Tuesday, July 31, 2012

KURATA ! : impian para peminat mecha

Semua otaku , peminat gundam, Neon Genesis Evangelion .Macross ,Voltron dan Power Rangers mesti tak senang duduk tengok menatang ni .Di ilhamkan oleh pereka dan artis Jepun Kogoro Kurata ,Suidobashi Heavy Industr sebuah syarikat Jepun dengan visi yang satu hari nanti manusia boleh pandu robot macam dalam cerita anime telah membina sebuah mecha  setinggi 4 meter!. Robot ini di lengkapi dua lengan bersenjata dan kaki, ia mampu bergerak dengan roda di kakinya pada kelajuan 10km/j .(Janga harap nak tengok tenterak jepun bina satu) .Ia di  lengkapi dengan 2 meriam Gattling , robot ini boleh di pandu dari kokpit di dadanya atau menggunakan kawalan jauh  melalui Iphone.Pada kokpitnya ada 2 set joystick, sistem kinect XBOX dan skrin LCD. mengapa perlu sistem kinect? .Sensor kinect membenarkan robot ini mengetahui mimik muka jurupandunya , senyum dan.............. 2 meriam Gattling itu mula menembak!.



Usah risau persenjataannya cumalah olok olok ,peluru yang di gunakan adalah botol botol plastik. Harganya , (ini pastinya mengecewakan anda semua di luar sana USD 1.35 juta, menabunglah dari sekarang ,hahaha. Kumpul duit raya banyak banyak .


Kuratas in the low-slung position
Oh ya , ada ura ura yang kerajaan jepun ingin membina sebuah robot Gundam lengkap bersenjata , pada skala 1:1 ! Lagi berita di sini.



Komik 1 muka , pengembaraan Joe di UiTM

Disclaimer: Tiada kaitan dengan penulis dan pelukis komik. Cerita tidak berkaitan dengan yang hidup mahupun telah mati ,jika ada persamaan sekalipun , ia hanyalah kebetulan yang tidak disengajakan

Monday, July 30, 2012

Ketahui 7 Sikap Wanita Dengan Melihat Cara Berjalan


Ketahui 7 Sikap Wanita Dengan Melihat Cara Berjalan

1. Kelihatan Seperti Tidak Memijak Tanah

Golongan wanita yang jalannya berginjat, wanita ini kononnya bersifat tidak jujur, mulutnya laser dan menyinggung perasaan orang lain terutamanya ketika berbual. Dia juga dikatakan terkenal dengan sikap egonya. Dan yang lebih parah, wanita ini biasanya seorang yang boros atau suka membazir tanpa berfikir sebelum berbelanja. Tapi jangan berkecil hati, kerana wanita seperti ini biasanya menjadi pujaan ramai lelaki.

2. Sering Menoleh Ke Kanan Dan Kiri

Wanita yang berjalan seperti ini biasanya pandai menyimpan rahsia. Walaupun ramai yang menganggap wanita yang berjalan seperti ini tidak jujur, suka menipu teman sendiri, dan merugikan teman bualnya, namun, ramai lelaki yang berusaha untuk menakluk hatinya. Kononnya wanita seperti ini senang diatur dan diuruskan.

3. Suka Menunduk

Wanita seperti ini katanya memiliki sifat yang tertutup. Dia hanya akan berbual dengan orang-orang yang rapat dengannya dan boleh dipercayai. Wanita seperti ini biasanya sukar untuk ditawan hatinya. Di samping sikapnya yang dingin, wanita seperti ini tidak peduli dengan percintaan. Namun, jika ada lelaki yang berjaya menawan hatinya, dijamin lelaki itu akan beroleh kebahagiaan. Ini kerana, wanita jenis ini sangat setia, dan dia tidak akan mengkhianati lelaki yang dicintainya.

4. Berjalan Menatap Lurus Ke Depan

Mereka yang berjalan seperti ini biasanya memiliki pendirian yang teguh, dan bukannya mudah hendak menggoncangkan imannya. Jangan sekali-sekali menentang apa yang pernah dikatanya, jika anda tidak mahu mendengar dia berleter panjang lebar. Meskipun pendiriannya teguh, tapi dia selalu berselisih pendapat. Jadi tak hairanlah kalau wanita seperti ini hanya mahu berbual dengan orang yang perpengalaman luas.

5. Badan Bergerak ke Kanan dan Kiri

Wanita yang berjalan dengan gaya yang sedemikian selalunya bersikap tidak ambil kisah dengan masalah yang berlaku. Apa pun masalah yang ada dihadapannya, dia menganggap itu sebagai perkara kecil. Walhal masalah itu sebenarnya agak rumit dan memerlukan kebijaksanaan untuk diselesaikan. Kerana sifatnya yang suka ambil mudah ini, banyak persoalan yang akhirnya tidak dapat diselesaikan dan akibatnya merugikan dirinya sendiri.

