Sunday, May 29, 2011

aku.akukah rasis?,oh malaysia


selamat siang semua......
topik ini sungguh hangat ..andai salah bicara ke pusat tahananlah aku.
Aku tak mahu bicara cerita ini dari sudutpandang politikus,..apa yang aku tahu tentang politik? politik kelasaku tahulah itupun sebab aku pernah jadi ketua darjah,tapi kalau politik negara .. itu langsung aku tak tahu ...cakap jepunnya sappari wakaranai. HAHA

Selama ni puas aku baca kolum "migration stories" dan "why i stayed" , kisah yang ditulis penghijrah dari bumu malaysia ke luar negara dan  mereka yang berpeluang ..tapi memilih untuk tinggal di negara ini.Banyak ceritanya .Ada yang menceritakan kalau di malaysia ...susah lah kau nak hidup sebab negara ini ...suasananya . Yang bijak pandai ..kalau namanya bukan melayu hatta berkoyan koyan A sekalipun kalau tak "terpilih" nak dapat biasiswa ..mimpilah nak keluar negara. Pelbagai bagai isu diceritakan segalanya berbaur diskriminasi kaum, mereka menyalahkan kuota bumiputra.Menyalahkan orang kerajaan ...orang kebanyakan yang incompetent ,cemerkap dalam bekerja.Benarkah semua ini.? ......... aku sekadar quote dari karangan pendek yang orang tulis .jadi aku tak tahu menahu. Cerita itu semua adalah tentang situasi yang mereka terpaksa hadapi sehari hari di bumi malaysia ni.

Aku hidup dengan realiti. .. aku seorang lelaki yang hidupnya biasa,alhamdulillah makan pakai cukup,..syukur semua DIA  bagi , dialah pemberi rezeki .. bukan kerajaan penentu rezeki haha (joking folk ...janganlah serius).
I know a chinese man who played football with me , got deft touches on the ball ,..pretty talented.
I know another chinese man , who is hardworking and smart .Handsome and talented ,girls woo him ,men envy him.
I know one indian who tought me on how to speak mandarin ,gosh he was awesome.
i know a chinese girl ,who doesn't even know how to speak in mandarin . She converse in english.
I know a chinese girl who looked like a movie star .God i'm in love with her.
I know a minah salleh and now i'm figuring out on how to ask her for a date.

semua cerita di atas menceritakan perhubungan aku  dengan kaum lain,....semuanya baik... mana ada gaduh gaduh ni. Buat apa gaduh gaduh ,..? merekapun manusia biasa macam aku,darah merah bukan kaler ijo macam predator.
Tapi sayang kat malaysia ni ada macam macam jenis stereotaip.
Bila melayu gagal dalam bisnes ,disalahkan cina ,..katanya orang cina ni kuat monopoli perniagaan. Tapi kalau melayu dengan melayu bukan main dengki lagi dengan kawan dia ,. seboleh boleh nak di jatuhkan.Aku tak fahamlah,..kalau betulpon di monopoli oleh pihak atau kaum tertentu pasti ada caranya, .. ini tak ,melayu sikit sikit salahkan cina,kenapa tak belajar macam mana mereka berjaya. Ada yang kata ,.. the treatment for chinese is different ,.. well then ,.. there's supposed to be a way to level the playing field. Pasti ada cara kalau melayu tak malas.tak dengki ,lebih bijak mengurus hal ehwal mereka sendiri.Pastinya mereka mampu memecah monopoli yang katenya dari olang cina.
Manalah kita tau kan benda ni? manalah tau yang monopoli tu orang atas yang ada share ke .?orang luar negara ke?
lepas tu ada pulak cerita tentang biasiswa oversea ni ......... hm..... memandangkan result aku yang cantek so i am not entitled to such privilege, .... ya betul ramai tak puas hati isu ni. Kalau dah dalam i.c cina 20 a straight pun susah nak dapat scholar. I wonder what really happened to the distribution system. The less deservant were heftily rewarded.lepas tu naiklah cerita yang kalau kau mahu berjaya di malaysia tak perlulah belajar rerajin kalau dah namanya melayu .Aku sedih. ... you did not have to wrack your brain if you were a malay, because  you are the special one. Nak belajar ada biasiswa , nak beli rumah ada kuota bumiputra , macam macam lagilah. Lepas tu yang dikatakan komuniti yang inkompeten ,malas dan kurang bijak adalah orang melayu. This is a wake up call for all malays , dont rest on your laurels just yet, let us deny this claim. Ya aku aku melayu ini malas, malas segalanya .. malas belajar . main sahaja tahunya , malas bekerja ,..  bila dah berkerja nanti harapkan subsidi hari hari makan gaji buta. OI melayu tak de hasil tak payah hidup la!( jerit aku kat diri sendiri. )

 Ini masalah orang kita , kerajaan bagi subsidi ingin membela rakyat , tapi di salah anggap oleh komuniti dan akhinya di salah gunakan. Sebab tu ade je orang jual balik baja subsidi , buat kad diesel nelayan tapi isi tank
 pajero sendiri ,botnya tersadai.Tujuan bantuan tu tak sampai.TU BELUM CERITA ORANG YANG TAK DAPAT ROYALTI LAGI TU.Tak bolehla orang melayu macam ni ,nanti membarah sampai anak cucu.Ada anak kau ajar india tu pengotor la ,cina tu kalau bisnes menipula. Nanti dia hidup paranoid dengan bangsa lain .Dengan si anak melayu paranoid dengan isu cina dan india , si anak cina dan india tak percaya dengan negaranya sendiri hanya kerana gagal mendapat tempat dan bantuan.Sampai bila nak jadi macam tu?.
Dengan surat khabar dan media kadang kadang mengusulkan cerita berbaur politk kepartian , yang lucu pun ada ironi pun ada.Aku cuba percaya jadi aku cari sumber yang telus.
Muak dengan cerita video seks dan tuduhan melulu pemimpin ..moga diberi hidayah kepada mereka ,amin.

Aku tak menidakkan buah fikiran che det dan pemimpin  yang bijaksana ingin memperkasa kan dan memberi bantuan kepada anak bangsa orang melayu. Segala macam bantuan tu ,kalau takde .ke mana melayu nanti? Tak ke mati? Iya betul tapi sepanjang pengagihan bantuan mesti ada yang tersilap, yang 'digelap'.Mana boleh macam ni budaya kita, nak tender rasuah , naik pangkat rasuah ,jadi CEO inkompeten, jadi engineer inkompeten , buat QS hentam keromo , buat stadium runtuh ,buat nuclear powerplant ,belum pape dah jadi second japan.Tak mahulah macamtu.

Aku percaya nanti ..suatu masa
ada ketua yang menyatukan kita semua,memerintah dengan adil
dah tak ada isu melayu,cina dan india ini berbalah pasal isu yang kecil
dah tak kaum minoriti terabai.
tiada lagi kroni2
tiada lagi rasuah
dah tak ade cerita yang melayu ni bodoh dan malas ,terkebelakang dan tertinggal .,

kita semua boleh berubah , hanya dengan benda benda kecil yang kita buat sehari hari .
Jadilah orang yang baik. bersopan dan pembersih pada mulanya.Benda  yang kecil akhirnya membawa kepada perubahan yang besar.
pesanan untuk diri sendiri dan semua.

PERCAYA ESOK AKAN LEBIH BAIK.
insya allah,.

No comments:

Post a Comment