Wednesday, December 18, 2013

Lupakan politik. Tinggalkan UMNO,PAS dan PKR. anda boleh maju sebenarnya.

Politik. politik. Di malaysia segalanya berkisar tentang politik. Dari Pak Rahim yang mengharapkan subsidi baja, Ah Meng yang meruncit dan Bala yang berkerja sebagai buruh di kampung. Hinggalah ,Azim yang kerjanya peguam, Shawn Lim Tat yang kerjanya jurutera dan Prakash yang kerjanya doktor. Setiap rakyat yang usianya sudah boleh mengundi. Pasti akan terlibat dengan politik, atau ambil tahu isu politik. Paling tidak sekali sekala ambil tahu, belek surat khabar atau melayari internet.


Pastinya, anda kenal figura figura ini. Tak perlulah saya tulis siapa mereka.

      

     




Merekalah yang kalian undi, yang mewarnai pentas politik. Ada kelakar , ada sedih, ada yang bagus  , ada yang tidak. Apa pun. Inilah barisan yang memimpin negara ini. Persoalannya apakah kita maju kehadapan atau terus mundur kebelakang ?. Apakah wawasan 2020 itu masih matlamat kita. Atau cuma angan lapuk?





pastinya Tun Mahathir kecewa. andai legasinya di persiakan.






Tak perlu saya tulis. Harga barang semua naik. Faham fahamlah sendiri. Cukup mencabar bila apa yang kita dapat setiap bulan. Tidak cukup untuk menyerap kenaikan. Andai dulu RM 50 itu cukup besar untuk sebuah keluarga. Tapi sekarang tidak lagi. Kalau dulu ada yang berkereta. Ingin berjimat mereka naik motorsikal. Kenderaan Awam? Prestasinya cukup mengecewakan,namun saya positif rakan saya di Gamuda dan SCOMI boleh membantu, membina prasarana untuk rakyat.



menggusarkan minda saya bila memikirkan hakikat ni. Negara ini kaya ,namun rakyatnya miskin.










Kalau ikut GDP , negara ini tangga 67. Singapura. 13.



Cukup menghairankan bila negara yang tidak ada hasil bumi mampu duduk di atas.

Apa yuang boleh kita belajar dari mereka ? Mereka ada sumber modal insan yang berdaya maju. Mereka bangsa pencipta. Menginovasi , merekacipta, memudahkan kehidupan. Sementara kita masih sinonim dengan bangsa pengguna, konsumer, pembeli. Oleh sebab itu , untuk memacu inovasi negara tertubuhnya Yayasan Inovasi negara. Namun, janganlah cakap berdengar dengar keluar istilah jargon yang pakcik di kampung tidak faham.

"BR1M kan ado"


Sinikal. Cina sudah ke Bulan, Angkasawan kita jadi model. 

Embedded image permalink


Cina sudah ke bulan, Kita masih mimpi



 Yang sering menjadi persoalan di minda adalah soal perlaksanaan , saban tahun projek dan inisiatif kerajaan di umum , lalu dilaksanakan oleh pihak yang di amanahkan. Namun , ada ketikanya hasilnya cukup mengecewakan. Kerana , ongkos yang di keluarkan adalah dari duit rakyat itu sendiri.


Kita masih ada mentaliti mengharapkan subsidi dan projek dari kerajaan. Masalahnya di negara ini pendekatan 'top - down' cukup lambat. Ada saja kerenahnya. Ada saja kuotanya . Terus saja kita menunggu tindakan dari orang atas. Dipandang sepi , di pandang sepi. Lambat.

Kita bersuara di tuduhnya kita menentang.

Apa salahnya kita berinisiatif sendiri?  Keluarkan diri dari kepompong pengharapan dan kebergantungan pada kerajaan . Baik UMNO ,PAS , mahupun PKR. Buat apa kita bertepuk tampar dan berpolemik tak sudah sudah? . Tinggalkan semua kekalutan politik yang menyesakkan kepala. Teruskan langkah dan usaha anda. Tambah ilmu,. manfaatkan diri anda. Cukup cukuplah berpolitik. 


Gunakan bottom up approach. Kita ajar di atas , cara melakukan sesuatu perkara,mungkin anak melayu perlu belajar dari imigran seperti bangla , indon dan nepal. Mereka berani keluar tinggalkan keluarga dan negara. Mencari rezeki mencari ilmu.  Menimba pengalaman. Biarpun di tenung lain macam mereka ini. Mereka tetap bekerja. 

Semua mahal kita tukar negara.

Tak selesaikan masalah,kita tukar menteri

Tak mahu elaun di potong. Tak payahlah kamu jadi menteri.

Semua perlu pada perubahan untuk maju. Apakah anak muda kita bakal mengambil kerja bangla dan indon di kala ekonomi semakin mencabar?
Apa bro , boleh kau kerja macam bangla tu?
Ya, pasti ramai sudah 'muak' dengan isu yang di utarakan. Kita mengharap perubahan. namun tidak berlaku. Mungkin kerana kita yang tidak mahu berubah.

Sudah tiba masanya negara ini maju. tapi tidak terlalu mengikut selera politik. Kau sokong maka majulah,. kau tak sokong . Lantak engkaulah.

Zaman itu sudah berakhir.