6. Badan Nampak Tegak

Wanita ini tegas dalam menentukan sesuatu. Dia tidak mahu urusan peribadinya dicampur oleh orang lain. Gaya bicaranya selalu serius seperti ingin menunjukkan dia memiliki pendirian teguh. Dan yang menarik tentang wanita ini, dia bertanggungjawap terhadap apa yang pernah dilakukannya. Dia menyenangi lelaki yang berdikari tanpa menghilangkan sifat-sifat romantiknya.

7. Berjalan seperti Zirafah

Maksudnya, ketika melangkahkan kaki, badannya kelihatan bergerak ke depan dan ke belakang. Wanita jenis ini sangat lemah perasaannya. Dia seorang yang mudah terasa dan mudah tersinggung. Jadi, jika berbual dengan wanita seperti ini sedikit sebnayak kenalah menjaga perasaannya agar tidak tersinggung, kerana wanita ini mudah mengalirkan air mata.
Panduan ini bukanlah semata mata hanya berguna untuk lelaki tapi boleh jugak di jadikan peringatan kepada wanita wanita diluar agar berjalan dengan sopan. Macam biasa, tip ini hanya panduan bukan semestinya betul dan setiap individu adalah berlainan. Sekian. Wallahualam.

Merevolusikan meriam buluh dengan teknologi.. langkah langkah selamat bermain

Salam Ramadhan buat semua pembaca. Bila tiba bulan puasa ramai lah yang jadi ahli pyro atau bahasa mudahnya pakar letupan. Hanya di Malaysia mereka yang tak terlatih langsung dalam pyrotechnic ni putus jari , hilang anggota  dan ada juga buta mata dek kerana main meriam , main mercun ni.Sudah tiba masa nya teknologi merevolusikan permainan merbahaya nyawa ni hahaha ( penulis tidak bertanggungjawab dengan kemalangan jiwa yang berlaku , anda semua amatlah tidak di galakkan malah di larang mencuba tanpa nasihat dan bantuan pakar bahan letupan.)Iya , mari kita ke langkah pertama

1. Meriam  yang di perkukuh


Gambar di atas adalah meriam buluh tradisyenel , amatlah merbahaya , kalau bersepai meriam buluh tu boleh arwah orang di sekelilingnya . Maka eloklah jika struktur meriam buluh tu di perkukuh dengan menggunakan tali . Dililit kemas di sekeliling buluh, di basahkan dengan minyak.(Minyak ni bukan minyak yang terbakar la)
Nak lagi selamat , ganti paip besi , tanam dalam konkrit . Konkrit tu akan serap daya letupan yang terhasil , sekaligus menghindar dari kemungkinan paip tersebut pecah .

2. Perlindungan pada si pemain meriam buluh
Ahli pyro tak bertauliah perlu ada
  1. goggle
  2. Muffler
  3.Kaca kalis letupan (yang ni kalis peluru , menghalang projektil  merbahaya dari melayang ke arah pemain)
  4.Guni pasir , ( in case kalau kaca kalis peluru tu tembus , guni pasir ni dapat tahan)
Ala macam set up yang korang tengok dekat mythbuster tu



3.Letusan
Gunakan peletus elektrik , yang ni gunakan bateri ke hapa ke.Guna dua wayar dengan voltan tinggi , terpisah di tengah boleh menghasilkan bunga api  yang mencetus letupan  pada meriam  tu ,gunakan suis sebagai pencetus .Set kedudukan dari meriam ke pemain pada jarak yang cukup selamat ,se elok eloknya 500 meter.



Rajah di bawah menjelaskan segala set up yang di cadangkan

Pengawasan .
Seelok eloknya adalah pengawasan ye tak ? Panggil la bang polis , mahupun pihak tentera yang arif tentang perihal ordinan dan bahan letupan ini.

Amaran keras 
Menggunakan bahan letupan dan bermain mercun adalah dilarang ,tidak di galakkan  dan merbahaya
kandungan di blog ini adalh satu bentuk saranan ,sebagai garis panduan bermain secara selamat yang si terangkan secara berjenaka.

kesian kat brader ni , inilah akibat buruk mercun, nak main mercun pakai gogel ke , topeng welding ke . 
cucuh guna kayu panjang 5 meter ke , tak payah main langsung , senang.

