8 Oktober ini , Felix Baumgartner akan melakukan cubaan terjun dari ketinggian 23 batu dari..aras laut. Beliau akan terjun bebas pada kelajuan supersonik. Gila kate ko? ya memang gila ... tapi sebelum kita cerita lebih lanjut tentang cubaan terjunan supersonik ni, sedikit info peribadi tentang beliau.
Felix Baumgartner secara peribadinya pernah melakukan 'BASE jump' dari menara Petronas dan Taipei 101.
Kali ini , Felix 'setan berani' Baumgartner sekali lagi menyatakan pada dunia yang dia ada 'balls of steel' dengan melakukan terjunan dari aras 120000 kaki . Pada ketinggian ini , atmosfera amatlah nipis jadi beliau akan memerlukan bekalan oksigen untuk bernafas, untuk tujuan keselamatan beliau akan memakai satu sut seakan sut angkasawan yang dilengkapi dengan payung terjun . Cubaan terjunan pada ketinggian ini belum pernah di cuba oleh sesiapa pun, dan ianya akan memberi manfaat secara khususnya dalam memajukan teknologi sut angkasa, bayangkan lepas ni ketika kecemasan angkasawan boleh tinggalkan kapal angkasa dan terus terjun tanpa perlu menggunakan escape pod.Ok, itu amat tak realistik , apa pun , teknologi yang di gunakan dalam mereka sut untuk terjunan ini amatlah canggih.
Felix akan menyaingi rekod terjunan yang pernah di catat oleh seorang pesara tentera udara amerika Joe Kattinger yang berjaya terjun dari ketinggian 102800 kaki.Manusia kedua yang berjaya terjun pada kelajuan supersonik selepas Chuck Yeager.
Felix telah melakukan dua terjunan latihan dari ketinggian 13 dan 18 batu dari aras laut .Walaubagaimanapun , kapsul yang membawa beliau terjun dari ketinggian 97000 kaki mengalami kerosakan teruk selepas pendaratan dan memerlukan baik pulih. Terjunan Felix dari ketinggian 18 batu mengambil masa 10 minit saat dan beliau berjaya mencapai kelajuan 536 batu sejam ketika jatuh bebas .
Gambar kapsul yang membawa Felix selepas ianya mengalami kerosakan ketika sesi latihan pada Julai lepas.Ianya sedang di uji di dalam kebuk tekanan.
Pastinya Felix berdepan dengan cabaran sukar untuk terjun dari aras 23 batu , air dalam tubuhnya boleh meruap dan pastinya ramai tertanya-tanya apakah akan berlaku ketika beliau berhadapan dengan gelombang kejutan yang terhasil dari terjunan pada kelajuan supersonik ? Apapun mari kita saksikan cubaan Felix 'setan berani ' ini pada 8 oktober nanti!.
No comments:
Post a Comment