Hyogo-ken Nanbu dan lain-lain.
Meski hanya berlaku selama 20 saat, namun gempa ini mengorbankan seramai 6,433 orang, yang sebahagian besarnya merupakan penduduk bandar Kobe. Selain itu gempa Kobe juga mengakibatkan kerosakan besar bandar seluas 20 km dari pusat gempa.
Gempa bumi itu adalah kedua terburuk di Jepun selepas gempa bumi besar Hanshin-Awaji merupakan gempa bumi terburuk di Jepun sejak gempa bumi besar Kanto 1923 yang mengorbankan 140,000 orang.
Namun hingga kini masjid Kobe tetap berdiri kukuh dan tegak, seakan tidak bergoyah meskipun dilanyak dari berbagai bencana. Semoga dakwah Islam di Jepun seteguh masjid ini.
Gambar Masjid Kobe sekarang.
Kobe Mosque Kobe Japan
Kobe Mosque Kobe Japan
Kobe Mosque Kobe Japan
Kobe Mosque Kobe Japan
Sumber : isuhangat

Tuesday, January 4, 2011

seronok ke dapat perempuan cun?

Soalan di atas untuk mereka yang dah berpasangan,yang straight bukan lesbo hahah,...lumrah lelaki ciptaan tuhan nie nak mendapat perempuan cantik,..semacam satu default setting bagi semua lelaki normal.
Persoalan yang ingin aku lontarkan  bagi mereka yang sudah berpacaran mahupun berpasangan adakah bahagia mendapat perempuan cantik sebagai pendamping diri.?

gambar ihsan gugel


Siapa tak mahu pasangan muka licin,body solid ,cute ,cun , hawt ...jelita,.ayu et cetera et cetera .? Macam Juliana Evans ,Nina Dobrev,Jue Aziz dan tak dilupakan Lisa Surihani,Mat ..! kesat sikit air liur ko tu,haish!
 Ya ,Aku selitkan nama nama jelitawan yang menghiasi dunia perfileman duniawi ni sebab ye la kan pelakon perempuan biasanya cun  kan?.
Kalau kita lihat senario dunia sekarang ,dunia artis (korang mesti suka baca tabloid kan,paling tidak pon terdengar kat radio,ter.. tengok kat t.v ter baca kat internet.) kalau artis perempuan kahwin tup2  tau tau je dah split ,kate pasangan irresponsible la tak compatible la.Apa sebenarnya berlaku pada si lelaki yang selama ini memuja kecantikan perempuan tersebut?
gambar ihsan gugel
Kalau di tanya kat perempuan of course lah yang disalahkan adalah pihak Adam yang sering digambarkan sebagai golongan hidung belang,pemalas dan kurang cekap  hehe siapa makan cili dia terasa pedasnya.
Kalau di tanya lelaki ,perempuam sekarang materialisto pemain hati jejaka yang mudah cair ........pisau cukurlah name glemernye sekarang.Poket nipis je lari gi cari lain.Tak nak dengar kata laki, tak nak layan suami sebaliknya gi peluk jantan lain.(Aku cuba seneutral mungkin menaip artikel ni takut aku bias pada mana mana pihak)

Bukan artis je ,ramai lagi golongan marhaen orang biasa yang kahwin seploh tahun x sampai dah bercerai,bini bukannya x cun,cun persis model iklan minyak wangi haa.........apsal jadi macam ni Leman dan Meon,.?bini ko sikit punya cun ko tinggal cam gitu je?

Terkesan dari keadaan semasa yang mana perceraian semakin meningkat,pastinya ramai yang di luar sana berfikir masak masak mahu menginjak kaki ke alam dunia perkahwinan, bukan mudah perkahwinan itu , ada pelbagai cabaran , makin banyak tanggungjawab ............ segalanya bukan boleh diharung berbekal sijil perkahwinan dan poket yang tebal.
kalau ilmu cetek,iman dangkal, memang habis la
-ok aku tidak berceramah di sini-

ok balik kepada isu asal perbincangan kita ,..best atau tidak dapat pasangan cun, pada akulah sang penulis, penilaian seseorang ke atas pasangannya adalah subjektif.Muka cun itu fizikal ,...dan ianya tak kekal lama,.. hukum alam ciptaan tuhan kan,mana boleh lawan.Dah tua nanti sumenye loose,so learn on how to age gracefully kepada yang dikurnia nikmat usia berpanjangan agar dapat beramal atas muka bumi tuhan ni.

Kepada sume yang mendambai kecantikan makhluk tuhan bernama perempuan ini, harus diingat dia juga manusia biasa, ..... kalau dihias dengan peribadi yang cantik,bahase cincainye full package lah katakan,terpulang kalau korang sume (lelaki ) rase bleh score sorang awek chun macam Olivia Wilde,silakan harus diingat nanti korang yang bertanggungjawab atas perempuan tu,so nasihat aku ke atas diri aku dan kepada sumer brader di luar sana ,layanlah dengan baik perempuan yang sanggup bersama ngan korang,daripada berkonflik ,cuba nego2 manalah tau korang dapat lebih dari korang nak hehe