Thursday, December 25, 2014

The unclear engineer writes: banjir,apa yang kita tahu .bagaimana hadapinya?

Penafian: Penulis menulis dari perspektif orang awam. Tidak menafikan femonena alam hasil ciptaan tuhan, mesej yang cuba disampaikan adalah peri pentingnya memahami banjir, dan apa yang kita boleh buat menggunakan kudrat dan kemampuan dalam menghadapi situasi ini.


 banjir- tidak perlu di jelaskan lagi, merupakan satu bentuk bencana alam yang merosakkan harta benda, mengancam nyawa manusia dah menjejaskan infastruktur, ekonomi dan alam sekitar. Sukar untuk di jangka dan saban tahun, impak bencana alam seperti banjir , taufan ribut dan sebagainya semakin teruk. Ini adalah kerana kemerosotan alam semulajadi terhasil dari kesan penyahhutanan, pencemaran alam dan pembangunan yang tidak terkawal. Sebenarnya , banyak kajian yang telah dijalankan bagi mendalami dan memahami fenomena banjir yang berlaku saban tahun. Data , statistik telah di kumpul bagi mengakaji pola kekerapan berlakunya banjir, flood forecasting model atau model ramalan banjir ,analisis statistik impak banjir antara contoh contoh kajian yang boleh kita rujuk

. Kajian banyak.

 Satu je nak tanya . Kenapa , persediaan kita lebih bersifat reactive dan bukannya proactive. ?

 Banjir merupakan 'acara tahunan' bila tiba november, pasti akan berlaku banjir, bezanya skala. Cadangan aku , pada pihak berwajib, agensi agensi mahupun badan yang terlibat sediakan satu sistem amaran banjir.

Sekarang dah zaman teknologi patutnya , kita ada dah satu smart warning system yang alert the general public on the possibility of flood. Peruntukan/ dana untuk reka sistem penampan banjir. Bila banjir , harta benda rosak , ekonomi terbantut. Reka lah tembok ke , sistem saliran yang lebih baik. Ada eloknya kita kaji , cara pengurusan banjir.

 Oh ada SMART tunnel. Kadang ok kadang tak. Biasalah , teknologi manusia ada limitasi. Sebenarnya ,

SMART tunnel , salah satu contoh kejuruteraan kawalan banjir,


 Kita boleh bahagikan kepada 2.

 Hard engineering (kos mahal, kombinasi teknologi, sains, kejuruteraan dan kerja keras) .


Soft engineering (lebih bersifat mengurangkan impak banjir, tak seperti hard engineering , impak kos kurang di sini)

 Hard engineering . Melibatkan pengurusan infrakstruktur . Ada man made element, macam empangan , levee' bagi mengurus aliran sungai. Kosnya besar dan memerlukan kerja baikpulih struktur dan perubahan reka bentuk (bila perlu).

 Soft engineering. Bencana alam , banjir ni, mudahnya kesan tindakan manusia yang merosakkan alam. Ekosistem jadi tak seimbang. Jadi , terbalikkan lah proses ini. Tanam balik pokok, elokkan semula ekosistem.

 *malas nak taip panjang. Boleh study sendiri.

 -Persiapan bagi mereka yang duduk di kawasan mudah banjir - sediakan makanan ,ration cukup untuk tempoh tertentu. simpan dokumen peribadi , kalau ada bot lagi bagus . ada alat komunikasi yang simple, tak perlu smartphone (smartphone cepat kong) , pakai telefon brick yang biasa dah cukup.

 -cadangan bagi pihak berkuasa- patut bekalkan mangsa banjir kat kawasan yang sukar di akses dengan flare. Barulah bantuan dari udara senang .Tambah aset lagi , tak de ruginya.


 - cadangan pada geng engineer. Patut ada satu alat, yang kecik, mobile , boleh jana kuasa elektrik , multi function , boleh jadi generator, boleh jadi lampu. Benda ni boleh power up medical equipment contoh macam defibrilator , nebulizer. (Ko bayangkan hospital banjir, power x de , mana nak cari ?) -cadangan pada kerajaan. soft engineering/hard engineering. kenalah ada inisiatif, aku rakyat marhaen sedih tengok benda jadi tiap tahun.


 Sekian. Cadangan.komen amat di alu alukan, aku ni bukannya pandai sangat.