Ayu.....cantik tutur bahasamu
ayu.... lebur hatiku berpalu
Terpaku ingin ku tahu
Siapa yang menghantui diriku"
ini gambar hiasan ..online comic la konon, haha |
Time aku sedang melayan lagu ni ,kepala otak aku mula menerawang ......sinaps2 dalam kepala otak aku mula fire electric pulses and past memory trigger.
Aku teringat akan gadis melayu dan beberapa elemen yang boleh dikatakan sinonim dengan term gadis melayu
Gadis melayu cantiknya tak perlu dedah lebih lebih tak perlu solek tebal ,.cukup dengan pakaian sopan dengan sedikit senyum mesra sejuk hati tenung lama boleh khayal ..haha.(er.. berdehem ,sorry)
Gadis melayu kalau dengan orang tua tua dengar kata tak bantah ikut dengan patuh, pandai masak,pandai kemas ,segalanya bolehlah ,....pendek cerita.
Kalau petang mesti ade dah kat rumah ,.. yang menginjak usia gadis sunti tu lagilah mak bapak risau ,...lepas maghrib je mengaji al quran, pastu study ke tak pon buat homework.
tapi..kan .
Setelah dunia dilanda satu fenomena yang mana vox populi panggil globalisme , er dunia tiada sempadan belbagai bentuk budaya ..carca marba lagaknya menerjah masuk merasuk generasi baru anak melayu.Aih terlebih sastera sudah.
Segala elemen baik yang dulunya ada pada gadis melayu lenyap ,nak cari satu yang punya ciri yang diceritakan bagai mencari ... burung phoenix lagenda ..eh salah hyperbola ah tak kisahlah.Susah senang ceritanya.
Yang ada pada gadis melayu sekarang adalah stereotaip yang hinggap kat mereka kerana mereka
Gadis melayu itu hanya satu nama reality show yang aku tak tahu hala tujunya sekadar mencari gadis yang ada bakat dan rupa untuk dijual kepada masyarakat, ini yang tinggal pada gadis melayu hari ini,:
1.dah tak bersopan, kalau pakai baju sopan2 macam nenek nenek ,dress up macam makcik makcik , kata mereka
"you ni x up to date, guna la brand ni barulah vogue" kata seorang responden yang tak mahu dikenali.
2.DAH TAK NAK DENGAR KATA,mak bapak melawan,cikgu dia lawan , biarla lantaq p la mak bapak aku punya suka nak buat apa jadi prinsip pegangan, itu yang ikut jejaka jongos mas joko dari lombok ,HAH! tinggalla kau kat tempat jin bertendang tu baru ko tau tinggi ke rendah langit tuhan buat.
3.TAK mahu ikut agama...ni yang paling parah ni, dah kate tutup aurat, ala bang kitorang pakai tights ni kira ok la , we didnt bear our skin kata seorang akak saiz triple xl dengan cami yang x matching dan tights uih ,nak pengsan aku interviu.
pakai seksi ngalahkan j.lo ngan kim kardashian pastu ikut lelaki macam2 ,hm..macam2 la jadinya
Masih ada harapankah untuk gadis melayu ?...ya aku tahu mungkin ada yang mahu mengkondem artikel ini ,aku tahu di luar sana tak semua gadis melayu macam ini ,..ini gadis melayu yang sesat di kerala sana ,..bukan gadis melayu di Shah Alam ,Bangsar mahupun Ampang,..terasa ,? baguslah jom kita berubah.
p.s - penulis masih dalam terapi lepas interviu seorang responden yang rupanya nyah.
No comments:
Post a Comment