Thursday, July 26, 2012

bila budak belum habis sekolah kahwin ..dan orang melayu yang kepoh tak kena tempatnya




kini trending dalam dunia maya ... sepasang pengantin belum pon berusia 18 tahun (aku pick umo 18 tahun sebab ,.. ye la 18 tahun kan da abes sekolah).Yang lelaki baru 16 tahun , yang perempuan baru 14 tahun .. form 4 kahwin dengan form 2 student. Pastinya ,.. ya pastinya ramai yang angkat kening bila dengar diorang ni kahwen semuda itu. Nak di jadikan cerita... adala satu radio ni diorang buat sesi bual bicara bersama pendengar yang rata ratanya meleis . (Jangan tembak lebih! aku juga meleis) .Biasa la DJ radio ni tanyala pendapat umum mengenai tindakan pasangan ini berkahwin pada usia semuda itu. Adala sorang akak ni komen ,"kahwin muda ni senang cerai dik "  Lepas tu ada pulak sorang brader ni tak berapa setuju dengan pandangan akak ni menyatakan "saya dengar tadi ada akak yang cakap kahwin muda sebabkan penceraian , cmon la kak jangan berfikiran sempit sangat ..bole" ...ada yang sokong , ada yang tak sokong .. apa pon , kita boleh rumuskan  berdasarkan pendapat mereka yang jauh lebih negatif :
kahwin di usia muda 
1. mereka kurang sedia
2.belum habis sekolah
3.tak matang
4. muda sangat









and then.. i was like, oh what..the . With all due respect y'all , why don't we rewind back the clock , balik ke zaman tok nenek kita kahwen.Nenek aku ,.. menurut riwayatnya kahwen masa umo 9 tahun , umo 16 tahun anak da ade 5-6 orang . Mereka kahwen umur muda dan kekal sampai hujung usia . Kalau mereka boleh , mengapa tidak mereka? .
Timbul pula persoalan bilakah waktu yang sebenarnya sesuai untuk melangsungka perjahwinan , isu ini terlalu umum untuk di huraikan. Tapi kalau kita tengok pada kebiasaan masyarakat meleis , 20-29 tahun , ramai kahwin , atas 29 tahun orang dah cop andartu dengan bujang terlajak. 


Zaman dulu lain , zaman sekarang lain , cabarannya berbeza 







Ya ini aku setuju , .. dulu sosioekonomi , suasananya berbeza, dunia masa itu lain , dunia sekarang lain , dulu mana ada kes budak budak rogol budak , sekarang ada dan makin banyak , dulu mana ada kes buang bayi ,, tanam bayi .Sekarang ada dan semakin banyak . Kita ada solusinya (hudud) .Tapi kita gagal laksanakan atas pelbagai faktor (aku tak mahu kembangkan isu ini)  . Kahwin , merupakan salah satu jalan penyelesaian selain hudud , tak de la nanti perempuan tu mengandung orang fitnah dia macam macam sebab dia dah kahwen. Tak cukup , tak mampu kewangan ,.. family mereka dah setuju , pastinya mereka bantu . Kahwin muda , senang cerai ? isu ini terlalu subjektif , faktor cerai macam macam, ada sebab perangai, ada sebab soal tanggungjawab ada juga soal politik . Jadi , kalau nak di salahkan faktor usia punca penceraian , aku kurang setuju. Bagaimana kita hendak atasi masalah penceraian ni? tanyalah ustaz , pasti ada jawapan lebih intelek dari aku , kalau kau tanya aku la.. , orang orang disekeliling terutamanya keluarga kena la sokong , yang tua dah lama kahwin turun la sikit ilmu macam mana nak kekal happy. Pasangan pon kenalah saling memahami akan lebih , kurangnya pasangan mereka.(Aku nak hurai lebih , aku belum kahwen lagi)


Ok , sekarang, mari kita tembak meleis , meleis ni aku tak faham a, baik ornag mengata , nak berubah jadi baik , depa dok mengata lagi , jahat? sudah tentu mereka mengata . Pasangan ini kahwin muda , kita kenalah support , iya aku tahu masing masing punya pandanan sendiri , ada kalanya aku tengok masyarakat meleis ini terlalu skeptikal . Kepoh juga tidak bertempat , macam ker irma kahwin tu , tup tup tak  lama lepas tu , timbul puak cerita yang husband dia ni dah pernah kahwen . Timbul juga cerita yang kurang enak di dengar.. Apa , Irma kahwin tu bagus la , at least kita doakan bukan kita dok mengata , cuba fikirkan apa rasanya kalau kita di tempat irma dan suaminya .(Biasalah meleis , kalau tak gossip tak meleis lah). Kelakar


Benda kecik suka di besarkan , benda penting di kesampingkan , kepoh tak bertempat itulah meleis .Hahaha .Akhir kata , andai ada terasa , tersakit hati , saya mohon maaf.