Monday, July 30, 2012

Merevolusikan meriam buluh dengan teknologi.. langkah langkah selamat bermain

Salam Ramadhan buat semua pembaca. Bila tiba bulan puasa ramai lah yang jadi ahli pyro atau bahasa mudahnya pakar letupan. Hanya di Malaysia mereka yang tak terlatih langsung dalam pyrotechnic ni putus jari , hilang anggota  dan ada juga buta mata dek kerana main meriam , main mercun ni.Sudah tiba masa nya teknologi merevolusikan permainan merbahaya nyawa ni hahaha ( penulis tidak bertanggungjawab dengan kemalangan jiwa yang berlaku , anda semua amatlah tidak di galakkan malah di larang mencuba tanpa nasihat dan bantuan pakar bahan letupan.)Iya , mari kita ke langkah pertama

1. Meriam  yang di perkukuh


Gambar di atas adalah meriam buluh tradisyenel , amatlah merbahaya , kalau bersepai meriam buluh tu boleh arwah orang di sekelilingnya . Maka eloklah jika struktur meriam buluh tu di perkukuh dengan menggunakan tali . Dililit kemas di sekeliling buluh, di basahkan dengan minyak.(Minyak ni bukan minyak yang terbakar la)
Nak lagi selamat , ganti paip besi , tanam dalam konkrit . Konkrit tu akan serap daya letupan yang terhasil , sekaligus menghindar dari kemungkinan paip tersebut pecah .

2. Perlindungan pada si pemain meriam buluh
Ahli pyro tak bertauliah perlu ada
  1. goggle
  2. Muffler
  3.Kaca kalis letupan (yang ni kalis peluru , menghalang projektil  merbahaya dari melayang ke arah pemain)
  4.Guni pasir , ( in case kalau kaca kalis peluru tu tembus , guni pasir ni dapat tahan)
Ala macam set up yang korang tengok dekat mythbuster tu



3.Letusan
Gunakan peletus elektrik , yang ni gunakan bateri ke hapa ke.Guna dua wayar dengan voltan tinggi , terpisah di tengah boleh menghasilkan bunga api  yang mencetus letupan  pada meriam  tu ,gunakan suis sebagai pencetus .Set kedudukan dari meriam ke pemain pada jarak yang cukup selamat ,se elok eloknya 500 meter.



Rajah di bawah menjelaskan segala set up yang di cadangkan

Pengawasan .
Seelok eloknya adalah pengawasan ye tak ? Panggil la bang polis , mahupun pihak tentera yang arif tentang perihal ordinan dan bahan letupan ini.

Amaran keras 
Menggunakan bahan letupan dan bermain mercun adalah dilarang ,tidak di galakkan  dan merbahaya
kandungan di blog ini adalh satu bentuk saranan ,sebagai garis panduan bermain secara selamat yang si terangkan secara berjenaka.

kesian kat brader ni , inilah akibat buruk mercun, nak main mercun pakai gogel ke , topeng welding ke . 
cucuh guna kayu panjang 5 meter ke , tak payah main langsung , senang.

No comments:

Post a Comment