Thursday, October 13, 2011

Sistem Kewangan Antarabangsa



Assalamualaikum kepada semua pembaca , setelah sekian lama menyepi saya kembali menulis di dalam blog ini ,mencuri sedikit masa dalam kesibukan dunia berkongsi sedikit pengetahuan dengan harapan anda semua walaupun seorang sedar akan peri pentingnya menjaga muamalat dan memahami sistem penghambaan baru abad ke 21.
Jika zaman dahulu ,.. barat bangga dengan cerita abraham lincoln kononnya pelopor penghapus penghambaaan kita boleh berbangga kerana islam lebih dahulu melakukannya.. nabi muhammad membawa risalah menolak penghambaan dengan memerdekakan golongan hamba.

Kini mereka golongan zalim kembali menguasai dunia melalui cara halus ,.. merampas kebebasan berharta dan berurusan melalui medium yang kita gunakan sehari hari iaitu duit ,.. bukanlah saya mengajak anda semua kembali mengamalkan barter . Pastinya mustahil ,... tetapi dengan pelbagai skim ,perancangan licik dan tipu daya kewangan sedar tak sedar kita terjerat.Sama sama kita fikirkan kesan penghambaan duit kepada kita . Kita perlu bekerja membanting tulang mencari duit ,wang ringgit yang ,...naik turunnya berdasarkan keadaan naik turun ekonomi dunia yang semuanya mengguna dollar amerika.Ada apa dengan dollar amerika duit kertas hijau yang mempamer wajah bekas presiden amerika ? ,...ianya dikeluarkan oleh Federal Reserve ,...""this note is legal tender for all debts, public and private" tertera di atas setiap helai wang kertas yang dicetak.Sama macam "wang ini sah diperakukan dengan nilai" tercetak atas wang ringgit kita.Apa yang ingin saya kongsikan adalah fakta yang wang dollar tidak disandarkan  pada sesuatu yang bernilai,... secara mudahnya ,,dollar dicipta dari tiada...
mari tonton video di bawah (kredit pada saudara helmi)





untuk lebih penerangan anda semua boleh baca lagi di sini..
Semoga anda semua sedar peri pentingnya beralih pada satu sistem matawang yang stabil,.. bernas idea tun mahathir ..

Sekian

No comments:

Post a Comment